Pict: Pinterest |
1) Nama sebenar Hang Tuah adalah Daeng Mempawah. Beliau adalah anak Raja Bajung.
2) Hang Tuah berasal dari daerah Goa, Mengkasar Sulawesi.
3) Hang Tuah dikurniakan oleh Raja Goa kepada rombongan diplomatik dari Melaka sebagai hadiah kepada Sultan Mansur Syah, sultan kerajaan Melaka pada waktu itu.
4) Ketika dikurniakan oleh Raja Goa kepada rombongan Melaka, umur Hang Tuah baru 12 tahun. Walaupun baru berusia 12 tahun, Hang Tuah pernah membunuh 2 orang yang mengamuk di negerinya.
5) Nama Hang Tuah dberikan oleh Sultan Mansur Syah setelah baginda berkenan melihat beliau.
6) Hang Tuah dikurniakan sebuah Keris Terupa Melaka oleh Sultan (bukan keris Taming Sari).
7) Hang Tuah berguru dengan Hulubalang-Hulubalang sepanjang berada di Melaka. Bukan dengan Adi Putera di gunung Ledang seperti di dalam kisah yang masyhur.
8 ) “Perhangan” yang kita sedia ketahui adalah 5 orang tetapi sebenarnya di dalam Sulalatus Salatin, Sultan Mansur telah memilih 8 orang “Hang” sebelum kedatangan Hang Tuah iaitu:
- Hang Jebat
- Hang Kasturi
- Hang Lekir
- Hang Lekiu
- Hang Ali
- Hang Iskandar
- Hang Hassan
- Hang Hussin
Maka dengan kedatangan Hang Tuah, “perhangan”(pahlawan Melaka) menjadi 9 orang. Mereka semuanya saling muafakat dan berkasih sayang. Hang Tuah adalah yang paling handal di antara 9 orang “Hang” ini.
9) Hang Tuah dikenali sebagai seorang yang rupawan, cerdik, perkasa, mempunyai hikmat dan berani. Apabila ada orang yang mengamuk di dalam Melaka dan tidak ada siapa yang mampu mengawal amukan tersebut maka Hang Tuah akan dititahkan oleh Sultan untuk mengatasinya. Dikatakan bahawa Hang Tuah pernah membunuh seramai 74 orang yang mengamuk di Melaka.
10) Pemuda-pemuda di Melaka menggelarnya Laksamana kerana apabila Hang Tuah bergurau dengan rakan-rakannya, beliau akan menyingsing lengannya dan berkata: “Laksamana akan lawanku”. Sejak dari itu para pemuda memanggilnya dengan Laksamana hingga akhirnya sultan juga terikut-ikut memanggilnya Laksamana.
11) Pada suatu hari ada seorang Jawa mengamuk kerana berasa malu diejek oleh para pemuda Melaka. Ramai yang dibunuh oleh orang Jawa tersebut dan tidak ada siapa yang mampu mengawalnya. Sultan kemudian menghantar Hang Tuah untuk menyelesaikannya dan akhirnya orang yang mengamuk itu berjaya dibunuh. Dengan kejayaan itu Sultan terus melantik Hang Tuah menjadi Laksamana.
12) Hang Tuah sangat tampan orangnya. Ketika di Majapahit, Hang Tuah menjadi kegilaan para wanita dan gadis Jawa. Dikatakan jika seorang Isteri sedang berada dalam dakapan suaminya sekalipun pasti akan terkejut dan terus keluar untuk melihat Hang Tuah.
13) Ketika pertarungan dengan Hang Jebat, Hang Tuah dalam keadaan tubuh yang sangat kurus. Berjalan pun terketar-ketar kerana beliau dipasung dalam tempoh yang lama oleh Seri Nara Diraja di Dusun akibat kesalahan berzina dengan Dayang Istana. Hang Tuah Berjaya menewaskan Hang Jebat kerana kepintarannya memperdaya Hang Jebat. Ketika keris beliau terlekat di dinding beliau meminta belas kasihan dari Hang Jebat agar memberikannya peluang mencabut kembali kerisnya. Hal tersebut berlaku selama dua-tiga kali. Tetapi apabila keris Hang Jebat tersangkut ke dinding, cepat-cepat beliau menikam Hang Jebat.
14) Apa yang perlu diperhatikan, tidak ada diceritakan bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat bertarung di atas Talam kerana para pengawal menjolok dengan lembing dari bawah Istana. Juga tidak ada perebutan keris Taming Sari yang mana sesiapa yang memiliki Taming Sari akan menjadi kebal. Malah keris tersebut juga tidak wujud di dalam Sulalatus Salatin.
15) Hang Tuah berkahwin dan mempunyai 2 orang ISTERI iaitu;
1. ISTERI PERTAMA (Nama tidak disebut) - saudara kepada Seri Bija Diraja Dato Bongkok.
ANAK DARI ISTERI PERTAMA:
I- Tun Sirah (perempuan) kahwin dengan Temenggung Khoja Hassan
CUCU DARI ISTERI PERTAMA
I- Tun Abdullah (Lelaki)
II- Tun Biajid (Lelaki)
III- Tun Daerah (Perempuan) - Berkahwin dengan Sultan Mahmud Syah Cicit dari isteri pertama Raja Dewi Sultan Mahmud Syah
2. ISTERI KEDUA (Nama tidak disebut) - Dari keluarga Bendahara Paduka Raja
ANAK DARI ISTERI KEDUA:
I- Sang Guna (Lelaki)
II- Tun Emas Jiwa (Perempuan) - Berkahwin dengan Hang Nadim
CUCU DARI ISTERI KEDUA
I- Tun Mat Ali Hang Nadim
CICIT DARI ISTERI KEDUA
I- Tun Hamzah Tun Mat Ali
PIUT DARI ISTERI KEDUA
I- Tun Ali Tun Hamzah - Tun Ali bergelar Seri Petam
16) Ketika ekspedisi mendaki Gunung Ledang untuk meminang Puteri Gunung Ledang, Hang Tuah tidaklah merasa sangat kecewa hingga ghaib di Sungai Melaka akibat gagal mendaki ke puncak Gunung Ledang seperti di dalam Hikayat Hang Tuah. Hang Tuah masih lagi hidup hingga beliau meninggal dunia setelah sekembali menantunya, Hang Nadim dari Benua Keling. Hang Tuah telah dimakamkan di Tanjung Keling, Melaka oleh Sultan Mahmud. Jawatan Laksamana kemudiannya disandang oleh menantunya sendiri, Temenggung Khoja Hassan.
17) Satu lagi perkara yang perlu diperhatikan, bukanlah Hang Tuah yang melarikan Tun Teja dari Pahang. Peristiwa tersebut berlaku selepas Hang Tuah meninggal dunia. Yang melarikan Tun Teja adalah Hang Nadim, iaitu menantu Hang Tuah.
Kredit : Saufy Jauhary
Buku Sulatus Salatin Sejarah Melayu
=====
Sumber: FB Siti Zulaikha
=====
Tambahan dari kolom komentar:
Sama Panglima: Saya telah menggantikan terjemahan yang salah "Bugis" dengan "bajus" daripada bahasa Portugis asal. Asal berbunyi: "calates com bajus &c"; ibid., 147, 400. 42 Speelman, "Notitie," f. 871v, f. 865r/v. Lihat juga varian Belanda "Badjoers," ibid., f. 706v. 400. 42 Speelman, "Notitie," f. 871v, f. 865r/v. 400. 42 Speelman, "Notitie," f. 871v, f. 865r/v. Lihat juga varian Belanda "Badjoers," ibid., f. 706v
Sama Panglima : Sementara Mary F.Somers Heidhues dalam karyanya Company Island: A Note on The History of Belitung, Mary F.Somers Heidhues April 1991 menulis Orang Sekak. Kemudian dalam Sejarah Timah Indonesia, Sutedjo menulis Orang Laut dengan tulisan Orang Sekak. Menurut Sutedjo, Orang Sekak juga menamai dirinya Manih Bajau
Ada beberapa teori namun lebih condong kepada dakwaan bahawa Hang Tuah berketurunan Orang Laut. Kurang pasti sama ada dari Semenanjung mahupun Sumatra kerana ada yang dakwa dia adalah suku Sekanak (pulau Singkep, Lingga). Cerita lisan lain ada pula dakwa dia Orang Laut Bajau.
Panglima Berantai: sebab tu Portugis takut serang Negeri Kedah....sebab ada berapa banyak HANG kat Kedah tu...Hang Kuah..Hang Sarbat...Hang Luku...
Mie Wandy: Aku rasa orang utara hijrah melaka di sapa hang
Abdulrahman Haji Ismail: Usaha yg baik berasaskan satu naskhah salinan yg diguna oleh A Samad Ahmad untuk menghasilkan Sulalatus Salatin selenggaraannya pd 1979. Sulalat-us-Salatin lebih daripada satu salinan dengan jalan cerita yg kadangkala berbeza.
Mohd Fari: Salah 1 perlingkup sejarah inilah puncanya .. kalau dah namanya Pahlawan tanah melayu tiada lagi berkait dgn tanah indonesia .. sebab apa hang tuah bunuh taming sari inilah punca dia sbb apa adi putra dibunuh ini juga punca dia .. bila sampai tahap anak cucu mereka akan terkalih balik sejarah tanah melayu .. kalau ikut adat tanah melayu tak pernah tewas lagi dgn tanah indonesia .. Maaf hamba keturunan jati tanah melayu terbilang dahulu kala setiap pelusuk dijejaki..
Abdul Rajim Hajim: Anak Raja Bajung ke anak Raja Bajau?
R M Azman: Untuk memperkuat mengenai asal Laksemana Hang Tuah, boleh simak di Kitab Tuhfat Al Nafis.
Azrul Haris: Anak jati bangsa melayu mana lah yg percaya Hang Tuah berbangsa bugis.....sejak ada internet seronok betul tunggang nama Hang Tuah.
=> Tajudin Mahzah : Hang Tuah anok Pahang Jati kikikikiki.....
=> Azrul Haris : Kalau Tarian Joget Pahang memang Laksmana Selamba.
=> Ismail Ahmad : Betul abis semua jadi Bugis
=> Azrul Haris : Bugis menunggang kepahlawanan dan kemahsyuran pahlawan Bangsa Melayu agar Bangsa Melayu tunduk dan takut pada mereka. Serta untuk menutup penjajahan kesultanan asli bangsa dan Tanah Melayu dari pengetahuan Bangsa Melayu. Tidak ada Melayu mengaku Bugis tetapi Bugis mengaku ngaku Melayu untuk menutup penjajahan kesultanan ini.