Wajah Tanah Melayu pada tahun 1786, sebelum British datang.
Pernah fikir tak kalau British langsung tak pernah jejak kaki ke Tanah Melayu, apakah wajah negara (atau negara-negara) pada hari ini?
Yang pasti Pulau Pinang tak akan exist sebagai negeri yang independent daripada Kedah. Sebab Francis Light yang pujuk Sultan pajakkan Pulau Pinang dan Seberang Perai dengan jaminan bantuan ketenteraan lawan Siam.
Then British buat perjanjian dengan Siam pada tahun 1909 bahagikan negeri-negeri utara: British ambik Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu; Siam ambik Setul dan Patani. So katakan British tak mai, mungkin negeri-negeri utara ini akan kekal di bawah Siam (tukar nama jadi Thailand pada tahun 1939).
Kalau British tak buat onar pergi naikkan Tengku Hussein jadi sultan Johor untuk dapatkan Singapura, Johor-Riau-Lingga masih stay intact, tak berpecah kepada Kesultanan Johor bawah Sultan Hussein dan Kesultanan Riau-Lingga di bawah Sultan Abdul Rahman.
So Singapura, Kepulauan Riau (Batam, Bintan dan Karimun) dan Natuna akan jadi sebahagian dari entiti bernama Johor. Pahang mungkin tak keluar jadi independent kingdom pada tahun 1853.
Melaka boleh jadi merge dengan Johor balik (Kesultanan Johor successor state kepada Kesultanan Melaka, so sentiasa nak rampas balik Melaka dari Portugis/Belanda), atau silap-silap orang Melaka tuntut kemerdekaan mendirikan negara baharu.
Adakah negeri-negeri Melayu ini (yang merupakan independent kingdoms) akan bergabung jadi sebuah negara seperti tahun 1957?
Ia bergantung kepada samada wujud orang seperti Von Bismarck (yang menyatukan semua negeri-negeri Jerman jadi Jerman pada tahun 1871) atau Di Cavour (yang menyatukan semua negeri-negeri Itali jadi Itali pada tahun 1861).
Beratus-ratus tahun diorang impikan sebuah Jerman dan Itali yang bersatu, tapi hanya dapat dicapai dengan ada right men in the right place at the right time.
Kalau jadi, adakah negara Melayu yang bersatu ini hanya terdiri daripada Tanah Melayu? Atau merangkumi Sumatra? Adakah Aceh dan Minangkabau mahu disatukan ke dalam Greater Malaya ini atau opt out?
Silap-silap tanpa British, Belanda akan menjajah kedua-dua Tanah Melayu dan Sumatra? Atau mungkin tanpa kekacauan British, negeri-negeri Tanah Melayu akan dapat resist Belanda, atau silap-silap membantu negeri-negeri Sumatra tangkis pengaruh Belanda?
Yang pasti tak akan wujud negara bernama Malaysia sebab persamaan antara Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak ialah penjajahan British.
But history does not have "if". Apa yang berlaku ialah: British dapat Penang pada tahun 1791, Singapura pada 1819, Melaka pada 1824, gabung jadi Negeri-Negeri Selat (Straits Settlements). Kemudian gabungkan lagi Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang jadi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Federated Malay States). Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor dijadikan naungan (protectorates) yang berasingan (Unfederated Malay States).
Kemudian pada tahun 1946, British nak hapuskan sistem naungan dan jadikan negeri-negeri Melayu sebagai jajahan bernama Malayan Union. Maka orang Melayu bangkit menentang. Sebuah Persekutuan Tanah Melayu didirikan bagi menggantikan Malayan Union, dan kemerdekaan dicapai pada tahun 1957.
In a way, kedatangan British memudahkan proses pembentukan negara-bangsa yang mungkin tak dapat capai dalam masa 200 tahun. Penjajahan menjadi pemangkin kepada nasionalisme orang Tanah Melayu membentuk sebuah Malay polity yang bersatu.
Artwork oleh Muhammad Lazuardi.
Nak lagi faham, baca kat Twitter: https://twitter.com/AymanRashdanW/status/1300279274222616577
Kredit: Ayman Rashdan Wong
Admin: Pak Ali
Disalin dari kiriman FB: Serai Padang