Pict: cilisos.com |
FB Pemuda PAS Malaysia - Anda mesti pernah dengan nama Henry Gurney kan? Ya, General British yang namanya diabadikan kepada sekolah pemulihan tu. Nama sebenarnya agak panjang, iaitu Sir Henry Lovell Goldsworthy Gurney (SHG).
Kononya dia adalah pahlawan yang disanjung kerana melawan komunis. Mungkin kali ini kita kena ubah mindset sikit.
Untun pengetahuan anda, walaupun SHG ni terkenal di Malaysia, dan mati di sini, dia sebenarnya mempunyai kaitan dengan perisitiwa di Palestine. Dia telah dibunuh di Bukit Fraser semasa Darurat Tanah Melayu 6 Oktober 1951.
Beliau adalah Pesuruhjaya Tertinggi British terakhir di Palestine sebelum ditukar ke Tanah Melayu. Apa keterlibatan SHG ni sepanjang dia berada di Palestine? Kisah dia ada tercatit dalam buku ‘The End of the British mandate for Palestine: The Diary of Sir Henry Gurney’ oleh Motti Golani.
Kerjaya terakhir SGH di Palestine bukanlah mudah kerana beberapa serangan dan cabaran telah dihadapi oleh British. Namun pada yang sama, wujud plot yang terancang oleh British kerana mereka telah berpakat dengan Zionis untuk memberikan tanah Palestine kepada Zionis.
Rancangan untuk memberikan tanah kepada Zionis adalah antara agenda deklarasi Belfour. Oleh kerana British telah Berjaya mendapatkan Palestine daripada kerajaan Turki Uthmaniyyah, maka jalan memberikan Palestine kepada Zionis Israel semakin mudah.
Pada 9 April 1948 telah terjadi satu pembantaian kaum Jaber di kawasan Deir Yassin. Pembantaian ini berlaku tidak lama selepas British menamatkan mandatnya di Palestine pada 15 mei 1948 (Hari Nakbah). Pembantaian beramai-ramai ini telah mengorbankan mangsa seramai 250 orang manakala beberapa lagi telah berjaya melarikan diri.
Sir Henry Gurney pernah mengulas bahawa dia merasa kecewa dengan pembantaian tersebut, namun bukankah British sendiri yang telah melepas tangan Palestine tanpa apa-apa resolusi kepada penduduk Palestine?
Pelepasan Palestine berbeza dengan Malaysia. British di Malaysia telah menerima perbincangan dan perancangan yang panjang sebelum memerdekakan Malaysia. Namun di Palestine, mereka hanya melepaskan begitu sahaja, umpama menyerahlan segalanya atas Palestine dan Israel untuk menyelesaikan masalah.
Menurut saksi peristiwa ini, mereka dikepung oleh Israel bagi mengelakkan ada antara mereka yang terlepas. Yahudi menggempur semua orang kampung dan membunuh tidak kira kanak-kanak atau perempuan.
Saki baki penduduk kampung yang Berjaya lari akhirnya menetap dikawasan sempadan negara Jordan, Syria dan Lubnan.
Anda mungkin terfikir, besar manakah sebenarnya penglibatan SGH dalam peristiwa ini. Sebenarnya, dia merupakan Pesuruhjaya Tinggi pada masa itu. Dia bertanggungjawab melepaskan Palestine dengan cara yang baik serta mengekang segala tindakan tidak berperikemanusian Israel.
Namun, dia telah datang ke Malaya dengan jawatan yang kononya untuk membantu Malaya menyekat kemaraan komunis. Tetapi rupanya tangan yang penuh dengan darah warga Palestine telah memegang Tanah Melayu pada masa itu.
=============
Baca Juga: