Sumber Gambar: https://www.facebook.com |
Siapa Raja Baginda Minangkabau Sumatera Sulu?
Sebelum sejarah Raja Baginda, kita mulakan dengan sejarah persenjataan. Catatan-catatan sejarah menyatakan bahawa ketika
kedatangan bangsa-bangsa Eropah ke Alam Melayu, kerajaan-kerajaan di
nusantara ini hanya memilki senjata-senjata yang ukurannya kecil dibandingkan dengan milik bangsa-bangsa Eropah. Seperti
Portugis, Sepanyol, Belanda, Inggeris, Perancis mahupun penjajah-penjajah
yang lain.
Hinggakan bangsa
Reropah ini dengan angkunya mendakwa dan mencatat di dalam sejarah
buatan mereka, bahawa kerajaan-kerajaan di Alam Melayu ini dapat
memperolehi senjata-senjata yang hebat dan bersaiz besar hanyalah
melalui jual beli. Bermaksud mereka jual dan bangsa Melayu beli, adapun
yang lain dakwa mereka diperolehi melalui rampasan ketika perang atau
melalui perompakan, sama ada rompakan di laut ataupun di darat.
Hakikatnya, mereka itu adalah pendusta semata-mata.
Sejarah perbuatan pesenjataan ini amat penting di dalam konteks sejarah bangsa nusantara keseluruhan, ini adalah salah satu daripada testimoni bahawa bangsa di Alam Melayu ini sudah pun ciptakan senjata-senjata hebat sebelum bangsa Eropah menjajah. "Sejarah persejataan milik nusantara melalui salasila atau tarsila Sulu".
Mungkin ramai yang akan tertanya-tanya kenapa sejarah Sulu harus di ketengahkan, sedangkan Melaka telah pun mendahului dan lebih hebat dari Sulu.
Kesultanan-kesultanan di Alam Melayu ini pernah hebat atas dasar agama dan persaudaraan yang cukup erat. Simpadan (perbatasan) yang luas tanpa sekatan, malah pelabuhan-pelabuhan di setiap negeri-negeri Melayu dikunjungi oleh bangsa-bangsa lain untuk berdagang selain dari bangsa nusantara sendiri yang sememangnya adalah satu tradisi mereka “Bangsa Melayu “ merantau ke negeri-negeri Melayu yang lain.
Setiap kesultanan-kesultanan di Alam Melayu ini pernah bersama-sama menghadapi rintangan dari penjajahan bangsa Eropah, catatan sejarah Bangsa Melayu haruslah dikaji disetiap negeri-negeri yang terdapat di Alam Melayu ini. Ini sangat penting, kerana setiap negeri itu ada catatan peristiwa lama pada zaman penjajahan bangsa Eropah, maka serba sedikit tentang sejarah Sulu kita harus ketengahkan.
Ketika Sepanyol berjaya menawan Pulau Visayas, Sepanyol telah mendapati kapal-kapal atau (adjung dalam bahasa Sulu) milik Kesultanan Sulu, lebih pantas turut dilengkapi dengan senjata-senjata pemusnah, seperti lantaka yang bersaiz kecil dan juga yang bersaiz besar, berbanding milik mereka yang hanya bersaiz besar tapi tidak mempunyai kelajuan yang mencukupi mengejar kapal-kapal perompak laut seperti yang mereka dakwa.
Ketika Sepanyol menjejakan kaki ke Manila selepas berjaya menakluk kepulauan Visayas, mereka agak terperanjat apabila mereka mendapati meriam-meriam besar di Kota Raja Sulayman di Manila lebih besar daripada yang mereka bawa dari Sepanyol pada tahun 1570. Ini membuktikan kerajaan-kerajaan di nusantara ini sudah pun mendahului eropah dari segi teknologi peperangan.
Dalam catatan sejarah Filipina khususnya salasila Sulu menyatakan Panday Pira (1488-1576), adalah tukang besi yang paling handal dan terkenal pada zaman itu, beliau adalah orang Islam yang berasal dari Kepulauan Sulu, beliau mula berhijrah ke Manila pada tahun 1508 untuk berkhidmat kepada Raja Sulayman atas permintaan Raja Sulayman sendiri kepada Sultan Sulu.
Meriam-meriam sama ada yang bersaiz kecil mahupun yang bersaiz besar adalah ciptaan Panday Pira sendiri, ciptaanya amat lah mengagumkan. Dalam salasilah Sulu juga menyebut, pada tahun 1390 Raja Baginda, yang merupakan seorang Bangsawan Minangkabau telah membawa beberapa jenis senjata, termasuk meriam-meriam dari Sumatera, dikatakan ada yang bersaiz kecil dan juga ada yang besaiz besar.
Panday Pira selaku tukang besi yang sangat handal dalam penciptaan dan pertukangan segala jenis senjata, telah merubah saiz dan juga telah memperbaiki kualiti meriam-meriam ciptaan dari Sumatera itu, bahkan Panday Pira telah mencipta meriam-meriam yang cukup besar seperti yang Sepanyol telah saksikan di Kota Raja Sulayman.
Ini terbukti apabila Sepanyol setiap kali menyerbu Ibu Kota Kesultanan Sulu sering sahaja gagal, bahkan terpaksa berundur apabila kapal-kapal armada mereka tidak dapat bertahan dari bedilan-bedilan meriam-meriam yang bersaiz besar yang terdapat di tembok kota pertahanan Kesultanan Sulu.
Ini adalah antara satu bukti bangsa nusantara dan Kesultanan-kesultanan di Alam Melayu sudah ada senjata yang hebat sebelum kedatangan bangsa Eropah. Bagaimana Kesultanan Sulu boleh bertahan dari serangan armada Sepanyol sekiranya tiada pertahanan dan senjata yang hebat.
Bagaimana pula Kesultanan Melaka yang begitu masyur di zamanya boleh ditawan dalam masa yang singkat, adakah Sultan-sultan Melaka tidak pernah terfikir akan pertahanan kerajaanya, harus diakui Kesultanan Melaka adalah salah satu dari Kesultanan Islam terkuat di zamanya.
Adakah pengasas Kesultanan Melaka, Parameswara datang ke Melaka dengan tangan kosong macam itu sahaja, berbanding dengan Raja Baginda Minangkabau datang ke Sulu siap membawa bermacam jenis senjata, ini perlu kajian yang mendalam, kerana Parameswara dalam catatan sejarah adalah waris Sri Wijaya.
Persamaan Dua Tokoh Pengasas Kesultanan yang masyur:
Dalam salasilah Sulu dikatakan, selepas kejatuhan Sri Wijaya, Raja Baginda dengan pengikut-pengikutnya dari Palembang telah belayar ke Sulu, dikatakan Laut Sulu dihujani dengan begitu banyak kapal-kapal pengiring Raja Baginda. Adakah Raja Baginda ini orang biasa di dalam istana empayar Sri Wijaya?
Kenapa perlu ramai pengiring?
Kenapa armada Majapahit menyusul dan menyerbu Sulu?
Pengkaji Melayu harus lah kaji akan peritiwa yang sangat penting ini, kerana Raja Baginda itu bukan lah nama semata-mata, tetapi gelaran atau pangkat. Sejarah Melayu melalui Sulu kurang yang ambil tahu, berkemungkinan keterpisahan pulau itu dari negeri-negeri Melayu yang lain, tetapi pulau itu masih menyimpan banyak rahsia dan rezab sejarah Bangsa Melayu yang belum dikaji oleh pihak Malaysia mahupun Indonesia, Filipina dikecualikan.
_____________________________
Disalin dari: Postingan Trig Parpatiah Bodi Chaniago
di Grup: Silaturahim Niniak Mamak
tanggal terbit: 11 September 2019

- “Parameswara melarikan diri ke semanajung seiring dengan runtuhnya Empayar Sri Wijaya”
- “Raja Baginda melarikan diri ke Sulu seiring dengan runtuhnya Empayar Sri Wijaya”