Ilustrasi Gambar: wallpaperaccses |
Disalin dari kiriman FB Eddy Ezwan
UNDANG UNDANG DI TANAH MELAYU
:HUKUM QANUN
HUKUM KANUN MELAKA
Undang undang adalah peraturan yang dibuat oleh manusia yang bertamadun.Ia dikarang berasaskan undang-undang Islam dan mengambil kira adat tempatan.Undang-Undang meliputi hukum hudud,qisas dan tazkir.Ia ditulis pada tahun pemerintahan Sultan Muhammad Syah(1424-1444 Masehi) dan seterusnya digubal dan diperbaiki dari semasa ke semasa sehingga kejatuhan kerajaan Melayu Melaka.Undang undang terpakai di kawasan darat Melaka dan kawasan jajahan taklukannya.Ia meliputi
1:Peranan Sultan Melaka dan Pembesar.
2:Pantang larang dalam kalangan masyarakat.
3:Hukuman kesalahan jenayah dan awam.
4: Undang-undang keluarga..
5: Permasalahan ibadah dan muamalat yang jelas.
6:Hukum menanam padi.
Seperti yang kita sedia maklum, kerajaan Melayu Melaka merupakan kerajaan maritim yang maju kerana pelabuhan entreportnya.Catatan Portugis menyatakan bahawa hampir 2000 kapal berlabuh di pelabuhan Melaka dari seluruh pelusuk dunia.
Maka satu undang undang perlu digubal bagi memastikan keselamatan dan kelancaran urusan di laut baik dan teratur.Undang Undang laut ini diletakkan di bawah kawalan seliaan pembesar istana yang bergelar LAKSAMANA.
Undang undang ini merangkumi cukai dan duti, pengurusan hamba (pekerja kapal) jenayah seperti bunuh dan samun,kod anak-anak kapal dan kapten serta ukuran dan timbangan.
Undang undang ini digubal ketika pemerintahan Sultan Muhammad Syah (1424-1444 Masehi).Klausa undang undang laut Melaka ada 20 tetapi Stamford Raffles menyatakan ia boleh dibahagikan kepada empat Perkara Yang utama iaitu;
1:Tugas Tugas Pegawai Kapal
2:Lapan hukum peraturan laut
3:Adat pelayaran dan peraturan laut
4: Hukuman terhadap kesalahan di atas kapal atau perairan laut.
HUKUM KANUN PAHANG
Hukum Kanun Pahang digubal dan digunakan pada tahun 1592 sehingga 1614 Masehi
semasa pemerintahan Sultan Abdul Ghaffar Mahyuddin Syah.Islam dan Adat Melayu sebagai asas perundangan.Undang undang digubal berdasarkan Hukum Kanun Melaka dan dipengaruhi oleh undang undang kerajaan Acheh.
Ia mempunyai 94 pasal meliputi;
1:Undang undang Jenayah.
2:Undang undang Sivil
3:Undang undang acara dan keterangan
4:Undang undang keagamaan
5:Undang undang antarabangsa
6:Undang undang laut dan perdagangan
7:Undang undang percukaian..
Ahmad Jelani Halimi telah menemui dan mengkaji dua naskah manuskrip di Universiti Leiden iaitu Undang undang Perahu dan Undang undang Belayar.Undang undang ini dipercayai diguna pakai pada kurun 16 Masehi hingga kurun 18 Masehi.
Undang undang Perahu dikatakan disalin oleh seorang yang dikenali sebagai Hilal Ibrahim.Ia mengandungi 50 fasal dan 15 fasal tambahan.
Fasal fasal yang terkandung dalam undang-
undang ini adalah tentang peraturan dalam perahu,peraturan belayar,jenayah dalam perahu dan peraturan berdagang serta menyewa perahu.
Undang undang Belayar dikatakan telah disalin oleh Nakhoda Sulaiman daripada Bendahara Melaka.Undang undang Belayar ada 50 fasal.
Peraturan-Peraturan tentang belayar,jenayah yang dilakukan dalam kapal,peraturan penumpang dan menyewa kapal, peraturan berdagang dan berkongsi dagangan yang dibawa oleh kapal dan akhir sekali tugas dan tanggungjawab pegawai dan anak kapal.
UNDANG UNDANG KEDAH
Undang undang Kedah dibuat pada tahun 1650 masehi semasa zaman pemerintahan Sultan Rijaluddin Muhammad Syah.Ia merangkumi undang undang laut dan juga undang-Undang darat.Teks undang undang Kedah ini dibahagikan kepada LIMA bahagian iaitu;
1: Undang undang Pelabuhan.
2: Undang undang Seri Paduka Tuan.
3:Hukum Kanun Datuk Kota Setar.
4:Cara membuat bunga emas
5: Undang undang Hijrah 1999.
UNDANG UNDANG 99 PERAK..
Penulis Buku MANUSKRIP MELAYU YANG HILANG iaitu NAIM TAMDJIS gagal menemui manuskrip undang undang Perak namun beliau menjelaskan perkara ini wujud dan pernah dikaji oleh sarjana tempatan.Beliau menambah
Undang undang 99 Perak ini telah diperkenal
kan oleh seorang tokoh ilmuan Islam berasal dari HadralMaut bernama Sayid Husain Al Faradz yang telah datang ke Perak pada abad ke 17.Beliau datang ke Perak pada zaman pemerintahan Sultan Perak ke 11 iaitu Sultan Mahmud Iskandar Syah(1653-1720).Undang undang ini mengandungi 99 fasal dan ia berbentuk prosa soal jawab antara Raja Nasarwan Adil atau lebih dikenali dengan nama Anushivan dengan seorang Perdana Menterinya.Dipercayai Undang undang ini banyak dipengaruhi elemen kesusteraan Parsi tetapi masih di dalam ruang litup undang undang Islam dan Adat Melayu.
Namun ruang litup adat diberi penekanan dalam undang-undang ini.Contohnya soal berzina terdapat dalam Fasal 50 yang menyentuh tentang hal penzinaan ini.Mengikut undang undang ini,jika kedua dua penzina mengakuinya mereka hanya akan diperintah untuk bernikah dan membayar denda sahaja.
Soal pembunuhan sesama Islam terdapat di dalam Fasal 23.Orang Islam yang membunuh orang Islam tidak dijatuhi hukuman bunuh, sebaliknya si pembunuh hanya dikatakan kafir sahaja.Hukuman itu tidak selaras dengan hukuman Qisas.
Secara ringkas 99 Fasal undang undang Perak ini dibahagikan kepada EMPAT bahagian iaitu;
1: TUGAS SERTA TANGGUNGJAWAB PEMERINTAH.
-Ia merangkumi peranan seorang Raja atau Sultan atau Yang Di Pertuan Agung dalam sektor Pemerintahan serta para pembesar pembesar yang menjadi tulang belakang dalam
tampuk pemerintahan.
2: PERATURAN ADAT ISTIADAT
-Contohnya:Adat menghadap Raja,Adat pelantikan Raja,Adat berbahasa semasa berada di dalam istana dan sebagainya.
3:PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN JENAYAH
-Contohnya mencederakan,membunuh, mencuri dan sebagainya.
4: PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN KEKELUARGAAN
Contohnya; Perkahwinan,Penceraian, Pembahagian Harta Pusaka dan sebagainya.
Ada beberapa perkara yang pelik yang terkandung dalam undang-undang ini di mana ia boleh dibahaskan.Antaranya dalam Fasal pernikahan pasangan yang baru bernikah tidak dibenarkan bersama selama lebih kurang 40 hari kerana untuk menjaga keimanan masing-
masing.Perkara paling menarik, pengiktirafan pawang dalam masyarakat dan istana itu sendiri.
ALLAHU AKLAM...
(PETIKAN DARI KITAB MANUSKRIP MELAYU YANG HILANG Karya NAIM TAMDJIS-Halaman
83-91.Bab 6 Bertajuk:UNDANG-UNDANG)