Tampilkan postingan dengan label iskandar muda. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label iskandar muda. Tampilkan semua postingan

Meurah Pupok Sang Putera Mahkota Yang Difitnah

Gambar: Aceh News

Meurah adalah julukan raja-raja di Aceh sebelum datangnya agama Islam. Setelahnya, gelar Meurah berganti dengan Sultan. Meurah Pupok memiliki nama panggilan sayang, yaitu Poteu Tjoet (Pocut). Poteu artinya “raja”, sedangkan Tjoet artinya “kecil”. Meurah Pupok adalah putra kesayangan Sultan Iskandar Muda.[1]

Kematian Meurah Pupok adalah salah satu malapetaka terbesar dalam Kesultanan Aceh Darussalam. Ketika para pembantunya menanyakan kepada Sulan Iskandar Muda, mengapa hingga sampai hati melaksanakan hukuman pancung pada anak laki-lakinya yang telah dipersiapkan untuk menggantikan kedudukan beliau sebagai Sultan Aceh nantinya, maka Sultan menjawab, 

Syair Perahu

FB Umar Abdullah - Syair Perahu, syair berbahasa Melayu ciptaan Hamzah Fansuri yang hidup pada pertengahan kurun yang kedua Masehi ke XVI di Negeri Aceh Darussalam di masa pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, memerintah Aceh Darussalam dalam tahun 1606-1636 M. Hamzah Fansuri dilahirkan di Barus atau Panchor, Sumatera Utara. Pada tahun 1726, Francois Valentijn dalam bukunya Oud en Nieuw Oost-Indie (Hindia Timur Lama dan Baharu) pada bab mengenai Sumatera, menyebut Hamzah Fansuri sebagai seorang penyair yang dilahirkan di Fansur.

Syair Perahu
Inilah gerangan suatu madah
mengarangkan syair terlalu indah,
membetuli jalan tempat berpindah,
di sanalah i'tikat diperbetuli sudah

Wahai muda kenali dirimu,
ialah perahu tamsil tubuhmu,
tiadalah berapa lama hidupmu,
ke akhirat jua kekal hidupmu

Hai muda arif-budiman,
hasilkan kemudi dengan pedoman,
alat perahumu jua kerjakan,
itulah jalan membetuli insan.

SULTAN ISKANDAR MUDA: PENAKLUK ALAM MELAYU DARI ACHEH

Gambar: googleplay

 

Disalin dari kiriman FB Muhammad Amin


Acheh boleh dikatakan merupakan warisan kepada Kerajaan Melayu Pasai yang bermukim di utara Pulau Sumatera. Ketika Kesultanan Melayu Melaka tumbang dan juga Pasai dilanggar oleh Portugis, kerajaan yang menghalang kemaraan Portugis di utara Sumatera ketika itu ialah Kesultanan Acheh dibawah pemerintahan Sultan Ali Mughayat Shah yang berjaya mengalahkan Portugis dalam medan perang pada tahun 1521 Masihi sebelum meluaskan kekuasaan Acheh ke atas beberapa wilayah Sumatera utara seperti Pasai, Pedir, Daya dan Deli. Tidak cukup dengan itu, Acheh dibawah pemerintahan baginda turut menyerang Potugis beberapa kali dan hampir sahaja menakluk kota A’Famosa pada tahun 1574 Masihi.
Namun, selepas pemerintahan baginda, kekuasaan Acheh kembali malap dengan huru-hara yang berlaku dalam negeri dan konflik perebutan takhta sehinggalah lahir seorang penakluk
hebat
alam Melayu yang dikenali sebagai Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam yang memerintah Acheh daripada 1607 Masihi sehinggalah 1636 Masihi. Seperti mana-mana kisah penakluk lain dalam dunia, mereka tidak akan mampu untuk menakluk kerajaan lain disekitar kerajaan mereka tanpa menyatukan dahulu rakyat dan pembesar dalam kerajaannya tersendiri.
Sebagai contoh, Genghis Khan dari Monggol tidak akan mampu membina empayar agung daratan terbesar dalam sejarah kalau tidak menyatukan puak-puak Monggol yang sering kali bertelagah itu. Begitu juga dengan Sultan Iskandar Muda ini, apabila telah berjaya menyatukan sekurang-kurangnya 73 orang hulubalang (uleebalang) yang seringkali bertelagah dan beperang antara satu sama lain merebutkan kawasan pemakanan dan pemukiman antara satu sama lain.

RINCIAN ISI KANUN MEUKUTA ALAM-ACEH

Foto: tengku puteh

Disalin dari kiriman FB Melawan Lupa

RINCIAN ISI KANUN MEUKUTA ALAM PERATURAN UNDANG-UNDANG KESULTANAN ACEH DARUSSALAM YANG DISUSUN PADA MASA PEMERINTAHAN SULTAN ISKANDAR MUDA
Posted by ; teungku puteh
Sebagai orang Aceh dan Alam Melayu pada umumnya, kita sering mendengar Kanun[1] Meukuta Alam Sultan Iskandar Muda. Peraturan perundang-undangan Kesultanan Aceh Darussalam ini disusun pada masa pemerintahan Sultan Iskandar Muda, Kanun Meukuta Alam adalah Undang-Undang Dasar Kesultanan Aceh Darussalam, dalam memerintah para Sultan Aceh dan para penguasa dibawahnya tunduk pada kanun ini. Bagaimana isi Kanun Meukuta Alam itu sendiri? Ada 46 pasal dalam kanun Meukuta Alam. Rincian isi Kanun Meukuta Alam sebagai
berikut;

PERATURAN DI DALAM NEGERI ACEH BANDAR DARUSSALAM DI SALIN DARI PADA DAFTAR PADUKA SRI SULTAN MAHKOTA ALAM ISKANDAR MUDA

Penaklukan Sultan Iskandar Muda (1607-1636)

 


Penaklukan Sultan Iskandar Muda (1607-1636)

Penaklukan Sultan Iskandar Muda didasarkan pada kekuatan militernya. Angkatan bersenjatanya terdiri dari satu angkatan laut yang terdiri dari galeon-galeon buatan para ahli dari Turki Utsmani. Masing-masing terdiri dari 600-800 orang kru, sebuah pasukan kavaleri yang menggunakan kuda-kuda Persia, korps gajah, pasukan infanteri wajib militer dan lebih dari 2000 pucuk meriam buatan Sumatera dan Eropa.
Segera setalah naik tahta di tahun 1607, ia mulai mengkonsolidasikan kendali atas Sumatera bagian utara. Pada 1612 dia menaklukkan Deli, dan pada 1613 Aru dan Johor . Setelah Johor ditaklukkan, sultannya, Alauddin Riayat Shah III dibawa ke Aceh untuk dihukum mati. Anggota keluarga kerajaan lainnya ditawan bersama dengan sekelompok orang dari Kongsi Dagang Hindia Timur (VOC) Belanda. Akan tetapi Johor berhasil mengusir garnisun Aceh pada akhir tahun itu. Sultan Iskandar Muda tidak pernah bisa memegang kendali permanen atas daerah tersebut.

Puteri Kamaliah kesayangan Sulthan Iskandar Muda


SECUBIT TENTANG PUTERI KAMALIAH @ PUTERI PAHANG ; KECINTAAN ISKANDAR MUDA MAHKOTA ALAM (ACHEH 1607-1636)


Tun Suzana Tun Hj Othman

Disebut bahawa dalam tahun 1618 Masihi, Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1607-1636) telah melancarkan perang besar-besaran ke atas negeri Pahang kerana murka di atas kerjasama Portugis dengan Sultan Johor Lama (yg menguasai Pahang waktu itu) yang berpakat meletakkan putera Johor, Raja Bujang menjadi Sultan Pahang setelah kemangkatan dua pemerintah Pahang hampir serentak.

Selepas berjaya mengalahkan angkatan Melayu Johor-Pahang, Sultan Iskandar Muda telah menawan keluarga diraja Pahang sebagaimana yang telah dilakukakan baginda kepada keluarga diraja Johor selepas berakhirnya peristiwa Perang Batu Sawar dalam tahun 1613 Masihi (yang membawa penghijrahan Tun Seri Lanang ke wilayah Samalanga, Aceh).