Tampilkan postingan dengan label semananjung. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label semananjung. Tampilkan semua postingan

Asal Nama 'Sumatra' dalam Catatan Penjelajah Barat dan Islam

 

Pict: Geograpicus

FB Akhirnya Aku Tahu - Tak selamanya Pulau Sumatra bernama Sumatra. Nama 'Sumatra' sejatinya tidak diketahui oleh penduduk di pulau itu. Berbagai nama dibubuhkan untuk pulau terbesar keenam di dunia ini oleh para penjelajah asing.
Nama yang dikenal justru adalah Pulau Perca (atau Pritcho dalam dialek Melayu selatan) dan Indalas berdasarkan karya sastra Melayu yang merujuk pada pulau-pulau sekitar semenanjung Malaya.
Namun, orientalis Inggris abad ke-19 yang pernah singgah ke Bencoolen (Bengkulu) William Marsden berpendapat 'Indalas' sangat mirip dengan nama 'Andalusia'—kekuasaan orang Arab di Spanyol di masa kejayaannya.
Dalam The History of Sumatra, dia menemukan penggunaan nama ini sudah marak, bahkan Selat Malaka sebelumnya dikenal sebagai Laut Indalas. Konon, orang Sumatra masa itu yakin Selat Malaka dahulu memiliki jembatan yang dihancurkan oleh Iskandar Agung.

Dharmasraya penerus Sriwijaya

Gambar: selasar


FB Gaj Ahmada - Munculnya Kerajaan Melayu Besar di pulau Sumatera setelah runtuhnya kerajaan Sriwijaya oleh serangan Rajendra Chola I (the Chola raja Coromandel) pada tahun 1025 M.
Dharmasraya adalah ibu kota dan juga nama kerajaan Buddha abad ke-11 berdasarkan sistem sungai Batanghari di Sumatera Barat dan Jambi modern, di pulau Sumatera, Indonesia. Kerajaan itu sendiri dapat diidentifikasi dengan nama ibu kotanya Dharmasraya atau dengan nama Bhumi Malayu atau Suvarnnabhumi menurut prasasti Padang Roco. Penyebutan nama Malayu menandakan bahwa kerajaan tersebut terletak di wilayah kerajaan Malayu yang sebelumnya lebih tua sebelum diserap ke dalam mandala Sriwijaya. akhir abad ke-7, sehingga menunjukkan bahwa Dharmasraya adalah penerus Malayu. Dharmasraya menjadi kerajaan merdeka setelah kejatuhan Sriwijaya pada tahun 1025. ️Formasi Setelah invasi oleh Rajendra Chola I raja Kerajaan Chola dari Koromandel, kekuasaan dinasti Sailendra atas pulau Sumatera dan Semenanjung Malaya melemah.

JIKA TIDAK SUKA DENGAN SEJARAH PERJUANGAN MELAYU DAN BUMIPUTERA, BALIKLAH KE NEGARA ASAL KAMU

Ilustrasi gambar: salam online


FB Azmi Jusoh - Sifat ultra kiasu,[1] tak sedar diri dan tidak sedar dek untung hanya akan memakan diri kamu sendiri.
LAMA saya termenung memikirkan, melihat betapa ramainya ultra kiasu mempertikaikan filem Mat Kilau. Paling tidak berguna, apabila mengatakan filem ini rasis. Rasis kepala bapak kamu?
Jika ultra kiasu, Sikh,[2] merasa bangsanya ada tokoh pejuang seperti Mat Kilau di negara ini, filemkanlah. Begitu juga, jika ultra kiasu India merasakan bangsanya ada tokoh pejuang seperti Mat Kilau, filemkanlah? Seterusnya, jika ultra kiasu Cina merasakan bangsanya ada tokoh pejuang seperti Mat Kilau, filemkanlah? Saya secara peribadi, sangat teruja untuk menontonnya.
Sejarah membuktikan yang rata-rata terkorban dan berkorban mempertahankan dan memperjuangkan Tanah Melayu sebelum Perang Dunia kedua adalah orang Melayu yang mempertahankan Tanah Melayu. Begitu juga Bumiputera Sabah dan Sarawak.

KERAJAAN CHIEH TU


 Disalin dari kiriman Ibnu Kamal Aliff

KERAJAAN CHIEH TU
Catatan Duta China dari Dinasti Sui
Ada tulisan menyatakan Kerajaan ini sudah wujud semenjak tahun 200 SM lagi, dan pada tahun 589M, Chih Tu telah menghantar duta ke China setelah kejayaan Dinasti Sui menyatukan kembali China, 18 tahun kemudian iaitu pada tahun 607M, Dinasti Sui telah menghantar dua orang duta ke Chih Tu sebagai balasan. Rombongan Maharaja Sui itu membawa 5000 jenis hadiah yang berbeza kepada Raja Chih Tu.
MAHARAJA YANG GUANG
Jelas disini, Kerajaan Chih Tu begitu peka dengan perkembangan di China, dan hubungannya sangat akrab dan dapat kita perhatikan ketika Dinasti Sui berjaya menumpaskan Dinasti Chen, ia terus menghantar duta ke China sebagai pengiktirafan kepada Maharaja Yang Guang dari Dinasti Sui yang berjaya menyatukan kembali China. Maharaja tersebut kemudiannya membalas kunjungan Duta Chih Tu dengan menghantar hadiah dan dua dutanya ke Kerajaan yang berada di Semenanjung itu dan berlangsunglah hubungan dua hala antara kedua kerajaan ini. Kedua duta China itu merekod apa yang mereka saksikan setibanya di Chih Tu.

Melayu Jati, Dagang, & Peranakan di Semananjung

Ilustrasi Gambar: mitaoktavia

 Disalin dari kiriman FB Sarah Zakaria

KAMU MELAYU JATI, DAGANG ATAU PERANAKAN?
Ramai dari kalangan muda sekarang tak tahu pun siapa itu Melayu. Ada juga terutamanya dari golongan bandar menganggap perjuangan Melayu itu rasis.. Hei, kamu yang bersifat rasis.
Melayu adalah asimilasi pelbagai bangsa dan suku dari Alam Melayu [tuan boleh guna kata 'nusantara'], asia, asia tengah, eropah yang beragama Islam.[1]
Tiada kasta. Kumpulan di bawah ini hanya untuk bagaimana kita mengenal diri kita dan memahami siapa itu Melayu. Kajian mendapati Melayu Jati Kelantan telah wujud lebih 60,000 tahun yang lalu di sini.
Sesiapa yang menidakkan dan mempersoal hak pribumi ke atas agamanya, bahasanya, tulisan, tamadun, budaya dan warisan di kampung halaman sendiri sesungguhnya tidak berdiri atas nama kemanusiaan, sebaliknya berdiri atas sifat kebinatangan. Usah menidakkan hak Melayu yangg lebih separuh dari populasi Malaysia.

Sejarah Tentera Darat Malaysia


 Dislain dari FB Siti Hajar Muhammad

Sejarah Tentera Darat
Sejarah Tentera Darat Malaysia bermula dengan usaha untuk menubuhkan satu pasukan pertahanan yang dianggotai oleh anak-anak Melayu. Usaha ini bermula semenjak tahun 1902 lagi. Banyak perbincangan oleh Raja-Raja Melayu dan Penasihat-Penasihat British telah dijalankan bagi mengujudkan pasukan ini. Dalam tahun 1913 Almarhum DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Muhamad ibni Yam Tunku Antah, Almarhum DYMM Sultan Perak, Sultan Alang Iskandar Shah, Almarhum Raja Di Hilir Perak, Raja Sir Chulan dan Allahyarham Undang Rembau, Datuk Abdullah bin Haji Damad telah menyuarakan hasrat menubuhkan pasukan Askar Melayu.
Hasrat Raja-Raja ini telah menjadi kenyataan apabila di dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Persekutuan pada 23 Januari 1933, Rang Undang-Undang Askar Melayu telah diluluskan dan dikenali sebagai Undang-Undang No. 11.

Hal Ihwal Kemerdekaan Malaysia

 

Gambar Ilustrasi: grid

Disalin dari kiriman FB Kisah Sejarah Melayu

Pada 18 Januari 1956.
Satu persidangan yang dinamakan Persidangan Malaya Merdeka bagi menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu telah diadakan di Lancaster House, London. Persidangan Meja Bulat ini dihadiri oleh wakil-wakil kerajaan Perikatan dan wakil-wakil Raja Melayu dengan pegawai-pegawai dari Pejabat Tanah Jajahan British.
Persidangan yang berlangsung pada 18 Januari hingga 6 Februari 1956 yang mengambil masa selama 3 minggu membincangkan masalah-masalah seperti :-
- Malaya akan merdeka dalam lingkungan ‘British Komanwel’.
- Hal ehwal kewangan, pentadbiran, keselamatan dalam negeri, pertahanan dan hal ehwal luar negeri akan dipegang oleh menteri-menteri Persekutuan Tanah Melayu,
- Penubuhan Jawatankuasa Bebas Kemerdekaan untuk mengkaji dan menyarankan perubahan dalam perlembagaan dengan tidak mengubah kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu.

Syeikhul Islam Perak Syeikh Muhammad Saleh al-Minankabawi ( 1848 - 1933 )

Foto: wikipedia
Syeikh Muhammad Saleh Bin Abdullah @ Muhammad Thaiyib dilahirkan pada tahun 1848 di Kampung Tungkar, Luak Tanah Datar, Minangkabau, Sumatera, Indonesia.
Syeikh Muhammad Saleh berangkat ke Mekah pada umur 6 tahun dan memperoleh pendidikan agama dari bapanya, Syeikh Muhammad Thaiyib (atau Syeikh Abdullah), yang merupakan seorang Syeikh Haji di Mekah. Beliau juga berkesempatan belajar dengan ulama'-ulama' besar Mekah yang terkenal, iaitu :
1. Syeikh Muhammad Thaiyib @ Syeikh Abdullah - Ayahnya
2. Syeikh Saiyid Ahmad Bin Zaini Dahlan
3. Syeikh Abu Bakar Syatha
4. Syeikh Muhammad Bin Sulaiman Hasbullah al-Makki
5. Syeikh Abdul Hamid asy-Syarwani
6. Syeikh Saiyid Umar Ba Junaid
7. Syeikh Saiyid Muhammad Said Babshail
8. Syeikh Saiyid Abdullah Zawawi
9. Syeikh Wan Ahmad al-Fathani
10. Syeikh Muhammad Nur al-Fathani
11. Syeikh Muhammad Jamil al-Minankabawi

Naning Nagari Tuo



 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈 𝐍𝐀𝐍𝐈𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐑𝐓 𝟏

Sejarah pembukaan kawasan di wilayah Naning mempunyai pelbagai versi daripada penduduk tempatan tetapi asas naratif yang dipertuturkan tidak jauh beza antara satu dengan lain. Setiap pihak mempunyai versi cerita yang sama di antara satu sama lain, kemungkinan pendekatan dalam jalan penceritaan itu agak berbeza (Mohd Shukry 2011:17). Asas kepada penceritaan masyarakat Naning adalah teromba yang berbunyi;

Bertuan ke Minangkabau,
Bertali ke Siak,
Beraja di Johor,
Berpengkalan ke Melaka,
Beremak ke Naning,
Berulur jumbai ke Tanah Jelebu.
(Zainal 1982:45; Musa 1982:161)

ASAL USUL NAMA SERI MENANTI, BANDAR DIRAJA NEGERI SEMBILAN

Gambar: reseachgate

 

Disalin dari kiriman Aal Piliang pada grup Pembela Adat & Syarak Alam Minangkabau


Di daerah Kuala Pilah terletak bandar diraja Negeri Sembilan, Seri Menanti, jaraknya dari bandar Seremban kira-kira 30 kilometer. Seri Menanti pada masa dahulu termasuk di dalam Luak Johol.
Menurut cerita, Seri Menanti asalnya nama sebatang sungai. Hulu sungai tersebut terletak di gunung yang memisahkan daerah Rembau daripada daerah Kuala Pilah.
Kawasan berhampiran sungai itu telah didatangi satu rombongan dari Minangkabau. Rombongan itu diketuai oleh Datuk Putih daripada Suku Seri Lemak. Mereka datang ke Tanah Melayu untuk mencari penghidupan baru. Datuk Putih adalah seorang bomoh besar yang juga pawang negeri di Sungai Layang.
Setelah melalui beberapa perkampungan, akhirnya Datuk Putih menemui tempat yang dirasakan amat sesuai untuk mendirikan sebuah perkampungan. Ahli-ahli rombongannya bersetuju dengan cadangannya itu. Mereka bermuafakat membuka kawasan baru itu untuk bercucuk tanam.
Datuk Putih kemudian bertanya kepada hampir semua ahli rombongan itu nama yang sesuai untuk kampung mereka. Namun tidak seorang pun yang memberi jawapan yang memuaskan. Dengan demikian perkampungan itu tidak memiliki nama untuk beberapa lama selepas dibuka.

Siam, Perak, & Petani

 


Asal-nya jadi nĕgĕri Siam, Perak dan Pĕtani

DIATUR OLEH ABDUL HADI BIN HAJI HASAN 1957

Sa-bĕrmula maka ada pun Raja Ong Mahapodisat sa-lama pĕninggal ayahanda baginda itu, maka ia pun dudok di-atas takhta kĕrajaan di-nĕgĕri Kĕdah Zamin Dzuran, tĕrlalu-lah adil dan murah pada sĕgala dagang sĕntĕri ra‘ayat bala sakalian. Maka sakalian mĕreka itu pun mĕmuji-muji akan dia, banyak-lah datang sĕgala mĕreka bĕrniaga, dari sa-bulan kapada sa-bulan makin bĕrtambah-tambah ramai-nya sĕrta banyak orang datang ka-nĕgĕri itu.
Hatta bĕrapa tahun lama-nya, maka baginda itu pun bĕrolĕh sa-orang putĕra laki-laki tĕrlalu baik rupa paras-nya dan sikap-nya, tiada-lah tolok banding-nya. Maka di-pungut olĕh baginda inang pĕngasoh-nya daripada sĕgala anak' mĕntĕri hulubalang juga tĕmpat bĕrmain-main itu. Hatta tiada bĕrapa lama-nya bĕrolĕh sa-orang putĕra laki-laki juga. Maka akan anakanda baginda itu pun di-pungut olĕh baginda pĕngasoh-nya, maka dudok bĕrmain sapĕrti saudara bĕrsaudara juga. Maka di-pĕliharakan ikut sapĕrti ‘adat anak raja-raja yang bĕsar-bĕsar. Maka tiada bĕrapa lama-nya, sĕlang. sa-tahun maka baginda pun bĕrolĕh saorang anak pĕrĕmpuan tĕrlalu baik rupa paras-nya: chantĕk manis, putĕh kuning, panjang nipis, sukar di-chari sapĕrti rupa-nya pada zaman itu, di-bĕri pĕlihara dĕngan inang pĕngasoh-nya mĕngikut isti‘adat raja yang bĕsar-bĕsar juga. Kĕmudian daripada bĕbĕrapa tahun pula mĕndapat lagi sa-orang putĕra laki-laki yang tĕrlalu baik rupa paras-nya mĕngikut kakanda baginda kĕdua itu. Maka tĕrlalu-lah suka hati baginda mĕlihat anakanda yang bĕrĕmpat saudara itu bĕrmain-main dan bĕrkasĕh-kasĕhan, bĕrlambah-tambah bĕsar-nya. Maka budi pĕkĕrti sĕrta akal bichara pun tĕrlalu-lah amat baik: jika ayahanda baginda itu dudok di-balairong mĕmbicharakan hukum, maka ia kĕĕmpat pun ada bĕrsama-sama dudok mĕndĕngar hukum adat pĕrĕntah orang.

SRIWIJAYA ASAL DARI THAILAND (klaim dari milis tetangga)

Sumber Gambar: https://www.facebook.com


Raja Ligor Yang Memberontak Kepada Ayutthaya:

1. Dalam sepanjang sejarah Ligor, terdapat dua orang Raja-nya(Gabenor) yang pernah memberontak dan membebaskan Ligor dari kekuasaan Ayutthaya, iaitu Phraya Ram Decho dan Raja Musika.

2. Phraya Ram Decho dicatatkan sebagai berketurunan Melayu. Beliau mengambil kesempatan membebaskan Ligor sewaktu kenaikan Phetracha sebagai Raja Siam menggantikan Raja Narai yang meninggal dunia pada tahun 1688.

3. Ayutthaya kemudian bertindak balas dengan menghantar tentera yang diketuai oleh Phraya Ratchabangsan, seorang Laksamana yang juga berketurunan Melayu, untuk menyerang Ligor.

Negeri-negeri Semenanjung Bagian Utara

Sumber Gambar: https://www.google.com
Gambar Raja-raja di Negeri-negeri Kecil Patani dan Setul:
Tengku Abdul Kadir Kamaruddin Ibni Al-Marhum Sultan Sulaiman Sharifuddin Syah (1899-1902) Raja Patani terakhir
Sumber: https://www.facebook.com


1. Seandainya Singgora dan Patani tidak berperang sesama sendiri sebaliknya berpadu usaha dan bekerjasama untuk menentang musuh sebenar yang sama iaitu Siam (Ayutthaya), mungkin Negeri Melayu Singgora masih lagi dapat wujud sehingga penghujung abad ke-19.