Ilustrasi gambar: puak melayu |
FB Umar Ibrahim - Cembul adalah salah satu alatan 'storage' dan komponen didalam tepak sirih yang terdiri daripada lima sekawan iaitu untuk bekas pinang, kapur, gambir, tembakau dan bunga cengkih.
Namun amat misteri dikatakan Nabi Khidir as pernah menghadiahkan cembul ini kepada Hang Tuah yang terkandung didalamnya kuasa hikmat.
Raja Melaka menitahkan Laksamana Hang Tuah, Maharaja Setia dan Maharaja Dewa ke Benua Rom untuk membeli meriam bagi memperkukuhkan pertahanan Kota Melaka.Dalam perjalanan ke Rom, rombongan Melaka telah singgah di Bandar Acheh Darussalam.Lakasamana Hang Tuah berkenan menghadap Sultan Salahuddin iaitu sultan yang memerintahkan Acheh pada masa itu, serta diberikan layanan yang mesra selama 12 hari rombongan Melaka di sana.Rombongan Melaka meneruskan perjalana ke Benua Rom dan telah singgah di negeri Judah serta Makkah. Di Makkah, Hang Tuah telah bertemu dengan Nabi Khidir yang telah memberinya sebuah cembul yang mempunyai kuasa hikmat. Laksamana Tun Tuah juga mengerjakan haji serta melawat kubur nabi, kubur Sayidina Hamzah di kaki bukit Jabal Uhud.Kemudian, rombongan Melaka berlepas ke Mesir.Di Mesir, rombongan Melaka dapat menyaksikan kebesaran serta kekuatan Sungai Nil, iaitu tempat Nabi Yusuf dibuang. Rombongan Melaka juga mendapat layanan mesra Syahbandar Mesir kerana sikap rendah diri Laksamana Tun Tuah. Laksamana Tun Tuah juga berjaya membeli beberapa bedil di Mesir sebelum bertolak ke Benua Rom.
-----------------
Penerangan
-----------------
Cerita atau hikayat diatas adalah tidak bersumber dan perlukan individu yang boleh perincikan lebih mendalam.
Berhati-hatilah dalam mengambil sumber sebagai bahan rujukan.