Foto: Quora |
Sa-telah Raja Melewar sampai ka-Seri Menanti, maka bersemayam-lah Baginda di-sabuah istana sementara yang di panggil "Barong2" di-satu tempat bernama Ampang Rambai (tempat ini terletak di-saberang sawah yang bertentangan dengan istana yang ada sekarang, tapak bekas bangunan-nya maseh kedapatan lagi hingga sekarang ini.)
Saperti kesah yang di-sebutkan terdahulu, bahwa sa belum Raja Melewar menjadi Raja Negeri Sembilan, daerah yang di-sebut Negeri Sembilan itu ada-lah di-bawah pemerentahan Sultan Johor dan masing-masing Luak telah sedia ada Penghulu-penghulu, Undang dan Orang2 Besar-nya yang di-beri kuasa oleh Sultan Johor memerentah di-Luak masing-masing. Daerah Kelang dan Naning Penghulu-nya yang pertama ada-lah orang yang datang dari Minangkabau, kemudian-nya baharu-lah ber ikut dari anak-anak tempatan sendiri.
Tidak ada tersebut dalama mana-mana buku sejarah yang di karang orang bila-kah tarikh yang sabenar-nya daerah-daera atau luak-luak dalam Negeri Sembilan itu bersatu dan di-namakan Negeri Sembilan, demikian jua akan nama-nama luak atau negeri-negeri yang itu.
Tuan J. E. Nathan dan R. O. Winstedt dalam buku-nya "Papers on Malay Subjects" ada menyebutkan keraguan-nya tentang nama beberapa buah negeri yang di-namakan Negeri Sembilan itu, terutama-nya daerah Jelai dan Ulu Pahang dan kedua-nya tidak menyebut lansong akan tarikh bersatu-nya sembilan buah negeri itu. Tetapi di-sini boleh-lah di-agakkan persatuan ini berlaku pada tahun 1773 atau kemudian dari itu, ia-itu satelah Raja Melewar menjadi Raja. Sa-belum Sultan Johor menyerahkan daerah-daerah yang dahulu-nya di-bawah pemerentah-nya itu kapada Raja Melewar, maka daerah-daerah atau luak-luak yang tersebut ada-lah berdiri dengan luak-nya masing-masing di bawah pentadbiran Sultan Johor sendiri. Jika benar demikian nyata-lah persatuan yang melahirkan Negeri Sembilan ini sudah tentu-lah di-lakukan dengan kehendak Raja Melewar sendiri supaya menjadi satu negeri yang di-bawah perentah-nya.
Tetapi mana-manakah negeri yang telah di-satukan itu? Menurut Tuan Nathan dan Winstedt ia-lah: 1. Sungai Ujong 2. Jelebu. 3. Rembau 4. Naning 5. Kelang 6. Segamat 7. Pasir Besar (nama ini bertukar kemudian dengan nama Johol) 8. Jelai (sekarang Inas) dan 9. Ulu Pahang yang terletak di antara Serting dan Temerloh.
Menurut keterangan dari Tengku Besar Burhanudin pula, bahwa negeri Sembilan itu ada-lah persatuan dari Luak-luak: Kelang-Naning-Sungai Ujong-Johol-Ulu Muar-Jempol-Terachi Gunong Pasir dan Inas. Sebab kesembilan2 luak ini masing-masing ada mempunyai Penghulu-nya. Akan Jelebu dan Rembau menurut Tengku Besar, tidak termasok dalam bilangan ini kerana dua luak ini tidak mempunyai Penghulu2 melainkan ada ketua yang di-namakan Muda. Kedua-dua Yamtuan Muda ini ber asal dari anak-anak Raja belaka. Yamtuan Muda Jelebu bernama Raja Adil ada-lah adek Raja Melewar sendiri dan Yamtuan Muda Rembau bernama Raja Asil ada-lah anak dari Raja Adil Yamtuan Muda Jelebu, (Yamtuan2 Muda ini kemudian-nya ter hapus dan ketua-ketua Luak itu berganti dengan Dato'-dato' Undang saperti yang ada sekarang ini, riwayat-nya akan di-sebutkan kemudian).
Akan kedudokkan Naning masa itu sa-bagai sa-buah daerah daripada Negeri Sembilan sangat-lah meragukan ke rana menurut Sejarah Melayu oleh Che'gu Buyong Adil dan Che'gu Abdul Hadi, bahwa Naning telah di-serahkan oleh Sultan Johor kapada Belanda di-Melaka pada tahun 1757 ia-itu sa-belum Raja Melewar merajai Negeri Sembilan, sabelum itu di-sebutkan-nya juga Naning telah tertaalok di-bawah perentah Belanda. Sa-kira-nya keterangan ini boleh di-pegang, maka sudah tidak dapat di-perchayai lagi bahwa Naning termasok satu daerah Negeri Sembilan kerana sudah tentu tidak munkin
Penghulu Naning akan dapat menyatukan diri-nya dengan Raja Melewar sa-kira-nya luak-nya telah di-perentah oleh Belanda.
Akan keterangan yang di-berikan oleh Tengku Besar berdasarkan ada-nya Penghulu Luak di-daerah2 yang di-satu kan itu dengan mengechualikan Luak Jelebu dan Rembau susah juga hendak di-pegang, kerana walau pun kedua2 luak itu mempunyai Yamtuan2 Muda tentu-lah tidak pula ber-arti bahwa luak2 itu tidak boleh bersatu atau bergabong dengan lain2 luak itu dan tidak ada satu2 sebab pula kenapa ia tidak harus bersatu dan patuh di-bawah perentah Raja Melewar. Sebab Luak Jelebu dan Luak Rembau ada-lah lunak yang besar dan mempunyai pendudok yang ramai bilangan-nya.
Begitu juga Luak Jelai, Ulu Pahang dan Pasir Besar yang di-sebutkan oleh Tuan Nathan dan Winstedt termasok dalam pergabongan daerah2 Negeri Sembilan itu, pendapat ini agak susah juga hendak di-pegang kebenara-nya kerana ketiga2 luak ini selain dari jauh kedudokkan-nya tidak pula ada tersebut atau kedapatan Penghulu2 Luak yang memerentah luak itu. Jelai terletak dalam Negeri Pahang, Ulu Pahang pula tidak di-ketahui dimana dan apa negeri atau daerah-nya sekarang ini, begitu juga Pasir Besar meski pun ada juga pendudok-nya di-sana tetapi amat-lah sedikit bilangan-nya, keterangan yang di-sebutkan kemudian-nya bertukar dengannama Johol itu juga payah dapat di-chari kebenaran-nya kerana nama Pasir Besar itu maseh ada lagi sekarang ini dan dudok-nya di-antara dua tempat ini amat-lah jauh pula. Selain dari itu kedudokkan Luak Gunong Pasir juga dapat di-sangsikan kerana Luak ini amat kechil dan sebaha gian pula termasok dalam Luak Muar dan dudok-nya pula sangat hampir dengan Seri Menanti. Seri Menanti ketika itu sebahagian daripada-nya termasok dalam Luak Johol dan sebahgian lagi termasok dalam Luak Muar.
Dari beberapa keterangan rengkas ini dapat menguat kan keyakinan saya bahwa daerah2 atau yang di-sebut negeri yang bergabong menjadikan Negeri Sembilan itu ada-lah ter diri negeri2 yang tersebut di-bawah ini:- 1. Kelang 2. Sungai Ujong 3. Jelebu 4. Johol 5. Rembau 6. Ulu Muar 7. Jempol 8. Terachi dan 9. Inas.
Disalin dari kiriman FB Shahril Asmar