Tampilkan postingan dengan label perak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label perak. Tampilkan semua postingan

Syeikhul Islam Perak Syeikh Muhammad Saleh al-Minankabawi ( 1848 - 1933 )

Foto: wikipedia
Syeikh Muhammad Saleh Bin Abdullah @ Muhammad Thaiyib dilahirkan pada tahun 1848 di Kampung Tungkar, Luak Tanah Datar, Minangkabau, Sumatera, Indonesia.
Syeikh Muhammad Saleh berangkat ke Mekah pada umur 6 tahun dan memperoleh pendidikan agama dari bapanya, Syeikh Muhammad Thaiyib (atau Syeikh Abdullah), yang merupakan seorang Syeikh Haji di Mekah. Beliau juga berkesempatan belajar dengan ulama'-ulama' besar Mekah yang terkenal, iaitu :
1. Syeikh Muhammad Thaiyib @ Syeikh Abdullah - Ayahnya
2. Syeikh Saiyid Ahmad Bin Zaini Dahlan
3. Syeikh Abu Bakar Syatha
4. Syeikh Muhammad Bin Sulaiman Hasbullah al-Makki
5. Syeikh Abdul Hamid asy-Syarwani
6. Syeikh Saiyid Umar Ba Junaid
7. Syeikh Saiyid Muhammad Said Babshail
8. Syeikh Saiyid Abdullah Zawawi
9. Syeikh Wan Ahmad al-Fathani
10. Syeikh Muhammad Nur al-Fathani
11. Syeikh Muhammad Jamil al-Minankabawi

LAFAZ KERAMAT DI BETING BERAS BASAH

 

Ilustrasi Foto: hmetro

LAFAZ KERAMAT DI BETING BERAS BASAH

Peristiwa yang berlaku di Beting Beras Basah, tidak terpisah dengan lafaz keramat ini. Sehingga kini keturunan terpilih itu mewarisi sejarah tersebut. Sila hayati video yang disertakan disini. Apakah maksud disebalik lafaz itu?

"Sekongkong Tanah Minangkabau, Selilit Pulau Perca, Di lengkong ULAR SAKTIMUNA, Perpisahan Beta Di Selat Melaka, Jika Sah Beta Raja berdaulat Lepaslah sekalian malapetaka."

Penuh dengan maksud yang tersembunyi? They'Pakata ia seakan kata mentera? Sesungguhnya pengkisahan sejarah di alam semenanjung emas ini hebat & penuh misteri sekali.

Disalin dari kiriman FB: Khoirul al Patalangi

Siam, Perak, & Petani

 


Asal-nya jadi nĕgĕri Siam, Perak dan Pĕtani

DIATUR OLEH ABDUL HADI BIN HAJI HASAN 1957

Sa-bĕrmula maka ada pun Raja Ong Mahapodisat sa-lama pĕninggal ayahanda baginda itu, maka ia pun dudok di-atas takhta kĕrajaan di-nĕgĕri Kĕdah Zamin Dzuran, tĕrlalu-lah adil dan murah pada sĕgala dagang sĕntĕri ra‘ayat bala sakalian. Maka sakalian mĕreka itu pun mĕmuji-muji akan dia, banyak-lah datang sĕgala mĕreka bĕrniaga, dari sa-bulan kapada sa-bulan makin bĕrtambah-tambah ramai-nya sĕrta banyak orang datang ka-nĕgĕri itu.
Hatta bĕrapa tahun lama-nya, maka baginda itu pun bĕrolĕh sa-orang putĕra laki-laki tĕrlalu baik rupa paras-nya dan sikap-nya, tiada-lah tolok banding-nya. Maka di-pungut olĕh baginda inang pĕngasoh-nya daripada sĕgala anak' mĕntĕri hulubalang juga tĕmpat bĕrmain-main itu. Hatta tiada bĕrapa lama-nya bĕrolĕh sa-orang putĕra laki-laki juga. Maka akan anakanda baginda itu pun di-pungut olĕh baginda pĕngasoh-nya, maka dudok bĕrmain sapĕrti saudara bĕrsaudara juga. Maka di-pĕliharakan ikut sapĕrti ‘adat anak raja-raja yang bĕsar-bĕsar. Maka tiada bĕrapa lama-nya, sĕlang. sa-tahun maka baginda pun bĕrolĕh saorang anak pĕrĕmpuan tĕrlalu baik rupa paras-nya: chantĕk manis, putĕh kuning, panjang nipis, sukar di-chari sapĕrti rupa-nya pada zaman itu, di-bĕri pĕlihara dĕngan inang pĕngasoh-nya mĕngikut isti‘adat raja yang bĕsar-bĕsar juga. Kĕmudian daripada bĕbĕrapa tahun pula mĕndapat lagi sa-orang putĕra laki-laki yang tĕrlalu baik rupa paras-nya mĕngikut kakanda baginda kĕdua itu. Maka tĕrlalu-lah suka hati baginda mĕlihat anakanda yang bĕrĕmpat saudara itu bĕrmain-main dan bĕrkasĕh-kasĕhan, bĕrlambah-tambah bĕsar-nya. Maka budi pĕkĕrti sĕrta akal bichara pun tĕrlalu-lah amat baik: jika ayahanda baginda itu dudok di-balairong mĕmbicharakan hukum, maka ia kĕĕmpat pun ada bĕrsama-sama dudok mĕndĕngar hukum adat pĕrĕntah orang.

SULTAN PERAK KE-2: MANGKAT GHAIB


SULTAN PERAK KE 2 TELAH "MANGKAT GHAIB" DAN TIDAK BERMAKAM.

Sultan Mansur Syah I adalah Sultan Perak ke 2, baginda memerintah dari tahun 1549 sehingga 1577.
Kisahnya berlaku di hari Jumaat ketika baginda sultan sedang beriktikaf menunggu khutbah Jumaat dan secara tiba-tiba baginda sultan telah ghaib di dalam masjid Kota Lama Kanan, kelibat tuanku sultan sudah tidak kelihatan.
Suasana dalam masjid menjadi gempar dan kelam kabut, puaslah rakyat berdoa meminta petunjuk kepada Allah dan mencari di sekeliling masjid dan sehingga ke setiap pelusuk negeri Perak, tetapi Tuanku Sultan tetap tidak ditemui.

Syech Tahir Mohammad Djalaloeddin

Sumber Gambar: https://www.mamhtroso.com
MAMHTROSO.COM -- Sekembalinya ke tanah Minang, Syekh Tahir Jalaluddin Al-Azhari dihadapkan pada perseteruan antara kelompok tua yang masih memegang tradisi dan ritual nenek moyang dengan kelompok muda yang berpikir pembaharu.
Syekh Tahir yang merupakan bagian dari kelompok muda mendapatkan pertentangan. Ia dianggap tidak sesuai dengan tradisi karena memulaikan puasa dengan memakai ilmu hisab dan ilmu falak, bukan rukyah seperti ulama terdahulu. 

Namun, ia tetap memantapkan pendiriannya dengan tetap memperdalam ilmu falak dan astronomi. Syekh Tahir kemudian memilih mengembara ke beberapa wilayah di tanah melayu. seperti Minangkabau, Riau hingga wilayah Singapura dan Kelantan.

Beberapa jejak perjalanannya diantaranya, ia menginjakkan kakinya di Singapura pada 20 Mei 1888, di Kesultanan Riau pada 1892 dan di Penang, Malaya pada 1899.