Cerita Yuang Mandua, Baba, Kancia di kedai Uwo Pirin terkait pemilihan Kepala Kampung yang saling cakar-cakaran. Bermacam serangan dan sanjungan diarahkan kepada setiap calon yang ada. Dari cerita memuji setinggi langit hingga menyindir sehabis kata. Tensi tinggi, mulut berair karena omongan telah keatas -kebawah.
Yuang Mandua yang keras kepala, pantang kalah dengan cerita Baba. Pantang Bagi Yuang Mandua memberi waktu kepada Baba. Walau bagaimanapun, seri sahaja ia tak hendak. Begitulah pendirian Yuang Mandua.
"Calon aku nan membangun kesemuanya ini. Calon aku ini hebat betul. Elok laku, cerdik, penyayang, pengasih betul. Berlainan dengan calon nan lain" kisah Yuang Mandua semakin menjadi-jadi.
"Yang patut dan mungkin sahaja cerita engkau ini Yuang" kata Baba
"Usah menyerang terlalu berlebihan, Yuang" sindir Kancia
"Kalian tak ada nan faham. Kami telah berbuat, sedangkan kalian baru akan memulai. Calon kalian apa yang bisa!? Sorak keatas-kebawah sahaja. Aku jamin, calon aku menang. Pokoknya calon aku ini cerdik. Sesuai dengan selera aku" cerita Yuang Mandua
"Yuang, jangan hendaknya cerita engkau sahaja yang didengar orang. Kalau disebut elok dan buruk, tentulah sama kita hitung pasir yang teronggok. Kalau Yuang berkeras hati menyebut calon kami tidak ada apa-apanya, tak jadi soal. Tapi masalah selerea tentulah kami berlainan dengan Buyuang" Terang Kancia dengan muka sirius.
"Apa pula bedanya?" tanya Yuang Mandua pada Kancia
"Kalau selera Yuang Mandua, sudah terang bagi kami. Mulai dari roti hingga ketiding besar. Sanglah jelas betul oleh kami. Kesana-kemari dilahap jua, punya orang punya awak, bini orang bini awak. Usah kami bersorak, yang orang sudah faham. Usah kekurangan orang yang disebut. Yang Calon Buyuang banyak pula kurangnya" kata Baba
"Itu kenapa disebut sesuai dengan selera? Adakah tak sama pula kegemaran Yuang rupanya?" Terang Kancia
"Apakah tak takut diungkap di tengah orang banyak? Ee.. Cendawan Kering" sorak Baba
Nyiak[1] Sunguik yang tengah duduk disudut kedai, sedari tadi hanya mendengar percakapan Yuang Mandua, Baba, dan Kancia yang sudah serupa orang sedang bertengkar.
"Hoi,. memekak!!!" tegah Nyiak Sunguik kepada ketiga orang ini.
"Apa yang kalian perbincangkan? Cerita awak sahaja nan didengar! Kepada sesiapa sahaja yang ikut, usah panas tadah dari gelas.[2]. Yuang!! Usah cerita engkau sahaja yang didengar orang. Usah kurang orang sahaja yang disebut. Nanti dibukak kembali kembali kisah lama, tentu akan dapat habis pokok galeh[3] Calon Buyuang. Dengan cara yang elok sahajalah, Yuang"
"Kalau tinggi timbunan kabut, kalau rendah timbunan sarok. Kalau makan hujat dan puji. Adakah jelas itu" Terang Nyiak Sunguik pada Yuang Mandua.
"Iya nyiak. Mohon maaf, awak tadi sedang semangat saja.." jawab Yuang Manduang dengan air muka masam.
_____________________________
Catatan Kaki:
[1] Nyiak atau Inyiak merupakan panggilan untuk Kakek pada beberapa negeri di Minangkabau. Selain Inyiak, terdapat panggilan lain seperti Datuk, Nambo, Antan, dsb. Inyiak juga digunakan untuk memanggil 'Penghulu' selain dari panggilan "Datuk'.
[2] Sebuah ungkapan yang maknanya orang lain pula yang emosional, sedangkan yang sedang bersiteru tak sedemikian pertikaian mereka.
[3] Ungkapan, yang bermakna: modal berdagang
Disalin dan dialih Melayukan dari kiriman FB: Fadhly Reza
Foto Ilustrasi: Blog Suryadi Sunuri
Kiriman Asli berjudul: Dari Roti Hinggo Katidiang Gadang. Berikut kami sertakan: