πππππππ ππππππππππ πππππ ππππππ ππ ππππππ ππππ π
Sejarah pembukaan kawasan di wilayah Naning mempunyai pelbagai versi daripada penduduk tempatan tetapi asas naratif yang dipertuturkan tidak jauh beza antara satu dengan lain. Setiap pihak mempunyai versi cerita yang sama di antara satu sama lain, kemungkinan pendekatan dalam jalan penceritaan itu agak berbeza (Mohd Shukry 2011:17). Asas kepada penceritaan masyarakat Naning adalah teromba yang berbunyi;
Bertuan ke Minangkabau,
Bertali ke Siak,
Beraja di Johor,
Berpengkalan ke Melaka,
Beremak ke Naning,
Berulur jumbai ke Tanah Jelebu.
πππππππ πππππππ ππ πππππππππππ
Berdasarkan urutan ungkapan nama kawasan dalam teromba ini, jelas menunjukkan masyarakat Naning berasal daripada tanah Minangkabau di Sumatera Barat. Menurut Norhalim (1993:79), satu ketika dahulu wilayah Naning merupakan salah sebuah rantau Minangkabau dan masyarakat Minangkabau yang menetap di Naning masih tertakhluk dengan adat istiadat daripada negeri asal mereka. Oleh itu, masyarakat Naning menggunakan tradisi adat Perpatih daripada Minangkabau sebagai sebuah sistem sosial dalam masyarakat mereka dan masih mengikuti amalan-amalan masyarakat Minangkabau .
Oleh itu, ungkapan bertuan ke Minangkabau membawa maksud sistem pentakbiran yang dijalankan di kawasan Naning adalah daripada tradisi orang Minang dan asal usul orang Naning daripada Minangkabau. Beberapa pendapat juga menyatakan terdapat kemungkinan makna ungkapan ini menunjukkan simbol ketaatan sesebuah rantau (wilayah sementara orang Minangkabau) kepada raja yang sedang bertahta di Ranah Minang atau Tanah Minangkabau. Justeru, setiap rantau akan bertuankan raja di Minangkabau dan sentiasa memberikan penghormatan kepada raja di sana.
bersambung..
-Sutan Lenggeng-