Ilustrasi Foto: Republika |
Disalin dari kiriman FB Nik Haziq Bin Mat Kapo
(THE HOUSE OF WISDOM)
Patani adalah sebuah negeri berdaulat. Setelah Islam tiba disana, sesuai dengan nama asalnya iaitu Fathoni yang membawa erti bijaksana, Patani dikenali sebagai kota ilmu yang paling agung dibawah pemerintahan Kesultanan Melayu Patani.
Ramai sarjana dan tokoh ilmuwan dari seluruh dunia seperti dari Turki, Yaman, Bumi Syam, Bumi Haramain dan lain-lain berkumpul di Pattani untuk menjalankan pelbagai kajian ilmu, mencabar teori-teori, mencipta inovasi baru malah menghasilkan banyak kajian yang berkualiti.
Pattani pernah diibaratkan seperti Baitul Hikmah yang pernah wujud di Kota Baghdad yang telah lenyap dihancurkan musuhnya. Kekayaan ilmu yang dimiliki di bumi bertuah Pattani banyak menyumbang kepada tamadun-tamadum serantau. Jika Kedah dianggap Pusat Ekonomi Dunia (1136), maka Pattani adalah Pusat Ilmu Dunia ketika itu.
Lalu apa yang terjadi pada Pattani sekarang?
Sebenarnya apa yang terjadi di Pattani adalah sama dengan apa yang terjadi di bumi Melayu dahulu. Bila kita berjuang menuntut kemerdekaan, penjajah menggelar kita sebagai PENGG4N4S. Ramai tokoh pejuang terkorban seperti Dato Maharaja Lela, Tunku Kudin, Tok Janggut dan lain-lain.
Sama seperti di Pattani sekarang, apabila mereka berjuang untuk Merdeka dari dijajah Tai, media tempatan dan antarabangsa menyebarkan berita palsu kononnya mereka membuat kekacauan.
Bebaslah Pattani sebagai salah satu negeri dalam Tanah Melayu. Kembalilah Pattani menjadi bayangan kepada Baitul Hikmah di Kota Baghdad, penuh dengan ilmu dan kebijaksanaan.
Pembebasan Pattani sama penting dengan Pembebasan Palestin. Pembebasan Pattani itu ertinya Tamadun Ilmu di Alam Melayu akan kembali mekar.
“Baitul Hikmah Fil Fathoni Lil Alam”