Bismillahirrahmanirrahim..
بسم الله الرحمن الرحيم
FB Mahamada al Mahadaya - Seperti firman Allaha Taa’ala Al Rahama A’lama Al Qaraana Khalayafata Al Anasaana A’lamaha Al Bayaana Wa Shamasa Wa Al Qamara الرحمن علم القران خليفة الانسان علمه البيان و شمس و القمر. Maka di turunkan Allah Taa’ala raja ialah belum turun ke dunia lagi di Awang Kemawang.
Seorang bernama Si Maharaja Alif, seorang bernama Si Maharaja Dipang dan seorang bernama Si Maharaja Diraja anak cucu Iskandar Zulqarnain Khalayafata Allah Faya Al A’alam خليفة الله في العالم Johan Berdaulat Ba A’naayata Allah Salam Allah Taa’ala Al Dawama بعناية الله سلم الله تعالي الدوم berkat Mahamad Sayada Al Anaama Yaa Raba Ala A’alamayana محمد سيد الانام يا رب العالمين .
Maka bertiuplah makin nafas Al Rahman daripada pihak tanam-tanaman daripada syurga Janata Al Fardawasa جنة الفردوس terkirablah bau bauan yang amat harum narawastu yang ushali terbuka semerbak di kalbu yang hakiki terlebih daripada cahaya bulan dan matahari.
Ialah sultan yang menaruh kayu Gemata yang di kurniakan Allah Taa’ala dan ialah sultan yang menaruh kayu Khamatsa di bahagi tiga (3) dengan Raja Rum dan Raja Cina dan ialah sultan yang menaruh Pagaruyung. Ialah sultan yang menaruh kanun mustaib pada .. setahun meminta-minta sendirinya berumbaikan mutiara bertatahkan ratna mutu manikam. Dan ialah sultan yang menaruh emas Jata Jati panah di alik pendagapnya dan ialah sultan yang menaruh curik Si Mandang Kiri sumbing seratus sembilan puluh (190) pemancung Sikati Muna.
Dan ialah sultan yang menaruh Lembing Lembahara nan bertataran segara jantan dan ialah sultan yang menaruh Kuda Semberani. Dan ialah sultan yang menaruh gunung berapi sendirinya dan ialah sultan yang menaruh bunga cempaka kembang biru. Dan ialah sultan yang menaruh gGendang Belaguri dan ialah sultan yang menaruh tabuh pulut-pulut.
Dan ialah sultan yang menaruh sungai emas airnya bunga dan ialah sultan yang menaruh tunggak teras jilapang nan beraparan akar lundang. Dan sultan yang menaruh lapik daun Hilalang dan ialah sultan yang menaruh Lagundi Hitam dan ialah sultan yang menaruh semar gantang Amayana Yaa Raba Al A’alamayana امين يا رب العالمين.
Amaa Baa’du اما بعد adapun kemudian daripada itu pula seperti Daulat Yang Di Pertuan mati di dalam negeri Pagaruyung dalam alam Minangkabau telah memberi cap serta surat.
Undang undang Adat Lembaga Tambo Minangkabau di Leiden University Libraries
Transliterasi Jawi ke Rumi oleh Mahamada Al Mahadaya محمد المهدي