Pict: Kompasiana |
-----------
Minta nombor rujukan hadith yang dibaca. (HR. Tabarani & Baihaqi). Sebab tak pernah dengar lagi hadith yang sahih direkodkan tentang "membaca Al-Fatihah di kepala, dan Al-Baqarah di kaki pusaranya".
Dekat sini nampak dangkal hujah sebab persoalan dengan dalil tak ada kaitan langsung.
--> Persoalan: Membaca fatihah bila mendengar berita kematian.
--> Dalil: Baca Al-Fatihah di kubur.
Sunnah menerima kematian adalah mengucapkan Innalillahi wa'innailaihiraji'un. Seterusnya membaca doa jenazah "Allahummaghfirlahu warhamhu, wa'afihi wa'fu'anhu" (bagi lelaki), dan seterusnya bagi wanita, atau jamak.
2. Menyimpan/tanam jenazah
Perbuatan Rasulullah saw memercikkan air ke kubur anak Baginda, atau meletakkan pelepah tamar di bahagian atas kubur adalah perkara yang dibuat hanya oleh Nabi saw. Para sahabat tidak mengulanginya pada kuburan yang lain.
Pun sama, hujah dan dalil tak ada kaitan satu sama lain.
--> Persoalan: Jirus air dalam jug, bergilir-gilir. Tabur bunga/batu.
--> Dalil: Perbuatan yang Nabi buat tapi tidak diulangi para sahabat.
3. Kubur jenazah menjadi tempat beribadat.
Rujuk pada majlis-majlis himpunan di kubur-kubur wali, nabi, atau imam-imam. Boleh google, ada banyak majlis begitu berlaku. Di Malaysia pun ada banyak. Golongan Tariqat yang berselindung di sebalik label ASWJ banyak buat benda ni.
--> Dalil: Masjid Nabawi sesak dengan orang yang menghadirinya walaupun ada makam baginda.
Mohon buat homework bab ni. Perkuburan Baqi' tidak berada dalam kawasan Masjid Nabawi, melainkan dengan berada di tepi, berpagar, dan tidak bercampur dengan kawasan masjid.
Makam baginda berada di kawasan rumah baginda, Imam Masjid Nabawi tidak mengimami solat di hadapannya makam baginda. Tetapi di tepi.
4. Masalah Tentang Kenduri Arwah.
--> Persoalan: KENDURI arwah.
--> Dalil: Bacakan Yaasin untuk mayyit.
Minta nombor hadith untuk rujukan. Setakat ni, saya jumpa Sunan Ibn Majah 1448: Recite Quran near your dying ones, (meaning Ya-Sin). Dalam konteks orang yang sedang nazak, bukan orang yang sudah meninggal.
Perkara yang ditegah adalah menyelisihi hadith Baginda menyeru para sahabat menyediakan makanan bagi keluarga si mati. Perbuatan kenduri arwah itu sendiri tak ada dalil dari Rasulullah, dan salafussoleh.
5. Talqin
Minta hadith sahih dan nombor rujukan. Setakat ni, ramai tahu dalil tentang talqin adalah hadith dhaif yang berat.
----
Kesimpulan: Semua point hujah yang diberikan langsung tak menjawab persoalan yang dilontarkan; kesemuanya seperti bukan ahli dalam hukum fiqh, melainkan orang awam yang menulis mengikut hawa nafsu.
Akhir kata, lebih selamat ikut apa yang Nabi dah anjurkan dari ikut-ikutan apa yang nenek moyang buat dalam hal beragama. Adat dan tradisi Melayu harus ikut Islam, bukan Islam ikut Melayu.