Tampilkan postingan dengan label malaya. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label malaya. Tampilkan semua postingan

Pandangan positif Terhadap Melayu pada Sisi Pandangan Penjajah

 

Pict: Shahimages

FB Siti Zulaikha | Sangat cerdik, bijak, suka buat lawak, nakal, ceria, suka mempelajari bahasa asing, bangsa yang paling bersopan santun di Timur.
Walaupun tercatat dalam sejarah Melayu penjajah sebagai perosak kepada sejarah Melayu, budaya, bahasa, pemikiran dan sosial, namun kita masih boleh mengambil sisi positif, iaitu hasil kajian sociologi dan anthropologi mereka terhadap orang Melayu yang ditulis mengikut pemerhatian terus mereka, bukan penilaian ye, itu bahaya.
Antara sisi yang positif dan dikagumi mereka adalah Melayu dikatakan sebagai bangsa yang cerdik, ceria, suka buat lawak, dan sangat nakal, walaupun ada yang suka berfoya-foya, namun ramai dikalangan mereka yang menjadi pemerintah, ahli matematik dan ahli astrologi, sejarawan dan sebagainya.
Ini dakwaan De Eredia sewaktu beliau berada di Melaka pada abad ke-16;

RIWAYAT HIDUP NAKHODA KASSIM

 

Pict: ganaislamika

FB Mohammad Azmi Mat Rashid | Nakhoda Kassim merupakan seorang tokoh dan pembesar yang secara tidak langsung terlibat dalam pembentukan Kesultanan Melayu Perak pada tahun 1528.
Tentang siapakah sebenarnya Nakhoda Kassim menjadi tanda tanya bagi setiap para pengkaji sejarah. Ada versi mengatakan bahawa Nakhoda Kassim merupakan putera Sultan Mansur Shah Melaka hasil perkahwinan baginda dengan seorang wanita dari Beruas yang ketika itu menjadi tawanan setelah baginda berjaya menakluki Beruas antara tahun 1459-1477. Ada juga versi yang mengatakan bahawa Nakhoda Kassim merupakan seorang lelaki dari bangsa Temusai yang telah dipelihara sejak kecil oleh Ketua Penghulu (HALUAN) yang bernama Tok Mahsuka.
Tok Mahsuka merupakan seorang Ketua Penghulu (Ketua Penguasa Tempatan / HALUAN) yang berasal dari Daik dan tinggal di Seberang Tanah Abang dan jajahannya merangkumi kiri kanan Sungai Perak dari Beting Beras Basah (Teluk Hentian) hingga Hulu Perak. Tok Mahsuka sendiri memerintah dari Selingsing hingga membawa ke Daerah Larut dan Gantang.

Tempat Pendaratan Nenek Moyang Cina di Malaya


 Yang ini saya sokong 100%.

FB Mohd Luttfi | Sejarah pendaratan nenek moyang ‘warganegara’ ini perlu sentiasa diingati dan diberi peringatan. Supaya cucu cicit yang datang kemudian kenal dan faham asal usul mereka.
Maklumat mengenai tapak ini perlu dimasukkan dalam sukatan pelajaran sekolah menengah Malaysia. Sebab ia berkait rapat dengan salah satu tuntutan yang dipaksakan oleh penjajah British sebagai syarat meng‘anugerah’kan kemerdekaan kepada negara.

Perjanjian Pangkor-Perak

 


FB Sarah Zakaria | Hari ini (20/01/24) 150 tahun yang lalu, termeterainya Perjanjian Pangkor yang menjadi pembuka jalan kepada penjajahan British di semenanjung Tanah Melayu.
Sejak sekian lama, Perak dikenali sebagai ‘lubuk’ terbesar bijih timah di Alam Melayu. Namun di kurun ke-19, perniagaan bijih timahnya terjejas dek pertelingkahan kumpulan kongsi Cina, Ghee Hin & Haisan hingga tercetus Perang Larut bermula 1861.
Ketidak stabilan dirumitkan lagi dengan kemelut perebutan kuasa. Apabila Sultan Ali mangkat pada 1871, Raja Muda Abdullah yang sepatutnya naik takhta tidak hadir ke upacara pengkebumian Sultan Perak ke-24 itu.
Raja Bendahara Ismail, yang memiliki alat-alat kebesaran diraja, diangkat menjadi Sultan Perak yang baharu. Raja Abdullah tidak puas hati, ketika sama mahu menamatkan kemelut kumpulan kongsi, baginda meminta bantuan British.

Siapakah Sir Henry Gurney yang sebenarnya?

 



blogmystery | Banyak timbul isu yang berkaitan dengan sejarah negara. Jika dahulu dengan kekurangan media alternatif dan kejahilan Ummah, kita terima bulat-bulat apa yang diperkatakan di dalam Buku Tawarikh maupun Buku Sejarah. Tiada masa berfikir di luar kotak.

Kini masa telah berubah. Anak-anak muda yang berjiwa panas, gelora, ingin tahu, berfikir di luar kotak mula mencari "sesuatu yang berkurangan" dalam pengkisahan sejarah negara.

Sejarah adalah peristiwa lampau yang memberi pengajaran untuk generasi mendatang. Jika sejarah itu disonsangkan dan diselewengkan, kita bakal "di maki hamun" bahkan mungkin kubur kita bakal "di kencingkan" oleh generasi mendatang!

Tahun 70an, buku Tawarikh(Sejarah) sekolah rendah ada menceritakan tentang Kamal Artatturk. Beliau digambarkan sebagai seorang yang membawa perubahan moden kepada Turki.[1]

SIAPAKAH SIR HENRY GURNEY DI MALAYSIA DAN PALESTIN?

 

Pict: cilisos.com

FB Pemuda PAS Malaysia - Anda mesti pernah dengan nama Henry Gurney kan? Ya, General British yang namanya diabadikan kepada sekolah pemulihan tu. Nama sebenarnya agak panjang, iaitu Sir Henry Lovell Goldsworthy Gurney (SHG).

Kononya dia adalah pahlawan yang disanjung kerana melawan komunis. Mungkin kali ini kita kena ubah mindset sikit.

Untun pengetahuan anda, walaupun SHG ni terkenal di Malaysia, dan mati di sini, dia sebenarnya mempunyai kaitan dengan perisitiwa di Palestine. Dia telah dibunuh di Bukit Fraser semasa Darurat Tanah Melayu 6 Oktober 1951.

Sir Henry Gurney merupakan seorang pegawai tentera yang terlibat dengan gerakan penjajahan oleh British. Salah satu jawatan yang telah dia pegang adalah Ketua Pesuruhjaya Palestine 1946-1948.

Sir Henry Gurney; Wakil Inggris di Palestina

 

Pict: alchetron.com

FB Taqiuddin Tabarani - Terkini, terbongkar satu lagi penyelewengan sejarah. Kisah Sir Henry Gurney. Pesuruhjaya British ( jawatan macam PM) di Tanah Melayu tahun 1948 hingga 1951.
Digambarkan dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 3, beliau seorang yang berjaya mengekang pengaruh komunis di Tanah Melayu. Jasanya besar untuk Tanah Melayu kononnya. Akhirnya beliau dibunuh oleh Partai Komunis Malaya (PKM) semasa dalam perjalanan ke Bukit Frasier.
Ramai tidak menyedari perlantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya British ke sini kerana kerjanya yang hebat di Filistin (Palestina) selama 2 tahun (1946-1948). Henry Gurney merupakan pentadbir BRITIsh di Filistin.

Perang Tanah Merah - Pendang

Pict: m-update
FB Khalid Nizwan Asgoof - Tercetus pada 1876 mengakibatkan kejatuhan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah - Pasai Ma di zaman Sultan Syed Jaafar Maadzam Shah @ Long Jaafar - Raja Larut sebagai Yang Di Pertuan.
Nagara Kedah di jajah selama 5 tahun sebelum terbentuknya Negeri Kedah Darul Aman pada 1881 dan Wan Muhamad Saman menjadi Perdana Menteri Negeri Kedah yang pertama dan terakhir.
Di ceritakan pada Peperangan ini, seluruh sungai di Kedah mengalirkan air berwarna merah kerana membawa bersama darah para Syuhadah tentera Fisabilillah Islam Siam Nagara Kedah dan Sukothai serta British.
Pada Peperangan ini juga, anak saudara Sultan Syed Jaafar @ Long Jaafar iaitu Syed Ibrahim (Ayahanda Syed Sheikh Abdullah Fahim ) turut terkorban dan di Makamkan di Kubor Panjang Pendang Kedah.
PENDANG @ PEN-DANG merujuk kepada BUNYI SENAPANG dalam Bahasa Siam Kedah yang masih di tutur di beberapa kawasan hingga sekarang.

Penghantaran pulang pendatang Cina dan India.

 


FB Syed Uwais Qorni SUQ - Perkembangan ekonomi yang pesat telah mengakibatkan kedatangan pendatang dari China dan India, malah menyebabkan peningkatan kes jenayah.
Kekacauan yang sering berlaku angkara pergaduhan di antara kongsi-kongsi gelap di Negeri-Negeri Selat NNS seperti di Pulau Pinang (1867) dan di Singapura (1870).
Selain dari menggunakan undang-undang jenayah untuk menangani gejala jenayah, kerajaan kolonial juga menguatkuasakan undang-undang lain yang berkaitan dalam usaha untuk mengurangkan kadar jenayah pada masa tertentu.
Kadar jenayah sering meningkat semasa kemerosotan ekonomi, jadi pada masa tersebut, tindakan diambil untuk menghantar pulang imigran-imigran ke negara asal mereka bagi mengelakkan berleluasanya pengangguran yang menjadi antara punca tercetusnya jenayah.
Contohnya semasa tercetusnya Perang Dunia Pertama (PD1) pada tahun 1914 seramai 12,222 orang Cina dihantar pulang.

SINGAPURA 1959 : TUNTUTAN MELAYU DAN CUBAAN MENGHIDUPKAN SEMULA KESULTANAN MELAYU.

 Disalin dari kiriman FB Ibnu Kamal Aliff

Ilustrasi Gambar: eresource


Peperangan tercetus di Tanah Melayu pada 7 Disember 1941 apabila tentera Jepun mendaratkan tenteranya di Kelantan, disusuli dengan serangan ke atas Pearl Harbour. Dalam tempoh 70 hari Singapura telah dikuasai oleh Jepun. British terpaksa mengaku kalah. Bermula pada bulan Februari 1942, P'sekutuan Tanah Melayu dan Negeri-negeri Selat telah diletak di bawah pentadbiran tentera Jepun dengan Singapura atau Syonan nama barunya, sebagai pusat pentadbirannya.
Setelah perang tamat, para pejuang Melayu khususnya Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) berusaha untuk mencantumkan semula Singapura dengan Tanah Melayu, tetapi dihalang oleh British. Di bawah perlembagaan Malayan Union atau Kesatuan Tanah Melayu, Pulau Pinang dan Melaka telah menjadi sebahagian daripada Tanah Melayu, tetapi Singapura kekal sebagai koloni British. Semenjak itu Semenanjung dan Singapura berkembang secara berasingan dalam bidang politik, perlembagaan dan ekonomi.
Keengganan British untuk memberi hak pemerintahan sendiri kepada Persekutuan Tanah Melayu telah mencetuskan bantahan di Tanah Melayu. Parti Komunis Malaya dan parti kiri Melayu seperti PKMM, PETA dan Hisbul Muslimin telah mempelopori gerakan kemerdekaan. Pihak British telah bertindak balas dengan mengisytiharkan darurat, mengharamkan parti kiri dan menahan para pimpinan dan ahlinya. Di Singapura pihak British juga telah menangkap ahli serta penyokong PKM dan parti kiri Melayu, Antara tahun 1948 dan 1953, seramai 1,200 orang telah ditahan oleh pihak berkuasa British, termasuklah C.V. Nair dan James Puthucheary.

Hal Ihwal Kemerdekaan Malaysia

 

Gambar Ilustrasi: grid

Disalin dari kiriman FB Kisah Sejarah Melayu

Pada 18 Januari 1956.
Satu persidangan yang dinamakan Persidangan Malaya Merdeka bagi menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu telah diadakan di Lancaster House, London. Persidangan Meja Bulat ini dihadiri oleh wakil-wakil kerajaan Perikatan dan wakil-wakil Raja Melayu dengan pegawai-pegawai dari Pejabat Tanah Jajahan British.
Persidangan yang berlangsung pada 18 Januari hingga 6 Februari 1956 yang mengambil masa selama 3 minggu membincangkan masalah-masalah seperti :-
- Malaya akan merdeka dalam lingkungan ‘British Komanwel’.
- Hal ehwal kewangan, pentadbiran, keselamatan dalam negeri, pertahanan dan hal ehwal luar negeri akan dipegang oleh menteri-menteri Persekutuan Tanah Melayu,
- Penubuhan Jawatankuasa Bebas Kemerdekaan untuk mengkaji dan menyarankan perubahan dalam perlembagaan dengan tidak mengubah kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu.

Antara Sumatera dan Semenanjung Malaya

 


Antara Sumatera dan Semenanjung Malaya

Secara historis antara Sumatra dan Semenanjung memiliki kebersamaan politik yang cukup panjang. Antara abad ke-8 hingga 11, keduanya berada di bawah kekuasaan Sriwijaya yang berpusat di Palembang. Ketika itu, kekuatan politik-ekonomi Sriwijaya menguasai hampir seluruh daratan Asia Tenggara, mulai dari Jawa, Kalimantan, Sulawesi, Kamboja, Thai, Vietnam, hingga Semenanjung Malaya.
Dominasi Sriwijaya juga turut berperan dalam menyebarkan kebudayaan dan Bahasa Melayu ke seluruh Nusantara. Di pertengahan abad ke-11, imperium ini mendapatkan serangan dari pasukan Rajendra Cola. Runtuhnya Imperium Sriwijaya, dilanjutkan oleh Kerajaan Dharmasraya yang berpusat di Hulu Sungan Batanghari. Pada abad ke 13, Dharmasraya merupakan salah satu kerajaan makmur di Nusantara. Kekayaannya disokong oleh hasil alam serta jaringan perdagangan yang cukup luas. Sejak abad ke-11, para saudagar Minang telah membangun koloni dagang mereka di sepanjang pantai barat Sumatra dan kedua belah sisi selat.

SEJARAH HUBUNGAN MINANGKABAU, KEDAH DAN PULAU PINANG (PENANG) MALAYSIA

 

Menurut Profesor Dr. Ahmad Murad Merican, dosen Departemen Manajemen dan Humaniora, Universitas Teknologi Petronas, yang telah mempelajari sejarah perintis pulau Pinang (Penang) sejak akhir 1990-an, mengatakan:

SRIWIJAYA ASAL DARI THAILAND (klaim dari milis tetangga)

Sumber Gambar: https://www.facebook.com


Raja Ligor Yang Memberontak Kepada Ayutthaya:

1. Dalam sepanjang sejarah Ligor, terdapat dua orang Raja-nya(Gabenor) yang pernah memberontak dan membebaskan Ligor dari kekuasaan Ayutthaya, iaitu Phraya Ram Decho dan Raja Musika.

2. Phraya Ram Decho dicatatkan sebagai berketurunan Melayu. Beliau mengambil kesempatan membebaskan Ligor sewaktu kenaikan Phetracha sebagai Raja Siam menggantikan Raja Narai yang meninggal dunia pada tahun 1688.

3. Ayutthaya kemudian bertindak balas dengan menghantar tentera yang diketuai oleh Phraya Ratchabangsan, seorang Laksamana yang juga berketurunan Melayu, untuk menyerang Ligor.

Syech Tahir - Jembatan Ilmu, Mesir Minangkabau

Sumber: https://www.facebook.com
Jembatan Ilmu, Mesir Minangkabau 1
Penemu Jami' Al Azhar Kairo

Muhammad Tahir bin Syeikh Muhammad. atau dikenali dengan Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin Al-Falaki Al-Azhari (9 Disember 1869 - 26 Oktober 1956), merupakan ulama minang pertama yang menuntut ilmu ke Kairo Mesir. Beliau bak "penemu" Jami' Azhar bagi penuntut ilmu dari alam minangkabau bahkan indonesia. Jami' Al Azhar kemudian mayshur drngan Al Azhar University.

Kehidupan Awal

Sheikh Muhammad Tahir dilahirkan pada hari Selasa 4 Ramadhan 1286 Hijrah bersamaan 7 November 1869 di Ampat Angkat, Bukit Tinggi Minangkabau, Sumatra Barat. Bapanya seorang ulamak dikenali sebagai Sheikh Muhammad (juga bergelar Tuanku Muhammad atau Tuanku Cangking); datuknya keturunan bangsawan Minangkabau bernama Tuanku Ahmad Jalaluddin.

Syech Tahir Mohammad Djalaloeddin

Sumber Gambar: https://www.mamhtroso.com
MAMHTROSO.COM -- Sekembalinya ke tanah Minang, Syekh Tahir Jalaluddin Al-Azhari dihadapkan pada perseteruan antara kelompok tua yang masih memegang tradisi dan ritual nenek moyang dengan kelompok muda yang berpikir pembaharu.
Syekh Tahir yang merupakan bagian dari kelompok muda mendapatkan pertentangan. Ia dianggap tidak sesuai dengan tradisi karena memulaikan puasa dengan memakai ilmu hisab dan ilmu falak, bukan rukyah seperti ulama terdahulu. 

Namun, ia tetap memantapkan pendiriannya dengan tetap memperdalam ilmu falak dan astronomi. Syekh Tahir kemudian memilih mengembara ke beberapa wilayah di tanah melayu. seperti Minangkabau, Riau hingga wilayah Singapura dan Kelantan.

Beberapa jejak perjalanannya diantaranya, ia menginjakkan kakinya di Singapura pada 20 Mei 1888, di Kesultanan Riau pada 1892 dan di Penang, Malaya pada 1899.

Negeri-negeri Semenanjung Bagian Utara

Sumber Gambar: https://www.google.com
Gambar Raja-raja di Negeri-negeri Kecil Patani dan Setul:
Tengku Abdul Kadir Kamaruddin Ibni Al-Marhum Sultan Sulaiman Sharifuddin Syah (1899-1902) Raja Patani terakhir
Sumber: https://www.facebook.com


1. Seandainya Singgora dan Patani tidak berperang sesama sendiri sebaliknya berpadu usaha dan bekerjasama untuk menentang musuh sebenar yang sama iaitu Siam (Ayutthaya), mungkin Negeri Melayu Singgora masih lagi dapat wujud sehingga penghujung abad ke-19.