Gambar: researchgate |
Disalin dari kiriman FB Sandii Kama
Wilayah2 Kebudayaan Melayu di Malaysia
1) JOHOR-PAHANG-RIAU-LINGGA (PRA-PEMECAHAN)
Wilayah ini terkenal dengan kesenian zapin Melayu, Dangkung, gambus Melayu, ghazal Melayu, gamelan Melayu, kebaya Riau-Pahang, tudung Manto, songkok tinggi dan permainan jong. Wilayah ini yang paling giat menghasilkan karya2 bahasa seperti pantun, syair, gurindam, hikayat serta karya2 linguistik lainnya. Johor juga adalah tempat lahir Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa (1888), badan terawal yang terlibat dalam menyusun garis panduan bahasa Melayu.
Wilayah ini juga merupakan wilayah kebangkitan semangat kebangsaan Melayu. Johor memperkenalkan Undang2 Tubuh Kerajaan Johor (1895), sekaligus menjadikan Johor sebagai negeri Melayu pertama yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan serta sistem birokrasi dan perkhidmatan awam ala Barat. Ia juga merupakan tempat lahir Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (1946), pertubuhan Melayu terbesar yang berjuang memerdekakan tanah Melayu.
2) KELANTAN-PATANI (LANGKASUKA)
Wilayah ini terkenal dengan kesenian Dikir Barat, Mak Yong, Asyik, Menora, Main Puteri, wayang kulit, rebana ubi, perarakan Burung Petala, ayam serama, tomoi, wau serta pembuatan perhiasan emas, perak dan tembaga, kebanyakkannya diwarisi dari zaman pra-Islam lagi. Wanita2 di wilayah ini juga amat disegani, termasuklah Ratu2 Pelangi, Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Saadong, pemerintah2 perempuan pada zaman kegemilangannya.
Wilayah ini juga yang paling giat menghasilkan karya2 agama serta merupakan tempat lahir ulama tersohor, Sheikh Wan Ahmad yang melatih ulama Melayu berorganisasi, membangunkan cerdik pandai dan pentadbir tempatan, serta menubuhkan percetakan dan penerbitan. Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (1915), majlis agama yang pertama sekali ditubuhkan di alam Melayu adalah pandangan daripada ulama dan cerdik pandai didikan beliau.