Pict: justin calderon |
FB Sarah Zakaria | Apabila kita menceritakan tentang kisah pembantaian orang Asli, kita harusla sedar bukan kesemua orang Melayu terlibat di dalam konflik berdarah ini. Bahkan hubungan diantara orang Asli dan orang Melayu adalah amat baik bahkan Adat Perpatih misalnya menekankan pernghormatan Orang Melayu kepada Suku Biduanda (Orang Asli) (boleh baca: Kisah Harmoni Orang Melayu & Orang Asli). Aktor yang terlibat dalam pembantaian Orang Asli sebenarnya adalah imigran dan perantau daripada Sumatera iaitu etnik Rawa dan Mandhailing. Kelompok ini sebenarnya bukanlah etnik Melayu namun apabila mereka hadir ke Semenanjung Tanah Melayu maka British memanggil mereka ‘’Malay foreign’’ atau ‘’Melayu Luar’’. Orang tempatan juga telah menganggap mereka sebagai Orang Dagang. Namun harusla diketahui etnik ini lama kelamaan mula berasimilisasi dengan orang tempatan dan sehingga kini keturunan mereka dianggap sebagai bumiputera dan Melayu.
Kedatangan mereka pada awal abad-18 dan 19 ke Tanah Melayu dianggap detik hitam akan hidup orang Asli. Kedatangan imigran Sumatera ni banyak terjadi akibat daripada Perang Paderi yang amat ganas sekali di Sumatera sehingga memaksa kelompok imigran ini semakin kehilangan sumber ekonomi serta sekatan daripada Belanda sehingga memaksa mereka mencari tempat yang baru bagi memulakan hidup baru. Ada yang menjadi pelombong, petani, membuka Kawasan dan tentera upahan pembesar Melayu.
Maka ada sesetengah daripada kelompok ini telah melakukan aktiviti pemerdagangan hamba dengan menyerang kampung-kampung Orang Asli dan mejarah kampung-kampung Orang Asli. Tawanan-tawanan ini akan diperdagangkan kepada pembesar Melayu, pelombong Cina dan British demi keuntungan. Ada dalam kalangan mereka dilindungi oleh pembesar-pembesar Melayu. Aktiviti ini berlaku kepada Orang Asli di Kawasan Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak. Ramai orang lelaki telah dibunuh serta Wanita dan kanak-kanak ditangkap dan diperdagangkan sebagai hamba. Penjarahan ini memaksa Orang Asli Semai dan Jahut menjadi pelarian sehingga ke Pahang. Skeat and Blagden BERKATA:
“The Mantra of Malacca have suffered like other aboriginal tribes from the raids and incursions of the neighbouring Malays, their most implacable foes being the members of a Malay tribe called Rawa. This people are natives of a country in Sumatra called Rawa, Rau, and Ara... They are now settled in considerable numbers in Rembau, Sungei Ujong, and the western part of Pahang... [Large] bands of them, under one Bata Bidohom, who was reputed invulnerable, attacked the Mantra in several places, killing many of the men and carrying away more than a hundred of their women and girls into Pahang, where they sold them as slaves. The Rawa declared that they would hunt down the Mantra everywhere and deal with them all in the same way.”
Namun perlu ditegaskan bukan kesemua orang Mandhailing dan Rawa ini terlibat dengan aktiviti pemerdagangan Orang Asli, bahkan ada yang datang membuka Kawasan dengan Kerjasama Orang Asli bahkan melakukan aktivitik perdagangan Bersama.
Kisah penjarahan kampung Orang Asli ini jarang didokumentasi dalam catatan sejarah namun ia mejadi cerita lisan dalam kalangan Orang Asli Semai, sehingga seorang sasterawan dalam kalangan Orang Asli iaitu Akiya cuba menyebarkan cerita di dalam bentuk penulisan novel melalui ‘’Prang Sangkil’’ yang menceritakan persitiwa Perang Sangkil di Kampung Changkat Rimau (Perak_ dan ‘’Hamba’’. Usaha dilakukan Akiya ini wajar diteruskan oleh generasi Orang Asli yang lainnnya untuk mencerita sejarah dari sudut pandang orang Asli.
Rujukan
Perang Sangkil oleh Mahat Akiya
IN SITU TESTIMONIES: THE WITNESS OF WHETSTONES AND SEMAI ORANG ASLI TOPONYMS TO THE RAWA MALAY SLAVE RAIDS oleh Karen HeikkilƤ
Slavery, Bondage and Dependency in Southeast Asia (pp.216-245)Chapter: 10 Publisher: University of Queensland PressEditors: Anthony Reid
Neo-Melayu
====
Sumber: FB Sarah Zakaria