Ilustrasi gambar: https://www.facebook.com |
MELAYU
Pagi Hari Raya kedua ni nak cakap tentang bangsa. Siapakah kita bangsa Melayu?
Hamka mentakrifkan Melayu sebagai setiap orang yang berbahasa Melayu. Ertinya orang yang berfikir, merasa, menangis dan ketawa, tidur dan bangun dalam bahasa Melayu.
Cuba hayati betul-betul takrifan Melayu oleh Hamka ini. Maksudnya kalau kita sudah tidak berbangga dengan bahasa kita sendiri maka kita sudah tiada jiwa bangsa Melayu lagi. Hanya luaran sahaja nampak macam Melayu tetapi dalaman sudah bukan Melayu. Inilah yang saya kata Melayu kelongsong.

Pentakrifan bangsa berasaskan bahasa bertepatan pula dengan pepatah Melayu "Bahasa Menunjukkan Bangsa" dan "Bahasa Jiwa Bangsa".
Bahasa yang semberono bercampur aduk bererti bangsa itu juga semberono bercampur aduk, tiada teras tiada jati diri.
Namun tidak sesekali bererti kita tak boleh belajar dan mahir bahasa lain. Soal menguasai bahasa lain dengan merasa bangga dan sayang akan bahasa ibunda adalah dua isu berbeza. Jangan keliru.
Saya boleh berbahasa Inggeris namun saya tak berbangga dan menjunjung tinggi bahasa itu kerana ia bukan bahasa ibunda, bahasa nenek moyang saya. Saya kuasai bahasa Inggeris sebab ia bahasa ilmu. Setakat itu saja.
Bahasa jiwa bangsa bererti sesuatu bangsa itu akan mati dan lenyap jika bahasanya mati. Hari ini bangsa Hawaii sudah lenyap. Bahasanya sudah lama lenyap digantikan dengan bahasa Inggeris. Yang ada hanyalah orang Hawaii yang berjiwa Amerika. Tinggallah satu dua perkataan seperti "Aloha" dan "Mahalo" serta tarian gelek puja pantai sekadar untuk menarik pelancong.
Mahukah bahasa dan bangsa Melayu menerima nasib yang sama?
______________________
Disalin dari kiriman facebook Abdul Muati Ahmad
Diterbitkan pada 25 Mei 2020