Tampilkan postingan dengan label pahang. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pahang. Tampilkan semua postingan

Meurah Pupok Sang Putera Mahkota Yang Difitnah

Gambar: Aceh News

Meurah adalah julukan raja-raja di Aceh sebelum datangnya agama Islam. Setelahnya, gelar Meurah berganti dengan Sultan. Meurah Pupok memiliki nama panggilan sayang, yaitu Poteu Tjoet (Pocut). Poteu artinya “raja”, sedangkan Tjoet artinya “kecil”. Meurah Pupok adalah putra kesayangan Sultan Iskandar Muda.[1]

Kematian Meurah Pupok adalah salah satu malapetaka terbesar dalam Kesultanan Aceh Darussalam. Ketika para pembantunya menanyakan kepada Sulan Iskandar Muda, mengapa hingga sampai hati melaksanakan hukuman pancung pada anak laki-lakinya yang telah dipersiapkan untuk menggantikan kedudukan beliau sebagai Sultan Aceh nantinya, maka Sultan menjawab, 

SEJARAH NEGERI PAHANG.

Gambar: Pinterest


FB Habidah Nordin - Merupakan sebuah negeri yang terbesar di Semenanjung Tanah Melayu.Pahang terletak di pantai timur Semenanjung dan bersempadan dengan Johor di sebelah selatan, Selangor dan Perak di sebelah barat dan Terengganu di sebelah utara.Manakala di sebelah timur adalah Laut Melayu Selatan.
Menurut legenda Melayu, nama Pahang berasal daripada sebatang pokok ' mahang ' yang amat besar tumbuh di kuala Sungai Pahang dan Sungai Pahang Tua.Sumber lain menyebut ' Pahang ' dalam bahasa Melayu Khmer yang bermakna ' timah '.Pada masa dahulu, terdapat perlombongan bijih timah di Sungai Lembing.Daripada sumber Arab, China dan Portugis, nama Pahang memang disebut dalam penulisan awal tentang alam nusantara.
Sebelum pemerintahan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, Pahang sudah tersohor kerana kekayaan sumber alam seperti bijih timah, emas, besi dan hasil kayu-kayan.Dengan kekayaan ini, Pahang sering menjadi tumpuan dan rebutan kuasa-kuasa besar di nusantara.Pada abad ke-13, Pahang menjadi negeri naungan Sriwijaya.Setelah kuasa Sriwijaya merosot, Pahang diserap ke dalam empayar Majapahit.Pada pertengahan abad ke-14, kerajaan Ayuthia meluaskan kuasanya ke arah selatan merangkumi Tanah Melayu dan Pahang yang dijadikan negeri naungan kerajaan Siam.Menurut Sejarah Melayu, Pahang di bawah pengaruh Siam, ditadbir oleh Maharaja Dewa Sura.Pemindahan ketuanan berlaku sekali lagi apabila Melaka menakluki Pahang pada tahun 1454.Sultan Mansur Syah, Sultan Melaka, meletakkan Seri Bija Diraja sebagai pemerintah Pahang.Sultan pertama Pahang berketurunan Melaka ialah Raja Muhammad ibni Sultan Mansur Syah.Baginda dihantar ke Pahang kerana membunuh Tun Besar anak Bendahara Tun Perak.Sultan Mansur Syah menitahkan Seri Nara Diraja Tun Tahir dan Seri Bija Diraja pulang ke Melaka untuk menabalkan Raja Muhammad.Setelah ditabal, Sultan Muhammad bersemayam di Tanjung Langgar.

Wilayah-wilayah Adat Melayu di Malaysia

 

Gambar: researchgate

Disalin dari kiriman FB Sandii Kama

Wilayah2 Kebudayaan Melayu di Malaysia


1) JOHOR-PAHANG-RIAU-LINGGA (PRA-PEMECAHAN)

Wilayah ini terkenal dengan kesenian zapin Melayu, Dangkung, gambus Melayu, ghazal Melayu, gamelan Melayu, kebaya Riau-Pahang, tudung Manto, songkok tinggi dan permainan jong. Wilayah ini yang paling giat menghasilkan karya2 bahasa seperti pantun, syair, gurindam, hikayat serta karya2 linguistik lainnya. Johor juga adalah tempat lahir Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa (1888), badan terawal yang terlibat dalam menyusun garis panduan bahasa Melayu.
Wilayah ini juga merupakan wilayah kebangkitan semangat kebangsaan Melayu. Johor memperkenalkan Undang2 Tubuh Kerajaan Johor (1895), sekaligus menjadikan Johor sebagai negeri Melayu pertama yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan serta sistem birokrasi dan perkhidmatan awam ala Barat. Ia juga merupakan tempat lahir Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (1946), pertubuhan Melayu terbesar yang berjuang memerdekakan tanah Melayu.

BAGAIMANA RUMPUN MELAYU BANGUN MENENTANG PENJAJAHAN.

Gambar: what-when-how

Disalin dari kiriman FB Eddy Ezwan

BAGAIMANA RUMPUN MELAYU BANGUN MENENTANG PENJAJAHAN...
Isnin, 10 Februari 2014 12:00 AM
Oleh: MOHD HAZMI BIN MOHD RUSLI
PENGENALAN
Orang-orang Melayu adalah pelayar ulung yang telah mengembangkan pengaruh mereka di Nusantara menerusi beberapa empayar maritim yangpernah mereka terajui.
Kedatangan penjajah Barat bermula dari kurun ke-16 telah secara perlahan menghakis kegemilangan kerajaan-kerajaan Melayu ini sehingga akhirnya seluruh dunia Melayu terjajah.
Walaupun ditindas dan dijajah beratus tahun lamanya, sejarah telah membuktikan bahawa orang-orang Melayu mempunyai semangat kebangsaan dan jati diri yang tinggi untuk menentang penjajah.
Artikel ini memberi fokus kepada antara empat peperangan menentang penjajahan yang terbesar dalam sejarah Nusantara iaitu Perang Kedah-Siam (di Tanah Melayu), Perang Kastilla (di Borneo), Perang Menteng (di Sumatera) dan Perang Gowa (di Sulawesi).

Puteri Kamaliah kesayangan Sulthan Iskandar Muda


SECUBIT TENTANG PUTERI KAMALIAH @ PUTERI PAHANG ; KECINTAAN ISKANDAR MUDA MAHKOTA ALAM (ACHEH 1607-1636)


Tun Suzana Tun Hj Othman

Disebut bahawa dalam tahun 1618 Masihi, Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1607-1636) telah melancarkan perang besar-besaran ke atas negeri Pahang kerana murka di atas kerjasama Portugis dengan Sultan Johor Lama (yg menguasai Pahang waktu itu) yang berpakat meletakkan putera Johor, Raja Bujang menjadi Sultan Pahang setelah kemangkatan dua pemerintah Pahang hampir serentak.

Selepas berjaya mengalahkan angkatan Melayu Johor-Pahang, Sultan Iskandar Muda telah menawan keluarga diraja Pahang sebagaimana yang telah dilakukakan baginda kepada keluarga diraja Johor selepas berakhirnya peristiwa Perang Batu Sawar dalam tahun 1613 Masihi (yang membawa penghijrahan Tun Seri Lanang ke wilayah Samalanga, Aceh).