Tampilkan postingan dengan label hang tuah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label hang tuah. Tampilkan semua postingan

FAKTA BERKENAAN HANG TUAH DI DALAM KITAB SULALATUS SALATIN SEJARAH MELAYU

 

Pict: Pinterest

1) Nama sebenar Hang Tuah adalah Daeng Mempawah. Beliau adalah anak Raja Bajung.
2) Hang Tuah berasal dari daerah Goa, Mengkasar Sulawesi.
3) Hang Tuah dikurniakan oleh Raja Goa kepada rombongan diplomatik dari Melaka sebagai hadiah kepada Sultan Mansur Syah, sultan kerajaan Melaka pada waktu itu.
4) Ketika dikurniakan oleh Raja Goa kepada rombongan Melaka, umur Hang Tuah baru 12 tahun. Walaupun baru berusia 12 tahun, Hang Tuah pernah membunuh 2 orang yang mengamuk di negerinya.
5) Nama Hang Tuah dberikan oleh Sultan Mansur Syah setelah baginda berkenan melihat beliau.
6) Hang Tuah dikurniakan sebuah Keris Terupa Melaka oleh Sultan (bukan keris Taming Sari).
7) Hang Tuah berguru dengan Hulubalang-Hulubalang sepanjang berada di Melaka. Bukan dengan Adi Putera di gunung Ledang seperti di dalam kisah yang masyhur.
8 ) “Perhangan” yang kita sedia ketahui adalah 5 orang tetapi sebenarnya di dalam Sulalatus Salatin, Sultan Mansur telah memilih 8 orang “Hang” sebelum kedatangan Hang Tuah iaitu:

SEJARAH PENDEKAR: Hang Tuah VS Taming Sari

 



FB Sahriman Tpeng | Taming Sari adalah nama seorang pendekar Jawa dalam kerajaan Majapahit seperti yang tersebut di dalam Hikayat Hang Tuah. Menurut hikayat ini, Taming Sari adalah seorang panglima yang paling handal di Majapahit ketika itu, dan beliau telah ditugaskan oleh Bendahara Majapahit, Patih Gajah Mada untuk membunuh Hang Tuah.
Taming Sari dikatakan seorang yang kebal tidak dapat dicederakan oleh senjata.
Bagaimanapun, kekebalannya adalah terletak pada keris yang digunakannya. Hang Tuah pula pada masa itu telah berguru kepada seorang ahli pertapaan Jawa bernama Sang Adi Putera. Gurunya itu telah memberitahu akan kelemahan Taming Sari. Oleh itu, pada hari pertarungan antara kedua pendekar ini di hadapan Sultan Melaka dan Betara Majapahit, Hang Tuah telah berjaya merampas keris Taming Sari dan menggunakan keris itu untuk menikamnya hingga mati.

CEMBUL hadiah Nabi Khidir as kepada Hang Tuah

 

Ilustrasi gambar: puak melayu


FB Umar Ibrahim - Cembul adalah salah satu alatan 'storage' dan komponen didalam tepak sirih yang terdiri daripada lima sekawan iaitu untuk bekas pinang, kapur, gambir, tembakau dan bunga cengkih.
Namun amat misteri dikatakan Nabi Khidir as pernah menghadiahkan cembul ini kepada Hang Tuah yang terkandung didalamnya kuasa hikmat.
Dimanakah sumber cerita dibawah?

FALSAFAH MELAYU: HIKAYAT HANG TUAH.


Disalin dari kiriman FB Eddy Ezwan

Hikayat Hang Tuah (HHT) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur yang dikendalikan oleh Kassim Ahmad. HHT sebuah karya epik yang berbentuk prosa yang mengandungi lebih daripada 500 halaman dengan lebih kurang 164,000 patah-perkataan. HHT ini telah dihasilkan pada akhir kurun ke-17. Karya ini juga disebut Valentijin Kitab Hantoewa menurut Francois Valentijin dalam karyanya Oud en Nieuw Oost-Indien (1728). Tambahnya lagi, karya ini biasanya dinamakan oleh Sarjana Melayu Sulatas-Salatin iaitu Sultan-Sultan Melaka.
HHT merupakan sebuah epik kebangsaan. Epik ini telah menegemukakan watak Hang Tuah sebagai tokoh agung bagi bangsa Melayu dan sebagai lambang kemegahan dan kekuatan bangsa Melayu. Menurut Kassim Ahmad (1992: xvi) kebangunan, kebesaran dan kejatuhan Melaka berhubung rapat dengan tokoh Hang Tuah. Hal ini bermaksud, apabila Hang Tuah kecil Melaka baharu didirikan. Apabila Melaka besar beliau merupakan orang kanan bersama Bendahara, di dalam urusan pentadbiran dan di dalam urusan keselamatan di dalam negeri suaranya muktamad. Apabila ia jatuh sakit Melaka diancam oleh Portugis dan terus kalah apabila ia berundur dari perkhidmatan negara. Tidak lain, Hang Tuah ialah lambang kekuasaan dan kebesaran Melaka. Di dalam hidupnya tercatat riwayat Kerajaan Melayu Melaka dan bangsa Melayu dalam zaman feudal yang sudah lampau. Selain daripada itu, watak Hang Tuah sebagai pahlawan yang taat setia kepada raja yang sanggup menyelami mahkota dan keris raja yang jatuh ke dalam laut. Penceritaan kisah Hang Tuah dan saudaranya dalam karya agung Hikayat Hang Tuah mempunyai idealisme dan falsafah yang tersendiri yang terkandung di dalamnya. Antara idealisme dan falsafah yang ditonjolkan oleh pengarang dalam Hikayat Hang Tuah ialah :

Salah satu keturunan Hang Tuah

 


PAWANG NONG

------------

Hang Tuah pernah berkata “Takkan Melayu Hilang Di Dunia”. Ramai berpendapat pada hari ini cerita Hang Tuah adalah dogeng dan mitos. Namun bagi kalangan kebanyakan orang Melayu, Hang Tuah adalah wira dan perlambang Melayu sepanjang zaman.

Memang ada cubaan pihak pihak tertentu untuk menafikan sejarah Hang Tuah. Namun perancangan Allah SWT lebih Maha Kuasa. Akhirnya satu demi satu petunjuk diberikan ketika umat Melayu pada akhir zaman ini mulai terpecah-pecah dan tidak lagi percaya dengan sejarah bangsa sendiri.

Warisnya sudah ditemui di Pahang. Kamaruddin yang merupakan waris kepada Pawang Nong menceritakan segalanya kepada seorang wartawan Utusan.

Pawang Nong adalah seorang pendekar seni silat cekak, dikatakan mempunyai ilmu kebal dan ilmu kalis besi. Pernah dianugerahkan pingat British Empire Medal (BEM) kerana memerangi komunis. Pawang Nong dihantar sendiri oleh Gerald Templar untuk memerangi komunis di Kampung Ulu Cheka dan kawasan sekitarnya.

Pawang Nong juga adalah pengasas kampung Ulu Cheka pada tahun 1907 bersama sahabat-sahabat yang lain seperti Tok Bugis, Tok Antah, Tok Kawi, Tok Mat Yassin, Tok Mat Lastik dan Tok Mat Salleh.

Pawang bermakna seorang yang pandai, berkebolehan dan banyak ilmu. Antara lain kehebatan Pawang Nong yang diceritakan secara lisan, adalah beliau dapat memagari kawasan kampung daripada penglihatan tentera Jepun. Sehingga Jepun hanya nampak hutan sahaja. Pawang Nong pernah menjadi ketua kampung Ulu Cheka pada 1926 hingga 1976.

Satu lagi cerita menyatakan, sewaktu ditangkap oleh komunis, Pawang Nong berjaya membuka rantai tersebut, dengan sekali sentap sahaja rantai itu putus. Terkejut komunis melihatnya. Kemudian anak lelaki Pawang Nong juga dikatakan memiliki kehebatan serupa.

Diberitakan oleh anak lelaki beliau, Pawang Nong pernah menepuk satu meja kayu hingga hampir berkecai meja tersebut. Akhirnya komunis tidak mahu mengapa apakan Pawang Nong bila melihat kehebatan tersebut.

Satu lagi kisah menceritakan bahawa Pawang Nong juga pernah menumpaskan orang minyak yang berleluasa di sebuah kampung. Pawang Nong juga dikatakan boleh meminjam peralatan kampung bunian untuk kegunaan mengadakan kenduri keraian.

Menurut Kamarudin, Raja Muhammad atau lebih dikenali sebagai Tok Baginda Demu sebenarnya berasal dari Perak kemudian datang ke Pahang untuk meneroka kampung baharu di kawasan Kuala Lipis.

Kamaruddin yang memperolehi salasilah keturunan Tok Baginda Demu daripada Persatuan Warisan Perba Jelai berkata, susur galur Tok Baginda Demu pula dikatakan berkait dengan Laksamana Hang Tuah.

“Seri Dewi anak ketiga kepada Laksamana Hang Tuah bersama isteri pertama yang juga berdarah raja di Perak, Halimah telah berkahwin dengan Raja Mahmud yang merupakan Raja Perak dan kemudian melahirkan Raja Muhammad atau Tok Baginda Demu.

“Jadi dari situ, setelah Tok Baginda Demu datang ke Pahang dan membuka tanah di Kuala Lipis, jadi keturunannya berkembang sehingga ke beberapa lagi daerah. Ada keturunannya yang berhijrah sehingga Temerloh dan Pekan,” katanya.

Kamarudin berkata, Pawang Nong sebenarnya banyak mewarisi ilmu-ilmu tertentu daripada ibunya, Tok Bun seperti kebolehan melembutkan besi.

Menceritakan mengenai keturunan Pawang Nong, Kamarudin berkata arwah datuknya itu mempunyai dua isteri, yang pertama bernama Patam Mat Saman dengan dikurniakan lima anak sementara isteri kedua, Halimah telah dikurniakan tiga anak.

Katanya, hanya seorang sahaja anaknya yang kini masih hidup iaitu Seri Raakna dipercayai berusia lewat 90-an dan masih menetap di Kampung Ulu Cheka bersama-sama anak dan cucu-cucunya.

Pawang Nong meninggal dunia pada 10 November 1977 dan disemadikan di kawasan sekitar Masjid Kampung Ulu Cheka. Al fatihah.

*Sumber Utusan dan blog Aku Anak Pahang.

Disalin dari kiriman FB: Bulan 

Makam Hang Tuah di Palembang

 


MAKAM HANG TUAH DI PALEMBANG


Penyelidikan dari Universiti Putra Malaysia (UPM), mengenai keberadaan Hang Tuah, menunjukkan jejak terakhir Pahlawan Melayu itu berada di Temasik (Singapura) pada tahun 1511 ketika berusia 80 tahun.

Setelah itu kemungkinan keluarga Hang Tuah berpindah ke Riau, dan menurut salah seorang zuriatnya, Hang Tuah mengakhiri hayatnya di Palembang.