Disalin dari kiriman FB Eddy Ezwan
Hikayat Hang Tuah (HHT) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur yang dikendalikan oleh Kassim Ahmad. HHT sebuah karya epik yang berbentuk prosa yang mengandungi lebih daripada 500 halaman dengan lebih kurang 164,000 patah-perkataan. HHT ini telah dihasilkan pada akhir kurun ke-17. Karya ini juga disebut Valentijin Kitab Hantoewa menurut Francois Valentijin dalam karyanya Oud en Nieuw Oost-Indien (1728). Tambahnya lagi, karya ini biasanya dinamakan oleh Sarjana Melayu Sulatas-Salatin iaitu Sultan-Sultan Melaka.
HHT merupakan sebuah epik kebangsaan. Epik ini telah menegemukakan watak Hang Tuah sebagai tokoh agung bagi bangsa Melayu dan sebagai lambang kemegahan dan kekuatan bangsa Melayu. Menurut Kassim Ahmad (1992: xvi) kebangunan, kebesaran dan kejatuhan Melaka berhubung rapat dengan tokoh Hang Tuah. Hal ini bermaksud, apabila Hang Tuah kecil Melaka baharu didirikan. Apabila Melaka besar beliau merupakan orang kanan bersama Bendahara, di dalam urusan pentadbiran dan di dalam urusan keselamatan di dalam negeri suaranya muktamad. Apabila ia jatuh sakit Melaka diancam oleh Portugis dan terus kalah apabila ia berundur dari perkhidmatan negara. Tidak lain, Hang Tuah ialah lambang kekuasaan dan kebesaran Melaka. Di dalam hidupnya tercatat riwayat Kerajaan Melayu Melaka dan bangsa Melayu dalam zaman feudal yang sudah lampau. Selain daripada itu, watak Hang Tuah sebagai pahlawan yang taat setia kepada raja yang sanggup menyelami mahkota dan keris raja yang jatuh ke dalam laut. Penceritaan kisah Hang Tuah dan saudaranya dalam karya agung Hikayat Hang Tuah mempunyai idealisme dan falsafah yang tersendiri yang terkandung di dalamnya. Antara idealisme dan falsafah yang ditonjolkan oleh pengarang dalam Hikayat Hang Tuah ialah :
2.1 KEHEBATAN DAN KEPENTINGAN ILMU PERSILATAN.
Hang Tuah sebagai seorang laksamana dan hulubalang Melayu terulung zaman kegemilangan Kerajaan Empayar Laut Melayu Melaka zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah dan awal zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah sudah tidak asing lagi kepada masyarakat umum Alam Melayu malah masyarakat Asia Tenggara dan sebahagian kecil dunia amnya. Kehebatan ilmu persilatan beliau yang digambarkan oleh pengarang Hikayat Hang Tuah (Rujukan: Hang Tuah. DBP, Kuala Lumpur. Ogos 1963) bagaikan tiada tandingannya lagi semenjak zaman beliau hinggalah ke hari ini. Penulis hanyalah orang biasa sebagai guru kepada salah satu seni silat lama Alam Melayu iaitu Seni Silat Melayu Asli Sejati yang bernaung dalam Persatuan Seni Silat Gerak Sejati (Trg) Malaysia merasa amatlah kerdil untuk menganalisa, mengulas dan memberi pandangan serta pendapat yang jitu dan tepat dari segi seni, teknik dan falsafah persilatan Laksamana Hang Tuah seorang pendekar handalan, Laksamana, panglima dan pahlawan Melayu teragung. Maka tidaklah terjangkau dan terfikir sepenuhnya perkara-perkara tersebut dengan ilmu dan pengalaman serta kebolehan persilatan penulis yang amat cetek dibandingkan dengan beliau. Sementara itu di luar sana terdapat bagitu ramai guru-guru, mahaguru-mahaguru yang lebih arif dan
hebat d
alam ilmu persilatan di Alam Melayu. Kehebatan ilmu persilatan Hang Tuah adalah berpaksikan dan berpunca daripada ilmu zahir dan batin Tiga Orang Guru beliau berserta sebilah keris penduanya yang sakti iaitu Keris Taming Sari dan keris berjasanya iaitu keris utamanya `Keris Panjang Tempa Melaka` serta sebilah pisau kecil hikmat yang selalu tidak berpisah dengan beliau yang rahsianya hanya terbongkar sewaktu perpisahan beliau dengan gurunya seorang Syeikh Sufi di hulu Melaka iaitu Syeikh Mansur yang ternyata melalui dialog ini:“Ya tuanku, suatu pun tiada persembah (hadiah untuk guru sebagai membalas budi-p) hamba ka-bawah kadam (yang mulia-p) tuanku, hanya-lah pisau (badik?-p) sa-bilah ini (untuk-p) permainan tangan (pakaian-p) tuanku.` Maka di-sambut oleh Syeikh pisau itu, maka di-lihat-nya pisau itu sarong-nya daripada emas sa-puloh mutu di-tatah mas permata sembilan bagai, shahadan hulu-nya daripada chula (tanduk). Maka pada hulu-nya suatu intan dibuboh-nya, chahaya-nya amat gilang-gemilang dan mata pisau itu terlalu baik (dari segi tempaan besinya dan ukuran tuahnya-p). Maka sheikh pun terlalu sukacita seraya berkata, `Sunggoh-lah tuan anak kepada-ku (sanggup menghadiahkan barang yang amat bernilai sabagai tanda kasihnya-p). Bermula pisau itu sa-buah negeri dengan isi-nya tiada ku tukarkan. Ada pun kasih anak-ku itu Allah Ta`ala juga membalas dia, tetapi (walau pun pisau bertuah dan berhikmat ini tiada lagi pada Hang Tuah-p) insha Allah Ta`ala, barang di-mana tempat anak-ku itu dipeliharakan Allah subhanahu wa Taala juga, bala di-jauhkan Allah Ta`ala pada kadam. `Sa-telah sudah Sheikh Mansur memberi Ł
Ų® akan Laksamana, Laksamana pun sujud pada kaki sheikh (maksud – merendah diri kepada guru dengan menghormati ilmu agama serta ilmu ketuhanan yang ada di dalam dadanya - bukan perbuatan sujud fizikal pada kaki manusia - kerana perbuatan begitu syirik dan berdosa besar dalam Islam-p) itu lalu ia bermohon. Maka sheikh pun memelok mencium Laksamana. Maka Tun Pekerma dan Tun Kasturi pun bemohonlah (permisi)
(HIKAYAT HANG TUAH: hlm 308)
2.2 KEBERANIAN DAN KEBIJAKSANAAN
Keberanian dan ketabahan Hang Tuah dan ahli rombongan peminangan itu dikagumi oleh Seri Betara Majapahit sehingga baginda menganugerahkan gelaran Penggawa Agung kepada Hang Tuah yang bertaraf tinggi selepas kedudukan Patih Gajah Mada. Kebijaksanaan Hang Tuah terserlah sekali lagi apabila beliau berjaya mengenal pasti dan mengubati penyakit kuda tezi yang liar yang gagal ditunggangi oleh sesiapa pun. Hang Tuah mengatakan bahawa kuda tezi bingkisan Sultan Sang Jaya Nantaka itu berpenyakit kerana mewarisi tabiat kerbau iaitu apabila kelelahan akan mencari sungai tempat berkubang. Penjelasan ini mendatangkan kemarahan utusan Benua Keling, Orang Kaya Sang Perdana (O.K.S Perdana Setia) dan Sang Ratna Setia kerana berasa terhina. Akhirnya Hang Tuah dapat menyembuhkan penyakit kuda tezi tersebut dalam masa 7 hari. Kemudian rombongan utusan Melaka selamat kembali ke Melaka dengan membawa utusan Majapahit yang menerima peminangan Raja Melaka terhadap Raden Mas Ayu.
Sifat Berani Hang Tuah merupakan tokoh utama dalam Hikayat Hang Tuah. Keberanian Hang Tuah jelas terlihat ketika beliau berada di Majapahit. Hang Tuah sentiasa berwaspada dan beringat-ingat dengan tindakan beliau ketika menentang musuh-musuh yang cuba menentangnya. Keberanian Hang Tuah mendapat perhatian daripada Betara Majapahit dan mengakui dengan dialognya menyatakan bahawa:
“….adapun kulihat Laksamana itu bukan barang-barangorang dan bukan barang-barang hulubalang dengan beraninya dan bijaksananya; syahadan tahunya padai ilmu firasat dan penjurit; dan tahu bermain senjata jangan dikata lagi;…….”
(HIKAYAT HANG TUAH: hlm169)
Sifat keberanian dan rasional Hang Tuah amat bijak bertindak ketika berada dalam keadaan terdesak. Hang Tuah juga menggunakan kepintarannya untuk mendapatkan semula keris Taming Sari dari Hang Jebat semasa mereka berlawan. Hang Tuah cuba melekakan Hang Jebat dengan kata-kata yang menunjukkan simpati terhadap Hang Jebat;
“Hai Si Jebat, apatah dayaku kerana aku dititahkan raja membuangkan engkau ? Dalam pada itupun, jika engkau berdosa ini lain daripada dosa yang demikian, tahu juga kupohonkan. Yang engkau dan Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu ini bukanlah sahabat lagi padaku, penaka saudarakulah. Sukar aku berkata.”
(HIKAYAT HANG TUAH: hlm 390)
Dengan ini dapat dilihat bahawa keberanian dan kebijaksaan dalam membuat keputusan itu perlu diambil dengan kadar yang rasional mengikut keperluan pada sesuatu masa. Dengan menggunakan keberanian dan kebijaksanaan yang ada dengan baik, Hang Tuah mampu untuk mengatasi segala masalah yang menimpanya.
2.3 KESETIAAN KEPADA RAJA.
Dalam Hikayat Hang Tuah, pengarangnya banyak menyelitkan falsafah tentang kesetiaan kepada raja. Raja dianggap sangat mulia kedudukannya dan mempunyai kuasa yang tinggi. Bagi masyarakat Melayu sangat penting untuk menghormati institusi diraja dan taat setia kepada perintah raja. Dalam Hikayat Hang Tuah, sikap Hang Tuah yang sangat pentingkan ketaatan kepada raja menjadi isu utama dalam penceritaannya. Hang Tuah dikatakan sanggup membelakangkan persahabatannya dengan Hang Jebat bagi menurut perintah raja untuk membunuh Hang Jebat.
Selain itu, sifat taat setia Hang Tuah digambarkan sebagai seorang hamba yang taat setia kepada rajanya. Beliau sanggup dirinya dibunuh biarpun tidak bersalah. Hukuman bunuh yang dititahkan ke atas Hang Tuah terjadi sebanyak dua kali. Namun beliau tidak pernah menyimpan dendam pada raja malah menerimanya dengan penuh sifat kesetiaan selepas diperlakukan sedemikian oleh raja. Demikian diceritakan betapa besarnya kesetiaan Hang Tuah kepada rajanya dan tidak berpaling tadah walaupun dihukum banyak kali diatas kesalahan yang tidak dilakukan oleh beliau.
“…..maka Laksamana pun menguinus kerisnya dari pinggangnya lalu dipersembahkannya pada Bendahara; demikian katanya, “Alhamdulillah! Si Tuah tiada bertuan dua tiga dan Si Tuah tiada mau derhaka kepada tuannya.”
(HIKAYAT HANG TUAH: hlm 207)
Sikap kesetiaan Hang Tuah mampu memberi inspirasi kepada pengarang dan pembaca dalam kehidupan seharian dan mampu untuk dijadikan falsafah hidup dan diadaptasikan dalam kehidupan pada zaman kini.
SUMBER:
karya agung.blogspot.