Picture: Bharian |
Kenapa Malaysia Menggunakan Dialek "Johor-Riau" Sebagai Dialek Bahasa Melayu Standard?
Tahukah anda, dialek Bahasa Melayu Malaysia standard yg anda dengar hari ini, mungkin bermula hanya pada tahun 1956? (Bagi teman-teman Indonesia, kalian lebih mengenali dialek ini sebagai bahasa "Upin & Ipin"..) Sebelum 1956, tepatnya sebelum kemerdekaan Malaya, tidak ada dialek Melayu khusus yg diguna secara meluas di seluruh Semenanjung. Bahasa Melayu memang diketahui sebagai lingua franca dahulunya, tapi dialeknya mungkin bercampur-campur.
Radio Malaya kemudiannya bertukar nama menjadi RTM (Radio Televisyen Malaysia) tanggal 16 September 1963, ketika penubuhan Persekutuan Malaysia. Dan sebagai satu-satunya stesen radio dan televisyen di Malaysia ketika itu, dialek Johor-Riau ini disebarkan secara tidak langsung ke seluruh Malaysia, termasuk Sabah Sarawak.
Sebab itu, hari ini kita lihat, dialek Selangor dan KL (Kuala Lumpur), hampir 95% sama dengan dialek Johor walaupun terpisah antara Melaka dan Negeri Sembilan. Inilah sebabnya. Dan, dialek ini menjadi dialek standard bagi negara Malaysia kerana pengaruh dari dialek ibukota negara. Namun, bahasa penulisan, ejaan, tatabahasa dan kosakata, tetap mengekalkan Bahasa Melayu Baku/Tinggi sebagai tunjang utama.
Kerana itu lagu-lagu Malaysia tetap dinyanyikan secara baku kerana menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Bagi sebahagian orang Indonesia, ianya kedengaran seperti Bahasa Indonesia tetapi tidak. Orang Malaysia menggunakan Bahasa Melayu Tinggi untuk lagu-lagu, pembacaan puisi, sajak, syair, pantun dan gurindam.
Bagaimana membezakan penulisan orang Malaysia dan orang Melayu Indonesia? - Melalui ejaan.
Melayu Malaysia:
Ejaan - saya, mengapa, sana
Sebutan - saye, mengape, sane
Melayu Indonesia:
Ejaan - saye, mengape, sane
Sebutan - saye, mengape, sane
** Melainkan jika Melayu Indonesia bertutur Bahasa Indonesia, maka ejaan dan sebutan akan jadi baku..
Penulisan oleh:
Azhar Kent
Boleh lihat video ini utk lebih faham.
Disalin dari kiriman FB: Azhar Kent
=======================
Baca juga:
- Kenapa Malaysia Menggunakan Dialek Johor Riau sebagai Dialek Standard
- Kecintaan Minang atas Bahasa Melayu
- Pertumbuhan Menjadi Bahasa Resmi
- Bahasa Melayu di Aceh
- Nasionalisme Bahasa
- Sejarah Bahasa Melayu
- Asal Mula Bahasa Melayu menjadi Bahasa Indonesia
- Bahasa Melayu Kuno
- Bahasa Menentukan Bangsa
- Alam Malayu (Jazirah Malayu)