Ilustrasi : Wikipedia |
JATUHNYA KERAJAAN ISLAM MANILA & PERANG KASTILLA 1578 JIHAD PERAJURIT KERAJAAN MELAYU BRUNEI
Disalin dari FB Eddy Wzwan
Islam pernah bertapak di kawasan MANILA sebelum ditawan oleh penjajah SEPANYOL. Bahkan nama MANILA itu sendiri dikatakan berasal daripada perkataan ARAB iaitu 'FI AMANILLAH' "ŁŁ Ų§Ł
ŁŁŁŁŁ" yang bermaksud "Dalam perlindungan ALLAH".
Namun begitu pada satu lagi pendapat menyatakan bahawa MANILA berasal daripada bahasa'Tagalog' iaitu 'May-Nilad' iaitu sejenis pokok kecil yang berbunga. Kerajaan Islam Manila dikatakan telah wujud sejak tahun 710 Hijrah bersamaan 1310 Masehi dengan penemuan batu nisan Raja pertama MANILA iaitu RAJA AHMAD TIMHAR.
Penjajah SEPANYOL telah mula masuk ke MANILA semasa pemerintahan Sultan Manila yang ke 14 iaitu SULTAN SULAIMAN atau SULYMAN. Kekalahan Sultan Sulaiman itu telah menyebabkan SULTAN BRUNEI menghantar bantuan ketenteraan kepada Manila. Ini mungkin kerana hubungan antara kerajaan MANILA dan KESULTANAN BRUNEI yang terjalin ketika itu dan juga atas dasar satu AGAMA.
Pada tahun 1572 iaitu selepas kemasukan SEPANYOL di Manila dan FILIPINA keseluruhannya, Brunei telah menyediakan satu angkatan laut yang dibantu oleh kerajaan Melayu di Tanah Melayu dan Acheh untuk melakukan serangan terhadap penjajahan SEPANYOL di Filipina.
Menurut sumber lain pada tahun 1574 Brunei telah menyediakan satu angkatan laut menyerang FILIPINA tetapi dibatalkan demi keselamatan kerajaan dan rakyat Brunei kerana ketika itu berlakunya pergolakan dalaman istana serta dikhuatiri terdapat pengkhianat di dalam istana yang mampu jadi 'gunting dalam lipatan' dengan menyertai penjajah SEPANYOL.
Namun pada tahun 14 April 1578 Masehi angkatan tentera Sepanyol yang dikepalai Francisco De Sande telah menyerang Brunei dengan membedil kapal kapal perang Brunei sebanyak 50 buah.Pihak penjajah telah berjaya menawan BRunei kerana terdapat dua orang kerabat di Raja Brunei yang telah membelot dan menjadi pengkhianatan dek kerana gagal menjadi Pemerintah Brunei.Namun Sultan Brunei ketika itu SULTAN SYAIFUL RIJAL serta pengikutnya dapat melarikan diri ke Jerudong.
Setelah Jerudong, Sultan Syaiful Rijal dan pengikutnya berpindah pula ke Pulau Raja,dan bermula dari situ Bendahara Sakam telah menghimpunkan dengan memberi semangat ketika menghimpun parajurit parajurit yang bersedia untuk SYAHID menyerang kembali musuh musuh penjajah.Dengan semangat yang membara mereka berjaya menawan kembali BRUNEI dan berjaya mengusir pihak penjajah. Namun rekod rekod sejarah di SEPANYOL mereka mendakwa kekalahan mereka itu disebabkan ramai tentera mereka diserang penyakit ganjil dan cirit birit.
Mengambil pengajaran dari kisah sebelum ini yang lalai dan leka,pertahanan ketenteraan kerajaan Brunei dipertingkatkan dengan jati diri yang teguh dan tinggi.
Pada 4 Mac 1579 dengan semangat yang tinggi tentera Sepanyol yang diketuai oleh Kapten Don Juan Arce De Sadornil kembali untuk menyerang Brunei,namun dengan pertahanan dan persediaan tentera Brunei akhirnya tentera Sepanyol berundur juga.
Mereka dikalahkan dengan begitu teruk dan perkara ini menggerunkan pihak Sepanyol.
Pada tahun 1586 Masehi Kerajaan Sepanyol yang goyah melihat kemantapan pertahanan dan sistem maritim kerajaan Brunei yang begitu teguh serta sistematik akhirnya mengaku salah serta mengutuk sekeras kerasnya serangan yang dilakukan ketika era Kapten Francisco De San De dan mengarahkan pemulangan harta benda,kapal-kapal serta
beberapa senjata api yang dirampas ketika era Francisco De San De kepada Kerajaan Brunei. Bukan itu sahaja satu dekri dikeluarkan agar Francisco De San De serta kuncu kuncunya membayar ganti rugi kepada kerajaan Brunei.
Tindakan ini disusuli beberapa tahun kemudian satu delegasi secara aman dari Sepanyol di Manila telah dihantar ke Brunei bagi memohon maaf serta membincangkan hal ehwal perdagangan antara ke dua dua pihak.
Kerajaan Brunei yang ketika itu baru pulih dari pelbagai kisah pergolakan dalaman serta peperangan dengan ingin memberi tumpuan terhadap penstrukturan kestabilan dalaman mengambil pendekatan secara islamiah dengan berlapang dada dan menerima proses rundingan kedamaian.
Dengan Diplomasi ini juga terselamatlah jajahan jajahan Sepanyol dari ancaman yang kuat seperti kerajaan Melayu Brunei,Tanah Melayu dan Acheh serta lain lain..
Perang yang diberi nama PERANG KASTILLA ini menjadi satu lipatan sejarah yang penting bagi Kerajaan Melayu di kepulauan Borneo secara khususnya kerana terdapat kisah Pahit dan manis bagi masyarakat bangsa Melayu Seantero Dunia tentang satu enigma yang diberi nama SEJARAH yang pasti tidak akan mampu dipadam...
SUMBER:
-PERSTIWA ORANG MELAYU:HARI INI DALAM SEJARAH:Bab:11:Halaman73:Manila,Filipina pernah berada di bawah kekuasaan Islam-
Melayu)
-Borneo History