Picture: Satu Pena |
Assalamualaikum semua sahabat sahabat yang berada di group Pagaruyung ini. Seperti janji Moyang pada semua, Moyang akan dedahkan serba sedikit rahsia yang selama ini disimpul rapi dan sudah sampai masanya untuk di dedahkan.
Puteri yang hilang
Seperti yg kita ketahui Raja Mahmud Alam Shah, Raja Khatib dan Raja Sulaiman adalah adik beradik dan bapanya ada lah Sultan Abdul Jalil yg memerintah Pagaruyung dengan memakai gelaran Raja Alam Pagaruyung.[1] Raja Mahmud Alam Shah lebih di kenali Raja Melewar yg memerintah Negeri Sembilan. Raja Khatib pula dibuang daerah kerana penyamaran beliau sebagai Raja yang sah memerintah Negeri Sembilan dan Raja Sulaiman pewaris kepada pemerintahan Raja Alam Pagaruyung. Semasa berlakunya huru-hara di Pagaruyung di dalam peperangan Padri dan peperangan dengan Belanda serta pemerintahan Komunis Indonesia, banyak keluarga diraja lari meninggalkan Sumatera untuk menyelamatkan diri dari dibunuh. Ini juga berlaku pada keluarga Raja Sulaiman di mana puterinya dilarikan ke Tanah Melayu[2] dan dijaga di bawah jagaan Tuanku Abdul Rahman Yang Di Pertuan Agung Malaysia yang pertama. Ramai pihak yang berkenaan mencari puteri ini kerana dialah perwaris tahta Raja Alam Pagaruyung.
Raja Sawiyah Almarhum Raja Sulaiman
Cerita ini di ceritakan sendiri oleh suami Raja Sawiyah bahawa cerita yg moyang ceritakan ini adalah benar. Kebetulan suaminya juga bernama Sulaiman. Pernah semasa kecil namanya ada tertulis di Astana Basa Pagaruyung. Raja Sawiyah baru sahaja kembali kerahmatullah di dalam usia linkungan 85 tahun. Moyang sendiri menghadirkan diri. Raja Sawiyah pernah beritahu moyang keluarkanlah harta yang tersimpan namun moyang tak endahkannya sehinggalah ketika berzikirullah datangnya Raja Ghomah atau dikenali Raja Gombak menyampaikan amanah yang di pertanggungjawabkan. Namun kesombongan pihak-pihak yang berkenaan membuatkan moyang tidak berminat membantu mereka.
Gambar gambar ini [KLIK DISINI] bukti istana lama yg patut di jejak dahulu oleh perwaris perwaris raja di Negeri Sembilan sebagaimana raja dahulu menulusuri sungai dan berpijak di bumi nyata untuk daulat seorang raja.
Disalin dari kiriman FB: Moyang Ketam
_________________________________
Catatan Kaki:
[1] Tida ada gelar Raja Alam Pagaruyung yang ada ialah Raja Alam yang bertahta di Nagari Pagaruyuang
[2] Maksudnya: Tanah Semenanjung