Sejarah Sultan Kedah yang per tama Di Islamkan.
Kisah Kerajaan Kedah Tua Versi Dari Syeikh Ahmad Junaidin Che Din. Kisah Kerajaan Kedah Tua, Melalui Kalam Ulamak Amalan Pusaka Khalifah Wali .
Kisah Yang Diceritakan Oleh Tuan Guru Syeikh Ahmad Junaidin yg di sampai dr Syeikh Mahmad(Anak Murid Tok Kenali) seperti yang di ceritakan oleh Sultan Badlishah Kedah terdahulu pada Tuan Guru seperti yang ditulis di dalam beberapa Buku / Kitab, Ceramah Guru kepada Murid2
Sejarah PengIslaman Penduduk Di Tanah Melayu Oleh Syeikh Abdullah Al Qumairi melalui Pengislaman Raja Phra Ong Mahawangsa
Melalui Perjalanan Lipat Bumi Yakni Karamah Yang Dizahirkan Oleh Allah dengan Satu Langkah atau seperti Pegerakkan Tikar atau Karpet yang di gulung.
Azan yang pertama dilaungkan di Puncak Gunung Jerai pada Waktu Zohor.
5 kali Azan, Asar, Magrib, Isyak dan Subuh.
Selepas Azan Zohor ke -2,
Sayyid Syeikh Abdulah Al Qumairi menghadap Raja Phra Ong Mahawangsa di Istana Bukit Meriam(Lembah Bujang).
Mereka tidak melakukan apa-apa serangan dan hanya mengambil tempat Uzlah selama 40 hari dan tidak secara tergesa-gesa untuk melakukan kerja mengislamkan Raja Phra Ong Mahawangsa.
Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi dan 11 Sahabatnya mengambil Tapak Langkahan Hulubalang dan Kafiat Adab sebagai Persiapan menentang Ilmu Istidraj oleh Raja Phra Ong Mahawangsa.
Raja Phra Ong Mahawangsa berserta sami-saminya dan kesemua Puak yang disebut tadi menyerang Sayyid Syeikh Abdulah Al Qumairi dan 11 Orang Sahabatnya dengan segala bentuk Sihir dan Silap Mata melalui Latihan Pertahanan Diri, Perbomohan, dan lain-lain cara.
Raja Phra Ong Mahawangsa yg masa itu beragama Hindu.
Menjemput Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi Yamani ke dalam Istana dan mempamerkan ilmu Istidrajnya namun berjaya di patahkan oleh Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi dengan Langkah Gerak Hulubalang yang di zahirkan oleh Allah kepadanya (Seumpama Kisah Nabi Musa Menentang Sihir Pengikut Firaun).
Kesemuanya itu tidak memberi bekas dan hasil.
Akhirnya Raja Phra Ong Mahawangsa dan Bala Tenteranya datang menghadap Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi dan bertanya kepada Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi :
Apakah yang Tuan Pakai ?
(Raja Phra Ong Mahawangsa Menyangkakan Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi mengamalkan Ilmu Sihir sepertinya).
Sayyid Abdullah Al Qumairi menyebut Islam !
Apabila ditanya Apa itu Islam ?
Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi menghuraikan dengan Panjang Lebar.
Raja Phra Ong Mahawangsa terus menerima Islam sebagai Agama melalui Ucapan "Talqin Syahadah" dan memerintahkan Pembesar-pembesarnya menerima Agama Islam.
Apabila Raja masuk Islam, Pembesar-Pembesar pun turut masuk Islam diikuti Rakyat Jelata.
Mereka datang dengan Tempayan dan Gelas untuk menjamu Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi. Akhirnya, Raja Phra Ong Mahawangsa perintahkan Tempayan dan Gelas dimusnahkan kecuali mangkuk kaca Baginda yang di cuci bersih dan dihadiahkan kepada Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi.
Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi pun menyebut,
ŲŲ²Ų§ ŁŲÆŁ ŲÆŲ§Ų± Ų§ŁŲ§ Ł
Ł
Haza Qodah Darul Aman.
ŲØŲ§ŁŲÆ ŲŖ Ų·ŁŲØŁ ŁŲ±ŲØ ŲŗŁŲ±
Negeri yang Baik(nyaman) dan Aman sedang (Tuhanmu) adalah Maha Pengampun.
(Surah Sa"ba -15)
Negeri Kedah Dinamakan Sempena Bekas Minuman Arak Yang Selalu Diminum oleh Raja Phra Ong Mahawangsa dan Bekas itu kemudian di pecahkan oleh Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi lalu hari itu disebut perkataan "Haza Qodah Darul Aman" iaitu Negeri Yang Aman Bebas Segala Jenis Syirik, Kufur, Kafir, Munafik dan Murtad dan segala Jenis Perbuatan Thoghut setelah menerima Islam.
Nama Raja Phra Ong Mahawangsa kemudian ditukar kepada Raja Muzaffar Syah dan berguru kepada Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi kemudian diarahkan Pembinaan Menara Masjid di Puncak Gunung Jerai.(Menara Azan Tertinggi di Asia Tenggara Kerana Berada Di Puncak Gunung Jerai )
Ketika Pembinaan Menara Puncak Gunung Jerai Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi jatuh Sakit lalu Wafat.
Negeri Kedah Dinamakan Sempena Bekas Minuman Arak Yang Selalu Diminum oleh Raja Phra Ong Mahawangsa dan Bekas itu kemudian di pecahkan oleh Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi lalu hari itu disebut perkataan "Haza Qodah Darul Aman" iaitu Negeri Yang Aman Bebas Segala Jenis Syirik, Kufur, Kafir, Munafik dan Murtad dan segala Jenis Perbuatan Thoghut setelah menerima Islam.
Nama Raja Phra Ong Mahawangsa ditukar kepada Raja Muzaffar Syah dan berguru kepada Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi kemudian diarahkan Pembinaan Menara Masjid di Puncak Gunung Jerai.(Menara Azan Tertinggi di Asia Tenggara Kerana Berada Di Puncak Gunung Jerai )
Ketika Pembinaan Menara Puncak Gunung Jerai Sayyid Syeikh Abdullah Al Qumairi jatuh Sakit lalu Wafat.
Disalin dari kiriman FB: Salahudin Senan
Foto: wikipedia
pada: 27 September 2020
jam: 00:18