Datu Ache @ Rajah Matanda
(Laksamana Melayu terbilang)
Al Fatihah buat Almarhum Datu Ache
FB Sejarah Sumatera Andalas - Tahun 1608 Sultan Sulu Sultan Batarah Shah Tengah syahid saat berperang dengan pihak sepanyol, tiada zuriat melainkan ada anak saudara melalui adindanya puteri sulu permaisuri kepada Sultan Muhammad Hasaan Brunei.
Sultan Muhammad Hassan ada 4 putera, putera sulung mewarisi takhta Sultan Brunei, putera yang ke-2 mangkat, putera yang ke-3 atau tengah dihantar ke Sambas dan menjadi Sultan Sambas, Putera Bongsu, Raja Bungsu @ Pengeran Shahbandar Maharajalela @ Sultan Mawalil Wasit I Ibni Almarhum Sultan Muhammad Hassan dihantar ke Sulu untuk mewarisi takhta Sultan Sulu.
Raja Bungsu tiada pilihan melainkan mencari seorang individu yang boleh menyatukan semua pembesar Sulu, pilihan utama adalah DATU ACHEH, ada khabar Datu Acheh ini sebenarnya berasal dari Kesultanan Aceh, makanya dia digelar Datu Acheh.
Datu Acheh pernah ditangkap Sepanyol saat menjalankan tugas diplomasi, namun berjaya dibebaskan oleh Sultan Mawalil Wasit I (Sultan Sulu ke-9) dengan serangan besar-besaran ke atas semua wilayah jajahan sepanyol, serangan ini dipimpin sendiri oleh Sultan Mawalil Wasit I.
Saat Datu Acheh kembali berkhidmat, pernah dicatat Datu Acheh berjaya mematahkan serangan armada sepanyol di laut Sulu banyak kali dan tidak pernah dikalahkan dalam peperangan di laut.
============================
Datu Ache atau lebih dikenali sebagai Rajah Matanda adalah Datu (Pemimpin) yang berani dari Suku Tausug dan berasal dari wilayah Jolo, Sulu.
Datu Ache atau Rajah Matanda memimpin kota Manila selama 13 tahun dari 1558 hingga 1571 dengan Rajah Sulayman, dan sepupu mereka Rajah Lakan Dula Datu atau Ketua Tondo, Manila.
Datu Ache terkenal dengan sifat kebijaksanaan, kejujuran, kebaikan, keberanian dan perwatakan Muslim yang tegas. Dia digelar Rajah Tua kerana dia mencapai usia 92 tahun (1480-1572).
Datu Ache memerintahkan para pejuang Sultan Bongsu untuk menarik Armada dari 80 kapal dengan 600 orang Sepanyol dan 3,000 sekutu Filipina yang diketuai oleh Gabenor Sebastian Hurtado de Corcuera pada 4 Januari 1638.
Datu Ache juga berjaya menyatukan para pemimpin Sulu terutamanya para Datu. Dia berjaya merancang dan mengetuai serangan Muslim ke Kapal Laut asing atau Sepanyol di Camarines dan Bagutao.
SULU- ACEH BERSAUDARA...
kredit :Hafes Ahmad
=====================
Baca Juga:
- Bainda Raja Al Minangkabawy
- Keturunan Dayak Borneo dan Bugis Soppeng ditabal jadi Sulthan Sulu
- Kesultanan Sulu Serang Spanyol di Manila tahun 1574
- Kekuatan Tentara Laut Kesultanan Sulu
- Amanilah Dinasti Tondo