Ilustrasi gambar: Oposisi Cerdas |
Disalin dari kiriman FB Seri Cendikiawan
Islam sudah berada lebih awal di Manila iaitu sejak 1310M atau 710H. Ini dibuktikan dengan penemuan batu Nisan Raja Pertama Manila iaitu Raja Ahmad Timhar.
Raja Sulaiman yang syahid dalam perang dengan Sepanyol ialah Raja yang ke-14 bagi Kerajaan Manila.
Sekali lagi, kekurangan bukti sejarah menyebabkan wujud pelbagai pandangan dalam perkara ini.
Ini kerana menurut beberapa catatan Kerajaan Tondo diasaskan oleh Jayadewa sekitar tahun 900M. Raja Ahmad Timhar mungkin merupakan Raja Manila Dinasti Tondo pertama yang memeluk agama Islam.
Penduduk Manila dipaksa menerima Kristian atau dibunuh oleh penjajah Sepanyol.
Filipina sendiri boleh dikatakan orang Melayu atau “mirip” Melayu sehinggakan Presiden Filipina Rodrigo Duterte sendiri mengakui orang Filipina merupakan orang Melayu dan mencadangkan nama Filipina ditukar menjadi “Maharlika” sebuah perkataan Melayu yang bermaksud Bangsawan atau pahlawan.
Presiden Filipina tersebut tidak bersetuju nama Filipina digunakan kerana nama tersebut diambil daripada nama Raja Sepanyol iaitu Raja Philip II atau Raja Felipe II.
Kerajaan Manila merupakan kerajaan Islam yang pernah memerintah di kawasan Manila Filipina sekarang.
Nama asal Manila ialah Kota Seludong. Pada pertengahan abad yang ke -16, terdapat tiga raja ( kesemua masih hidup ) yang memerintah kawasan ini iaitu Raja Sulaiman, Raja Matanda dan juga Raja Lakandula.
Raja Matanda menyerahkan kuasanya kepada Lakan Dula kemudian serangan Kesultanan Brunei keatas Tondo menyebabkan Raja Lakan Dula memberikan takhtanya kepada anak saudaranya Raja Sulaiman III.
Takhta tersebut sebenarnya diberikan oleh Kesultanan Brunei kepada Raja Sulaiman selepas kemenangan Brunei keatas Tondo. Kawasan kawalan kerajaan Tondo tidaklah besar namun sudah cukup untuk makmur dan damai. Anak Raja Lakanduka, Magat Salamat ( Putera Mahkota Tondo ) tidak sempat untuk menaiki takhta akibat kedatangan Sepanyol.
Baca juga:
- Kesultanan Sulu serang Spanyol di Manila Pada tahun 1574
- Jatuhnya Kerajaan Islam Manila dan Perang Kastila 1578 Jihad Prajurit Melayu Brunei
- Keturunan Dayak Borneo dan Bugis Soppeng ditabal jadi Sulthan Sulu
- Raja Baginda Al Minangkabawy
- Perang Kedatuan Buranun Suluk dan Majapahit selama 70 Tahun