Tampilkan postingan dengan label kedah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kedah. Tampilkan semua postingan

KITAB-KITAB ASAL SEJARAH MELAYU

 

Pict: 

FB Siti Zulaikha | Sekarang baru aku faham, kenapa manuskrip asal Sejarah Melayu berada dekat ""The British Library"" Kitab-kitab asal Sejarah Melayu, Peta Tanah Melayu yang terawal dalam sejarah, dan surat-surat Kesultanan Melayu kepada Kerajaan British. Semuanya masih kekal dan terjaga dalam bentuk asal di perpustakaan mereka.

Dan kenapa mereka tidak menyerahkan pada Malaysia, tentang kisah pertemuan 3 lautan, jika Kiraan dari Tahun Tsunami dan perubahan air laut ada dataran yang tengelam, dan ada yang lautan jadi daratan kedudukan Dia "°5tr8.5hkm" (kod ada di beri)
Bermakna di Utara Malaysia memang ada bangsa terawal Dari Kuturunan Keturah keturunan Nabi Ibrahim, jalur keturunan itu Ada yang dari Champa dan mongol sekarang sudah bercampur aduk dan mereka ini sekarang bertebaran di nusantara, Indonesia dan malaysia.

Perang Tanah Merah - Pendang

Pict: m-update
FB Khalid Nizwan Asgoof - Tercetus pada 1876 mengakibatkan kejatuhan Empayar Benua Islam Siam Nagara Kedah - Pasai Ma di zaman Sultan Syed Jaafar Maadzam Shah @ Long Jaafar - Raja Larut sebagai Yang Di Pertuan.
Nagara Kedah di jajah selama 5 tahun sebelum terbentuknya Negeri Kedah Darul Aman pada 1881 dan Wan Muhamad Saman menjadi Perdana Menteri Negeri Kedah yang pertama dan terakhir.
Di ceritakan pada Peperangan ini, seluruh sungai di Kedah mengalirkan air berwarna merah kerana membawa bersama darah para Syuhadah tentera Fisabilillah Islam Siam Nagara Kedah dan Sukothai serta British.
Pada Peperangan ini juga, anak saudara Sultan Syed Jaafar @ Long Jaafar iaitu Syed Ibrahim (Ayahanda Syed Sheikh Abdullah Fahim ) turut terkorban dan di Makamkan di Kubor Panjang Pendang Kedah.
PENDANG @ PEN-DANG merujuk kepada BUNYI SENAPANG dalam Bahasa Siam Kedah yang masih di tutur di beberapa kawasan hingga sekarang.

KEDAH IBU KOTA PEMERINTAHAN SRIVIJAYA

 

Ilustrasi Gambar: National Geographic

FB Nur Farhana - Tahu tak kalian, nama Srivijaya lebih dulu disebutkan dalam rekod dinasti Cina pada tahun 638M, jauh sebelum keberadaan Srivijaya di Palembang dan Sumatera pada tahun 683M di abad ke 7 masehi :
"The History of Ming Dynasty (the Ming Shih) says that San-fo-chi (三佛斉 - Srivijaya) was formerly called Kan-da-li(or Kan-tuo-li,干陀利 - Kedah) and started tributary mission in the Liang times."
「三佛斉、古名干陀利。劉宋孝武帝時、常遣使奉貢。梁書武帝時数至。宋名三佛斉、修貢不絶。」
Sumber rekod China itu tidak mampu dibantah yang mengesahkan bukti Srivijaya diasas mula oleh Kan-da-li iaitu Kedah.
Kata 'Srivijaya' juga awalnya dari nama seorang Raja Melayu beragama Budha bernama Qu-tam (Chudam) yang memerintah kerajaan Tanah Merah (Chih-tu) yang menguasai wilayah utara 'semenanjung Melayu asal' mengitari Kedah, Kelantan hingga Segenting Kra.
Penemuan prasasti Budhagupta di Seberang Prai yang dulunya wilayah Kedah, menguatkan bukti bahawa kerajaan Chih-tu bertempat di utara Malaysia berdiri sekitar abad ke 4 hingga 5 Masehi. Sejarawan J Laidlay pada tahun 1848 menterjemahkan teks prasasti itu yang ditulis dengan huruf Pallava (400-500M) dan bahasa Pali mengandungi ajaran Budha dan menyatakan kejayaan pelayaran oleh seorang nakhoda kapal bernama Budhagupta, seorang penduduk Negeri Tanah Merah (Chih-tu).

BANTUAN KEDAH TUA KE ATAS SALAHUDDIN AL AYYUBI DALAM MISI PERANG SALIB

 

Ilustrasi Gambar: sinergi foundationa

Disalin dari kiriman FB Kisah Sejarah Melayu


Bantuan yang diberikan oleh Kedah Tua kepada Salahuddin Al Ayyubi dalam misi membebaskan Masjid Al Aqsa, walaupun tidak secara langsung, bukanlah bantuan yang kecil. Ianya adalah bantuan ekonomi dan kerjasama perdagangan. Jika kita meneliti sejarah perdagangan rempah pada zaman itu, kita akan menyedari bantuan yang dimaksudkan ini.
Muhammad Al Idrisi, seorang ahli geografi Islam yang masyhur yang hidup sezaman dengan Salahuddin Al Ayyubi menukilkan tentang Kedah Tua (Kalah) bahawa pelabuhan Kedah Tua menjadi destinasi terakhir pedagang-pedagang Arab. Dua abad sebelum itu, Al Mas'udi telah menukilkan bahawa pedagang-pedagang Arab telah pun menjadikan Kedah Tua sebagai pelabuhan utama mereka di wilayah timur jauh. Sebab mengapa Kedah Tua sangat penting bagi pedagang Arab ialah selain daripada besi & timah, Kedah Tua juga merupakan pelabuhan bagi perdagangan rempah dalam skala yang besar.

PERUTUSAN SURAT DARI RAJA KE RAJA

Disalin dari kiriman FB Ibnu Kamal Alif


PERUTUSAN SURAT DARI RAJA KE RAJA
Pada tahun 1821, telah berlaku serangan Siam keatas kerajaan negeri Kedah. Serangan tersebut dilakukan tanpa sebarang amaran daripada pihak Siam. Mereka telah menyerang Kedah dikawasan pentadbiran utama iaitu Kota Kuala Kedah. Akibat daripada serangan tersebut, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah telah melarikan diri dan tinggal di Pulau Pinang. Pada waktu inilah dalam tahun 1824, Sultan telah menulis surat memohon bantuan kepada kerajaan Uthmaniyyah. Secara kebetulan Osman Effendi sering belayar diantara Jawa dan Madinah belayar bersama dengan ayah, isteri serta anaknya. Pada waktu inilah surat tersebut diberikan daripada pemerintah Jawa [maksudnya Melayu] kepada Osman Effendi untuk dibawa kepada pihak kerajaan Uthmaniyah.
Surat Sultan Ahmad Tajuddin ditulis didalam bahasa Arab dan telah diterjemahkan didalam bahasa Inggeris. Kemudian surat ini diterjemahkan daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Berkemungkinan berlaku ralat namun tidak mengubah maksud ayat.

ASAL USUL MAHARAJA DERBAR RAJA ( Raja Kedah Yang Pertama ).

Foto: republika

 Disalin dari FB Seri Cendikiawan


Maharaja Derbar Raja merupakan Maharaja Gumarun iaitu sebuah kerajaan di Parsi (Iran sekarang). Suatu hari negeri baginda telah diserang hebat oleh sebuah kerajaan lain sehingga kerajaan baginda jatuh. Baginda bersama dengan anak bininya dan pengikut setianya telah melarikan diri dengan sebuah babur iaitu sejenis perahu.
Mula-mula baginda singgah di Pulau Serindit dan tidak beberapa lama kemudian baginda telah bergerak ke Teluk Burma pula dan seterusnya ke Kuala Qilah. Babur atau perahu baginda yang besar dan cantik itu telah menarik perhatian penduduk Kedah pada waktu itu sehingga sampai ke pengetahuan pemerintah Kedah pada waktu itu iaitu Tan Dermadewa dan Tun Perkasa.
Tan Dermadewa dan Tun Perkasa telah datang sendiri bertemu dengan Maharaja Derbar Raja- apabila melihat Maharaja Derbar Raja maka mereka berdua berasa gentar dan kagum lalu mereka semua sujud kepada bekas pemerintah Parsi itu.

PULAU PINANG BUKAN MILIK SIAM

Gambar: Jawapos

Disalin dari kiriman FB Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah

PULAU PINANG BUKAN MILIK SIAM
Isu Kedah dan Pulau Pinang merupakan satu polemik yang panjang dan perlu segera diselesaikan. Sejarah hubungan antara kedua-duanya juga mempunyai beberapa fasa yang harus di fahami oleh masyarakat. Penelitian terhadap rekod-rekod sejarah sedia ada amat penting dalam melihat hal ini.
Dari aspek yang lain, sejarah hubungan Kedah-Pulau Pinang tidak pernah dibincangkan secara terbuka oleh mana-mana ahli sejarah sebelum tahun 2020. Ini beerti sejak pendudukan British di Pulau Pinang secara rasminya pada tahun 1791 sehinggalah Malaya merdeka dan hinggalah ke tahun 2020 itu, keabsahan fakta sejarah bahawa Pulau Pinang adalah sebuah wilayah milik Kedah belum pernah di cabar.
Akibatnya, generasi hari ini khususnya orang Melayu, menganggap bahawa Pulau Pinang termasuklah Seberang Perai adalah sebuah negeri yang tidak mempunyai perkaitan dengan Kedah, sedangkan dari segi sosio budayanya, masyarakat Pulau Pinang adalah sama dengan masyarakat Kedah.

BAGAIMANA RUMPUN MELAYU BANGUN MENENTANG PENJAJAHAN.

Gambar: what-when-how

Disalin dari kiriman FB Eddy Ezwan

BAGAIMANA RUMPUN MELAYU BANGUN MENENTANG PENJAJAHAN...
Isnin, 10 Februari 2014 12:00 AM
Oleh: MOHD HAZMI BIN MOHD RUSLI
PENGENALAN
Orang-orang Melayu adalah pelayar ulung yang telah mengembangkan pengaruh mereka di Nusantara menerusi beberapa empayar maritim yangpernah mereka terajui.
Kedatangan penjajah Barat bermula dari kurun ke-16 telah secara perlahan menghakis kegemilangan kerajaan-kerajaan Melayu ini sehingga akhirnya seluruh dunia Melayu terjajah.
Walaupun ditindas dan dijajah beratus tahun lamanya, sejarah telah membuktikan bahawa orang-orang Melayu mempunyai semangat kebangsaan dan jati diri yang tinggi untuk menentang penjajah.
Artikel ini memberi fokus kepada antara empat peperangan menentang penjajahan yang terbesar dalam sejarah Nusantara iaitu Perang Kedah-Siam (di Tanah Melayu), Perang Kastilla (di Borneo), Perang Menteng (di Sumatera) dan Perang Gowa (di Sulawesi).

Kedah & Keturah

Gambar Ilustrasi: bahaiteachings


Sekarang baru aku faham, kenapa manuskrip asal Sejarah Melayu berada dekat ""The British Library"" Kitab-kitab asal Sejarah Melayu, Peta Tanah Melayu yang terawal dalam sejarah, dan surat-surat Kesultanan Melayu kepada Kerajaan British. Semuanya masih kekal dan terjaga dalam bentuk asal di perpustakaan mereka. Dan kenapa mereka tidak menyerahkan pada Malaysia, tentang kisah pertemuan 3 lautan, jika Kiraan Dari Tahun Tsunami dan perubahan air laut ada dataran yang tengelam dan ada yang lautan jadi daratan kedudukan Dia "°5tr8.5hkm" (kod ada di beri)
Bermakna di Utara Malaysia memang ada bangsa terawal Dari Kuturunan Keturah[1] keturunan Nabi Ibrahim, jalur keturunan itu ada yang dari Champa dan Mongol sekarang sudah bercampur aduk dan mereka ini sekarang bertebaran di nusantara,[2] Indonesia dan Malaysia. bangsa ganas dan kejam yang teramat gagah ini sehingga dibayangkan di dalam hikayat – hikayat mereka (Yahudi) sebagai ‘raksasa’ orang gasar ( barbarian ), kaum yang ganas dan sebagainya, kisah Nabi Musa yang ingin kaumnya memasuki Tanah Palestin, di mana kaum Yahudi berkeras tidak mahu memasukinya kerana terdapat "‘kaum yang ganas’" di dalam Palestin dan sanggup mengeluarkan ( kata-kata pedih yang menyakitnya )

Sejarah Sultan Kedah yang pertama Di Islamkan.


Sejarah Sultan Kedah yang per tama Di Islamkan.

Kisah Kerajaan Kedah Tua Versi Dari Syeikh Ahmad Junaidin Che Din. Kisah Kerajaan Kedah Tua, Melalui Kalam Ulamak Amalan Pusaka Khalifah Wali .
Kisah Yang Diceritakan Oleh Tuan Guru Syeikh Ahmad Junaidin yg di sampai dr Syeikh Mahmad(Anak Murid Tok Kenali) seperti yang di ceritakan oleh Sultan Badlishah Kedah terdahulu pada Tuan Guru seperti yang ditulis di dalam beberapa Buku / Kitab, Ceramah Guru kepada Murid2
Sejarah PengIslaman Penduduk Di Tanah Melayu Oleh Syeikh Abdullah Al Qumairi melalui Pengislaman Raja Phra Ong Mahawangsa
Islam bermula apabila Sayyid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani menghantar 12 orang muridnya yang diketuai oleh Sayyid Syeikh Abdullah Bin Abdul Qumairi daripada Baghdad ke Gunung Jerai pada kadar satu langkah dalam waktu zohor.

Ekspansi Siam ke Kedah


Invasi Siam ke Kedah adalah suatu operasi militer yang dilakukan oleh Kerajaan Siam terhadap Kesultanan Kedah pada November 1821 di daerah yang sekarang adalah bagian utara Semenanjung Malaysia.

..........................................................................
Perusahaan Hindia Timur Britania mengambil alih wilayah teritorial Pulau Pinang, yang disebut Pulau Pangeran Wales, dan kemudian Provinsi Wellesley di daratannya, dari Kesultanan Kedah di akhir abad ke-18. Sebagai balasannya, Kesultanan menerima pembayaran dan beberapa bentuk jaminan bantuan pertahanan melawan ambisi ekspansionis dari Kerajaan Siam. Situasi militer dan diplomatik di wilayah itu berubah setelah adanya komitmen Perusahaan Hindia Timur untuk membantu pertahanan Kedah melawan Siam.