FB Syed Uwais Qorni SUQ - Perkembangan ekonomi yang pesat telah mengakibatkan kedatangan pendatang dari China dan India, malah menyebabkan peningkatan kes jenayah.
Kekacauan yang sering berlaku angkara pergaduhan di antara kongsi-kongsi gelap di Negeri-Negeri Selat NNS seperti di Pulau Pinang (1867) dan di Singapura (1870).
Selain dari menggunakan undang-undang jenayah untuk menangani gejala jenayah, kerajaan kolonial juga menguatkuasakan undang-undang lain yang berkaitan dalam usaha untuk mengurangkan kadar jenayah pada masa tertentu.
Kadar jenayah sering meningkat semasa kemerosotan ekonomi, jadi pada masa tersebut, tindakan diambil untuk menghantar pulang imigran-imigran ke negara asal mereka bagi mengelakkan berleluasanya pengangguran yang menjadi antara punca tercetusnya jenayah.
Pada awal tahun 1915 ekonomi muka pulih, jumlah penghantaran berkurang kepada 1,100 orang.
Tindakan ini dihentikan secara perlahan-lahan sehingga ia ditamatkan terus pada Julai 1915 [Proceedings 1915]
Sekatan ke atas kemasukan imigran ditarik balik dan seramai 8409 orang berhijrah ke NNS pada bulan Ogos 1915 membuktikan bahawa keadaan imigrasi menjadi normal semula.
Tindakan yang sama diambil semasa berlaku kemelesetan ekonomi pada tahun 1922 dan 1929 yang menyaksikan banyak pengangguran di kalangan imigran terutamanya imigran Cina.
Pada tahun 1930 sebagai contoh Ordinan Sekatan Imigresen diperkenalkan bagi menyekat kemasukan imigran lelaki dewasa.
Hanya 151,693 orang imigran lelaki Cina memasuki NNS pada tahun 1930 berbanding 195,613 orang pada tahun 1929.
Jumlah ini merosot lagi pada tahun 1931 dan 1932 apabila seramai 50,120 dan 18741 orang lelaki Cina dibenarkan memasuki NNS.
Kemasukan imigran lelaki Cina dikenakan kuota secara bulanan iaitu dari Januari ke September seramai 5238 orang manakala dari Oktober ke Disember, sejumlah 2500 orang sebulan yang dibenarkan memasuki NNS.
Pada tahun 1930 sahaja seramai 167,903 orang berbanding 139,967 orang pada tahun 1929 dihantar pulang ke China.
Tindakan menyekat kemasukan imigran asing diperkukuhkan lagi melalui penggubalan Ordinan Orang Asing sebagai langkah menghadkan bilangan orang asing yang dibawa masuk ke NNS oleh mana-mana syarikat perkapalan atau charterer atau pemilik kapal-kapal individu yang dibawa atau berlabuh di NNS pada setiap bulan [SS Report 1855-1941]
Walaupun langkah membawa pulang imigran Cina dan menyekat kemasukan mereka ke NNS tidak berjaya menghapuskan jenayah di NNS tetapi sekurang-kurangnya ia berjaya mengawal keadaan daripada bertambah buruk.
Rujukan : Gambar 1