Sultan nombor 11:
SULTAN SALAHUDDIN-KARAMAT @ PANGIRAN BAKHTIAR
Pada zaman beliaulah Kesultanan Brunei mengalami perang saudara yang berlarutan lebih 10 tahun lamanya. Sultan Brunei telah meminta bantuan darinya untuk menamatkan perang saudara tersebut. Sultan Salahuddin Karamat ini menghantar bala tenteranya ke Brunei dan berjaya menamatkan perang saudara yang hampir memusnahkan Kerajaan Brunei. Dengan bantuan tersebut Sultan Brunei menghadiahkan Borneo Utara (Sabah) kepadanya (Sultan Sulu)* Walaupun ini dinafikan oleh Sejarahwan Brunei kemudiannya. Permintaan bantuan dari Sultan Brunei tersebut bukanlah perkara pelik kerana mereka (kedua-dua kesultanan) saling tolong-menolong antara satu sama lain sememangnya mereka adalah bersaudara atau bersepupu (lihat percantuman keluarga antara cucu-cucu Syarif Ali Barakat dengan cucu-cucu Sayyid Abu Bakar @ Shariful Hashim di atas).
Sementara menunggu Datu Sahabuddin ibni Sultan Salahuddin-Karamat layak menjadi Sultan Sulu - mungkin masih kecil, (kerana perlu mengikut protokol Diraja Sulu) maka 3 orang sultan sementara telah dilantik secara bergilir-gilir bermula 1680 hingga 1685.
Antaranya ialah:- (SULTAN SEMENTARA)
12. SULTAN ALI SHAH, atau Nai Long Ena. Beliau sebenarnya adalah Sultan Riau Lingga. Beliau juga adalah putera yang ke-4 Sultan Muzaffar Syah III @ Koya Long dalam kerajaan Islam Siam Kedah Pasai Ma,Gangga Negara yang mana kekuasaannya meliputi Semenanjung Tanah Melayu , Sumatera, Riau hingga ke Borneo dan Sulu. .
13. SULTAN NURUL A'LAM @ SITI (Sayyidi@Sidi) KABIRA, dan .
14. SULTAN AL-HAQUNU IBN WALI UL AHAD.
Fasa 3 (Penggiliran Takhta Bermula) .
15. SULTAN SAHABUDDIN Putera sulung Sultan Salahuddin-Karamat. Mula mengutip cukai di Borneo Utara (Sabah) .
16. SULTAN MUSTAFA SHAFIUDDIN Putera kedua Sultan Salahuddin-Karamat (adik kepada Sultan Sahabuddin).
17. SULTAN BADARUDDIN-I Putera ketiga Sultan Salahuddin-Karamat.
Bonda Baginda ialah Puteri Tidung dari Borneo (Sekarang Kalimantan Timur). Ini bermakna Baginda adalah Sultan Sulu pertama naik takhta dari anakanda Puteri Tidung salah satu dari suku kaum Dayak Borneo (suku Tidung punya persamaan bahasa dengan suku Murut).
Permaisuri pertama Sultan Badaruddin ialah puteri orang besar Bugis dari Soopeng (Soppeng) Sulawesi. Permaisuri kedua baginda peristerikan Puteri Tidung juga.
18. SULTAN AZIMUDDIN @ ALIMUDDIN-I @ FERNANDO DE ALIMUDDIN. Putera dari isteri pertama (Bugis) Sultan Badaruddin-I. Beliau seorang ulamak yang belajar agama di pesantren Betawi, Jawa yang kemudian ditabal jadi Sultan Sulu menggantikan ayahandanya. Baginda mahir dalam perdebatan perbandingan agama. Penulis sejarah menggambarkan minatnya berdialog ajaran Kristian dengan padri padri Katolik yang datang ke Jolo hinggakan bersetuju untuk Spanyol mendirikan Gereja buat pertama kali di bumi Jolo. Namun hal ini ditentang oleh adindanya Datu Bantilan yang menyebabkan Sultan ini jauhkan diri menuju ke Manila.
Di Manila baginda telah "dibaptis" oleh Uskup Agung Katolik Spanyol pada 1750 dalam gereja di Manila, tapi Spanyol tak puas hati maka Baginda dibaptis kali kedua. Spanyol masih was-was dan merancang membaptisnya kali ke-3 tapi gagal kerana Baginda dianggap mempermain-mainkan pembaptisan. Baginda menjadi tawanan dalam rumah di Manila oleh Spanyol selama 13 tahun dan masih kukuh berpegang dengan akidah Islam sehingga Baginda berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat British untuk dibawa kembali ke Sulu. Dari Baginda inilah lahirnya keturunan KIRAM & SHAKIRAULLAH.
19. SULTAN BANTILAN MUIZZUDDIN IBNI SULTAN BADARUDDIN-I. Bonda Baginda juga adalah puteri Tidung dari Borneo. Ini bermakna Baginda adalah anak permaisuri Tidung yang kedua diangkat menjadi Sultan Sulu. Baginda gantikan abangnya menjadi Sultan Sulu selama abangnya berada di Manila. Mengapa baginda gantikan abangnya? cerita agak panjang.... kena dedah di waktu lain. Sultan Bantilan inilah dimana era KEGEMILANGAN SULU berada di puncaknya. Baginda sangat mahir dalam pembangunan ekonomi Jolo dengan menghantar delegasinya ke pelusuk Nusantara. Baginda sempat melawat Maharaja China dan sempat singgah di makam moyangnya di Shandong China serta ziarah keluarga Sulu di Shandong. Di zaman baginda inilah juga bermulanya hubungan rapat dengan Inggeris. Diperkirakan bahawa Bagindalah yang jadi AVATAR penyebab Sulu bertindak menjarah Nusantara untuk mencari hamba abdi sebagai pekerja ladang demi menampung eksport komiditi ke China. Selepas baginda mangkat maka bermulalah era baru di Nusantara yang disebut sebagai ERA SULU ZONE.
NOTA TAMBAHAN:
Untuk makluman, Tun Datu Mustapha Bin Datu Harun telah diakui oleh Ketua Sejarahwan Brunei bahawa beliau adalah cucu kepada Almarhum Sultan Bantilan Muizuddin. Sebab itu beliau bermatian mempertahankan Borneo Utara dari penjajahan Jepun kerana darah beliau bukan sahaja mengalir semangat kepahlawan Suluk bahkan Tidung.
Sumber:
Dipetik dari buku Tausug dan Kesultanan Sulu
Pelukis dan penyusun: Asree Elaji
Disalin dari kiriman FB Rio Sejagat