Ilustrasi Gambar: sinergi foundationa |
Disalin dari kiriman FB Kisah Sejarah Melayu
Bantuan yang diberikan oleh Kedah Tua kepada Salahuddin Al Ayyubi dalam misi membebaskan Masjid Al Aqsa, walaupun tidak secara langsung, bukanlah bantuan yang kecil. Ianya adalah bantuan ekonomi dan kerjasama perdagangan. Jika kita meneliti sejarah perdagangan rempah pada zaman itu, kita akan menyedari bantuan yang dimaksudkan ini.
Muhammad Al Idrisi, seorang ahli geografi Islam yang masyhur yang hidup sezaman dengan Salahuddin Al Ayyubi menukilkan tentang Kedah Tua (Kalah) bahawa pelabuhan Kedah Tua menjadi destinasi terakhir pedagang-pedagang Arab. Dua abad sebelum itu, Al Mas'udi telah menukilkan bahawa pedagang-pedagang Arab telah pun menjadikan Kedah Tua sebagai pelabuhan utama mereka di wilayah timur jauh. Sebab mengapa Kedah Tua sangat penting bagi pedagang Arab ialah selain daripada besi & timah, Kedah Tua juga merupakan pelabuhan bagi perdagangan rempah dalam skala yang besar.
Zaman pertengahan (medieval), rempah merupakan komoditi yang paling penting. Siapa yang menguasai perdagangan rempah, maka dia akan menguasai ekonomi dunia. Tambahan pula rempah sangat penting bagi angkatan tentera di medan perang kerana ianya dapat mengawet bekalan makanan.
Dari segi ekonomi, Salahuddin Al Ayyubi sangat bergantung pada perdagangan rempah. Pada zaman itu, satu empayar perdagangan rempah yang terbesar di dunia iaitu empayar Karimi banyak menyumbang kepada kekuatan kewangan Salahuddin Al Ayyubi dalam menghadapi perang salib. Di Kedah Tua, pedagang2 Karimi ini diberikan prasarana & dilayan degan baik di samping diberikan akses yang besar dalam perdagangan rempah. Ini antara sebab Kedah Tua mengalami kebanjiran pedagang2 Arab.
Namun begitu, melihat kepada pemelukan Islam oleh Raja Kedah Tua iaitu Sultan Muzaffar Syah (makamnya tidak jauh dari pelabuhan Kedah Tua) yang berlaku ketika zaman Salahuddin Al Ayyubi, saya merasakan bahawa bantuan yang diberikan bukan sahaja melalui ekonomi bahkan boleh jadi lebih daripada itu seperti ketenteraan & lain2. Cuma belum ditemui dalam catatan2 sejarah sahaja.
Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Islam Nusantara