"Kenapa tak ada orang Minang nan memprotes pakaian pengantin Nikata?" tanya seorang kawan "Padahal ketat dan rendah belahannya. Naik sahaja kamera agak sedikit nampaklah gunung kembar itu.." imbuhnya tergelak.
"Ya, padahal beberapa bulan nan silam kalian orang Minangkabau meributkan perihal perempuan cina yang mengikuti ajang kecantikan mewakili daerah kalian. Hanya karena ia nasrani, padahal pabila dilihat, pakaian nan dikenakannya sopan dan mewakili adat istiadat negeri kalian.." tambah kawan nan lain.
Semenjak hari Sabtu kami pandangi dan memanglah belum ramai orang membahasnya. Itsnin malam baru kami dapati salah satu kiriman di media sosial, namun tak langsung merujuk kepada pesohor nan katanya berdarah Minang itu. Ia menyoroti beragam pakaian anak daro di perantauan terutama para pesohor nan menggunakan langgam berpakaian ala Minang. Hanya satu itu sahaja, belum ada nan lain.
Kami tiada tahu apa penyebabnya namun telinga ini panas juga mendengar orang dari Pulau Seberang ini mencemooh orang Minang nan katanya kuat Islamnya itu.
Entah berapa kali ada dilanggar dan esok-esok entah apa lagi. Ini semua karena tak ada ganjaran nan diberikan, tak ada hukuman. Makanya orang bersenang hati dan berajalela sahaja menginjak-injak adat Minang itu. Dan soal pakaian anak daro Minang, memanglah lebih banyak terjadi di rantau. Hanya menunggu waktu sahaja untuk sampai ke kampung halaman.
Terkenang kami dengan saluak datuak nan menjadi pakaian marapulai. Bermula di rantau dan kini telah lama menyebar di kampung halaman. Padahal nan boleh memakai saluak itu hanya orang bergelar datuk sahaja. Adat telah ditukar tuan, dan tuan membisu sahaja.
Perihal perempuan Minang, pakaian mereka ialah baju kurung. Tak hanya pakaian sehari-hari sahaja melainkan juga pakaian anak daro ketika menggenakan suntiang. Namun kini, baju kurung dibuang ditukar dengan Kebaya, pakaian perempuan Jawa. Tinggal menunggu sahaja nanti kita tengok perempuan Minang memadukan Kemben - yang serupa kain basahan itu - dengan Suntiang. Na'uzubillah minzalik.
Jalan telah dialih orang lalu, timbangan telah dialih orang berdagang
Sudah menjadi tujuan mereka untuk menjauhkan Islam dari adat, tak hanya adat di negeri mereka namun juga di negeri kita. Mereka memaksa kita untuk menerima Islam Nusantara dan Budaya Nusantara.
Mereka kata Hijab itu dari Arab, sedangkan Ramayana dan Mahabarata ialah produk budaya asli budaya nusantara ini.
Mengangguk pula tuan,
Kera di rimbapun tergelak mendengarnya.
Itsnin, 2 Rabiul Awal 1442 H
Bagindo Mantiko
Di suatu malam di rantau orang
Foto: forum.detik
Baca Juga: