TUN FATIMAH
Serikandi Melaka ulung agung,Cabaran hidup tinggi menggunung,Menjadi mangsa fitnah membusung,Seisi keluarga habis dipancung.
Kisah keluarga Tun Fatimah yang difitnah oleh Raja Mandaliar dan Kitul dengan dipersetujui oleh Laksamana Khoja Hassan yang sememangnya tidak suka dan dendam dengan seluruh ahli keluarga Bendahara Tun Mutahir.
Ayah Tun Fatimah dituduh kononya telah menempah persalinan dan cerek yang semuanya daripada emas kerana merancang untuk merampas takhta Melaka. Sultan Melaka Sultan Mahmud Shah menjadi murka dan tanpa usul periksa lantas menyerahkan keris kuasanya kepada Tun Sira dan Tun Setia untuk menjatuhkan hukuman bunuh kepada seluruh keluarga Bendahara Tun Mutahir kecuali Tun Fatimah.
Rasa menyesal dan rasa bersalah sebab telah menjatuhkan hukuman bunuh kepada seluruh keluarga Tun Fatimah akhirnya Sultan Mahmud Shah telah memperisterikan Tun Fatimah dan memberi gelaran kepada Tun Fatimah sebagai Paduka Seri Permaisuri Melaka.
Walaupun Setelah bergelar sebagai Permaisuri Melaka, dendam Tun Fatimah terhadap orang-orang istana yang menyebabkan seluruh ahli keluarganya telah hilang nyawa tetapi membara.
Setelah berusaha akhirnya orang -orang istana yang membuat fitnah kepada ayahandanya telah ditangkap hasil dari risikan dan usaha Tun Fatimah sendiri dan akhirnya Raja Mandaliar, Kitul dan Laksamana Khoja Hassan telah dijatuhi hukuman bunuh oleh Sultan Mahmud Shah.
Tun Fatimah bukan sahaja cantik jelita dan cerdik tetapi Tun Fatimah begitu mahir dan arif m dalam mencari bukti akan siapakah pembunuh dan pembuat fitnah kepada semua ahli keluarganya dan Tun Fatimah juga amat mahir bersilat, mahir dalam menggunakan senjata keris dan tombak dan Tun Fatimah juga dikatakan menjadi sebahagian dari benteng utama dalam mempertahankan bumi Melaka semasa serangan Portugis ke atas Melaka pada tahun 1511, dikatakan askar Portugis lagi takut dengan Tun Fatimah daripada Sultan Mahmud Shah kerana keberanian dan ketangkasanya dalam menggunakan senjata ketika bertempur dengan askar portugis .
Tapi sayangnya akibat begitu ramainya askar Melaka dan pembesar melaka sendiri yang berpaling tadah dan menjadi pembelot akhirnya Empayar kesultanan Melaka telah kalah dan Portugis pun menawan Melaka. Tun Fatimah dan Sultan Mahmud melarikan diri ke Kampar Sumatera.
Sudah ditakdirkan Tun Fatimah itu sebagai Permaisuri Melaka dan bergelar Srikandi Melayu tetapi mangkatnya di Kampar Sumatera maka bersemadilah jasad Tun Fatimah di tanah Kampar, Riau.
Tun Fatimah Mangkat pada tahun 1527 di desa Sungai Tonang Bangkinang Kampar, Riau, Sumatera.
Apa yang uniknya tentang Makam Tun Fatimah ialah, makamnya telah tumbuhi oleh sebatang pokok besar yang mengiring ke tepi dan berakar besar, dikatakan pokok ini juga telah berusia ratusan tahun.
Sudah 493 tahun Tun Fatimah mangkat di Kampar, tetapi Sejarah dan Kisah Hidup Serikandi Melayu ini tetap segar dan kekal abadi di Tanah Melayu zaman berzaman.
Disalin dari kiriman FB: Sulaiman Razak
Gambar: harakahdaily.net