Kesultanan Sulu Serang Sepanyol Di Manila Pada Tahun 1574.
Sultan Suluk Sultan Muhammad Halim atau Pangiran Buddiman, jasanya terhadap bangsa dan agamanya kurang diperkatakan.
Sultan Muhammad Halim Ibni Sultan Nasiruddin I adalah merupakan Sultan Suluk yang memulakan peperangan kuat terhadap Sepanyol. Baginda telah menaik taraf sistem pertahanan dan sistem Maritim kesultanan Suluk. Permaisurinya adalah Puteri Brunei, adindanya Puteri Suluk adalah Permaisuri Sultan Brunei.
Setelah Kota Tondo Manila telah jatuh ke tangan Sepanyol, Kesultanan Brunei dan Sulu telah persiapkan angkatan perang yang besar, Pihak Brunei 200 perahu, 8,000 perwira, manakala Pihak Suluk 200 perahu, 8,000 perwira.
Malangnya Pihak Kesultanan Brunei berpatah balik kembali ke Brunei atas sebab adanya pihak musuh yang cuba serang Brunei.
Namun pihak Kesultanan Suluk meneruskan pelayaran dari Tanjung Buansa Sulu ke Manila.
Setelah sampai ke teluk Manila Armada kesultanan Sulu terus membedil kota pertahanan Sepanyol, ramai korban di pihak Sepanyol. Walau bagaimanapun pihak Kesultanan Suluk telah mengambil keputusan untuk berundur, ramai perwira yang telah gugur, ditambah semakin ramai yang luka parah dari bedilan meriam Sepanyol yang menghiasi tembok kota. Hampir sahaja Tondo Manila direbut kembali kalau tentera Sepanyol dan tentera tempatan Kristian dari lain tempat tak sempat datang membantu.
Sumber:
1.Sulu Historical Timeline
2.Muslim in the Philippines
3.Swiss of The Kris
4.Sulu Tarsila
5.The Rise and Fall Of Sulu Islamic Empire
Disalin dari kiriman FB: Hafes Ahmad
Baca juga:
- Tragedi Kesultanan Sulu - sadar sejarah