Sir Henry Gurney; Wakil Inggris di Palestina

 

Pict: alchetron.com

FB Taqiuddin Tabarani - Terkini, terbongkar satu lagi penyelewengan sejarah. Kisah Sir Henry Gurney. Pesuruhjaya British ( jawatan macam PM) di Tanah Melayu tahun 1948 hingga 1951.
Digambarkan dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 3, beliau seorang yang berjaya mengekang pengaruh komunis di Tanah Melayu. Jasanya besar untuk Tanah Melayu kononnya. Akhirnya beliau dibunuh oleh Partai Komunis Malaya (PKM) semasa dalam perjalanan ke Bukit Frasier.
Ramai tidak menyedari perlantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya British ke sini kerana kerjanya yang hebat di Filistin (Palestina) selama 2 tahun (1946-1948). Henry Gurney merupakan pentadbir BRITIsh di Filistin.
Apa kerjanya? Membawa pendatang Yahudi masuk ke Palestin dari Eropah dan menghalau dan membunuh rakyat Filistin dari bumi mereka sendiri.
Ketika Henry Gurney bertugas di Falestinlah berlaku siri pembunuhan kejam di bumi Palestin. Pengganas Yahudi Haganah dan Irgun kemuncak keganasan mereka adalah ketika Henry Gurney bertugas di Palestin.
Ingat! Peristiwa Dier Yasin ( Mei 1948)yang meragut nyawa 300 orang wanita dan kanak-kanak Filistin berlaku ketika Henry Gurney masih berada di bumi Filistin. Beliau datang ke Tanah Melayu Oktober 1948.
Malang sekali kita masih kekalkan nama dia ni sebagai orang yang berjasa. Andai kata tak kena bunuh dengan PKM, mungkin kita akan jadi macam Filistin?
Apakah jasa beliau di sini? Ingat! Beliau dibunuh dalam keadaan menjadi Ketua Penjajah! Dalam keadaan tangannya berlumuran darah rakyat Filistin!
Elok sangat guru Sejarah seluruh negara yang mengajar Sejarah Tingkatan 3 agar jangan lupa untuk ceritakan kisah sebenar Sejarah Henry Gurney kepada anak murid mereka. Moga mereka tahu kisah sebenar Sir Henry Gurney.

===============
Baca juga:


Tidak ada komentar:

Posting Komentar