![]() |
Ilustrasi Foto: Republika |
Disalin dari kiriman FB Nik Haziq Bin Mat Kapo
(THE HOUSE OF WISDOM)
Patani adalah sebuah negeri berdaulat. Setelah Islam tiba disana, sesuai dengan nama asalnya iaitu Fathoni yang membawa erti bijaksana, Patani dikenali sebagai kota ilmu yang paling agung dibawah pemerintahan Kesultanan Melayu Patani.
Ramai sarjana dan tokoh ilmuwan dari seluruh dunia seperti dari Turki, Yaman, Bumi Syam, Bumi Haramain dan lain-lain berkumpul di Pattani untuk menjalankan pelbagai kajian ilmu, mencabar teori-teori, mencipta inovasi baru malah menghasilkan banyak kajian yang berkualiti.
Pattani pernah diibaratkan seperti Baitul Hikmah yang pernah wujud di Kota Baghdad yang telah lenyap dihancurkan musuhnya. Kekayaan ilmu yang dimiliki di bumi bertuah Pattani banyak menyumbang kepada tamadun-tamadum serantau. Jika Kedah dianggap Pusat Ekonomi Dunia (1136), maka Pattani adalah Pusat Ilmu Dunia ketika itu.