Pict: Shahimages |
FB Siti Zulaikha | Sangat cerdik, bijak, suka buat lawak, nakal, ceria, suka mempelajari bahasa asing, bangsa yang paling bersopan santun di Timur.
Walaupun tercatat dalam sejarah Melayu penjajah sebagai perosak kepada sejarah Melayu, budaya, bahasa, pemikiran dan sosial, namun kita masih boleh mengambil sisi positif, iaitu hasil kajian sociologi dan anthropologi mereka terhadap orang Melayu yang ditulis mengikut pemerhatian terus mereka, bukan penilaian ye, itu bahaya.
Antara sisi yang positif dan dikagumi mereka adalah Melayu dikatakan sebagai bangsa yang cerdik, ceria, suka buat lawak, dan sangat nakal, walaupun ada yang suka berfoya-foya, namun ramai dikalangan mereka yang menjadi pemerintah, ahli matematik dan ahli astrologi, sejarawan dan sebagainya.
'The majority of the Malayos are cheerful, roguish, and very wanton, ingenious and intelligent, but negligent and careless about studies and arts, they spend their time amusing themselves, and so, as a rule, few literati, mathematicians, or astrologers are to be found amongst them.'
[Majoriti orang Melayu adalah ceria, penyangak, dan sangat bersemangat, cerdik dan bijak, tetapi cuai dan cuai tentang pelajaran dan seni, mereka menghabiskan masa mereka untuk menghiburkan diri mereka sendiri, dan oleh itu, sebagai peraturan, beberapa cendekiawan, ahli matematik, atau ahli nujum boleh ditemui di kalangan mereka.
-----
Mayoritas orang Melayu ceria, nakal, dan sangat bersemangat, cerdik dan cerdas, namun lalai dan ceroboh dalam studi dan seni, mereka menghabiskan waktu untuk bersenang-senang, sehingga, pada umumnya, hanya sedikit sastrawan, matematikawan, atau ahli nujum yang mau. ditemukan di antara mereka.]
Melayu dan bahasa pada pandangan sisi penjajah
Bahasa Melayu bukan sahaja digunapakai di tanah mereka/pantai, istilah tanah melayu oleh penjajah kerana dikelilingi pantai, tetapi bahasa Melayu juga digunakan di seluruh India !, dan di semua tempat di negara Timur, serta difahami dimana-mana, sesiapa yang tidak pandai berbahasa Melayu dikatakan sebagai orang yang buruk pendidikannya di Timur.
Valentyne, penjajah yang berada di Melaka pada tahun 1884 mencatatkan;
'Their language Bahasa Malayu was not only spoken on that coast but was used through the whole India and in all in Eastern countries as a language understood everywhere and by everyone and if you don't understand this language you are considered as very badly educated man in the East.'
Melayu bangsa paling bersopan santun di Timur
Dikatakan bangsa yang paling beradab sopan di Timur, sangat cerdik, mereka sangat suka mempelajari bahasa, selain bahasa melayu mereka mempelajari bahasa Arab, malah bahasa Parsi dan ramai yang begitu rajin mengkaji dan belajar bahasa sanskrit.
Drancois Jalentyn dalam gambarannya tentang masyarakat Melaka pada awal abad ke-18 seperti berikut;
'The Malays are the most cunning, the most ingenious and the politest people of the whole East. Their language, bahasa Malayu, the Malays are accustomed to study it, trying their almost to enlarge their knowledge of it and to learn Arabic even some among them the Persian language too, and those who are more studious still strive to obtain knowledge of the Sanskrit.'
Tiada pula yang mengatakan Melayu pemalas, kecuali dimomokkan oleh sesetengah penjajah yang memiliki agenda tersendiri, masih ada penjajah yang betul betul memahami dan mengikut bidang disiplin sociologi dan anthropologi, iaitu mencatat apa yang diperhati secara benar dan teliti.
Namun, jangan terpedaya dengan perspektif yang mereka bina terhadap Melayu kerana perspektif itu telah dinilai mengikut kerangka sekular mereka yang semestinya tidak berpihak kepada agama.
Satu lagi mungkin banyak lagi sisi positif orang Melayu yang tidak disebut, sebab nama pun penjajah. Tapi kalau penjajah puji melangit itu dikira sangat-sangat betullah apa yang diperkatakan.
Kredit: Siti Kausar Zakaria & Muhammad Zarrin
sumber gambar: google
kredit: Muhammad Zarrin, Universiti Malaysia Sabah.
Credit post : Tuan Zulkiflee Ismail