Ilustrasi gambar: Orami |
Saidina A'tsamaana Bana
A'faana عثمان بن عفان (Utsman Bin A'fan)
FB Mahamada Al Mahadaya - Al kisah di ceterakan orang yang empunya cetera ini apabila wafatlah Amir Al Mukminin Umar maka segala laskar yang di suruhkan baginda Umar menyerangkan negeri kafir itu pun
semuanya kembali sekelian itu berhimpun ke Madinah. Tatkala itu seorang pun belum lagi menjadi Khalifah. Adapun tatkala baginda Umar menjadi Khalifah sepuluh (10) tahun lamanya maka baginda Umar pun wafatlah.
Maka peninggal baginda Umar itu enam bulan lamanya negeri Madinah itu terhantar tiada beraja melainkan sedia kala segala laskar berhimpun-himpun pada antara dua kaum itu berbantah ia. Sekelian kata kaum Bani Hasyim di kehendaki baginda Ali menjadi Khalifah maka segala kaum Bani Amir di kehendaki akan baginda Utsman menjadi Khalifah.
Mufakat Memilih Khalifah
Maka pada suatu hari berhimpunlah segala sahabat yang besar-besar dan orang kaya-kaya di dalam negeri Madinah duduk pada suatu tempat berbicaralah akan pekerjaan itu. Maka di dalam antara orang banyak itu dan orang yang besar-besar itu salah seorang hendaklah di jadikan raja.
Maka tatkala itu Umar Khasha jadi qadhi di dalam negeri Madinah itu. Maka kata segala sahabat yang besar-besar kepada Umar Khasha “Segeralah tuan hamba bicara supaya kita jadikan Khalifah ini”.
Maka sahut Umar Khasha “Kerana empat (4) orang yang besar-besar lagi tinggal. Pertama baginda Ali dan baginda Utsman ketiga, baginda A’bas, keempat A’bada Al Rahamana. Adapun tatkala itu Nabi Allah wafat Abu Bakar jadi Khalifah. Setelah Abu Bakar wafat baginda Umar jadi Khalifah seorang pun tiada dapat pada antara itu melalui katanya. Maka ini sekarang tuan hambalah keempat salah seorang dapatlah menjadi Khalifah. Tuan-tuan sekelian bicarakanlah supaya-supaya yang patut menjadi Khalifah dalam negeri ini tiada beraja tiadalah sempurna ikrar sekelian bala tentera di dalam negeri ini menjadi sunyilah”.
Setelah di dengar sekelian sahabat kata Umar Khasha demikian itu maka baginda A’bas pun berkata “Bahawa kami berkehendak Ali abana Abi Thalib menjadi Khalifah”. Maka kata A’bada Al Rahamana dan Muawiyah “Kaum Bani Amir kami kehendaki akan Utsman abana A’fana menjadi Khalifah”.
Setelah di dengar Umar Khasha kedua kaum itu jadi berbantah maka kata Umar Khasha kepada baginda Utsman dan baginda Ali “Adapun pekerjaan ini bicarakanlah oleh tuan-tuan, apa kedua salah seorang tuan hamba kedualah menjadi Khalifah ini”.
Maka baginda Utsman tiada menyahut kata, maka kata baginda Ali “Hambalah yang sebenar-benarnya, tetapi hamba tiada mahu menjadi Khalifah. Adapun niat hamba ini hendak menunggu zirat Nabi Allah. Jika hamba duduk menjadi Khalifah, nescaya lengalah hamba daripada menyuruhkan orang berbuat baik dan menegahkan orang berbuat jahat.
Juga takut hamba daripada pekerjaan itu kalau jadi bersalahan. Nescaya pada hari kiamat, terhantar hamba di dalam neraka, takut hamba dan perjanjian hamba tiada dapat hamba keluar. Adapun yang menjadi Khalifah itu barang siapa tiada adil, dan murah, dan periksa akan segala rakyat bala nescaya pada Yawama Al Maa’shara terhantar di dalam neraka, takut daripada janjinya, tiada di lepas bukan mudah orang menjadi Khalifah itu”.
Setelah demikian maka sekelian orang pun berkata kepada baginda Utsman “Tuan hamba jadi Khalifah”
Maka kata baginda Utsman “Bahawa baginda Ali juga yang sebenarnya menjadi Khalifah ini”.
Maka kata Umar Khasha pada segala sahabat “Adapun pada hari ini kembalilah kita nan sekelian esok harilah kita bicarakan pekerjaan ini” maka sekelian mereka itu pun habislah pulang, seorang pun tiada tinggal kerana belum tentu jadi Khalifah ini, masing-masing pun kembalilah ke rumahnya.
Maka baginda A’bas dan kaum Bani Hasyim pun berkata “Amir Al Mukminin Ali bahawa akan Khalifah ini
berkenanlah hamba kepada tuan hamba. Jikalau tuan hamba tiada mahu jadi Khalifah nescaya tuan hamba perkenankanlah barang siapa jadi Khalifah jangan taksir”.
Bermula daripada sebelah kaum Bani Amir A’bada Al Rahamana dan Abu Qalah dan Mua’wiyah datang kepada baginda Utsman seraya berkata “Ya Utsman, jika tiada tuan hamba mahu menjadi Khalifah ini nescaya di lakukannyalah barang kehendaknya atas kita sekelian ini. Sedang ini lagi ia keras pada masa itu menyesal pun tiada apa gunanya lagi”.
Setelah baginda Utsman mendengar kata sekelian mereka itu maka baginda Utsman pun redhalah akan menjadi Khalifah itu. Maka Mua’wiyah pun datang kepada Umar Khasha seraya berkata “Ya Umar Khasha, Utsmanlah menjadi Khalifah nescaya tuan hamba menjadi penghulu besar. Jika Khalifah ini pada Ali nescaya kaum Bani Hasyim besar dan keraslah ia daripada kita sekelian.
Baiklah tuan hamba bicarakan dan kirakan oleh tuan hamba pada antara itu banyak orang suka kepada baginda Utsman juga menjadi Khalifah. Maka tuan hamba katakanan dengan kata ini kepada Utsmanlah perkenankan nescaya tuan hambalah menjadi penghulu memegang negeri”.
Maka kata Umar Khasha berkata kepada Mua’wiyah “Baiklah hamba pergi kepada Amir Al Mukminin Ali”. Setelah datanglah Umar Khasha kepada baginda Ali, katanya “Hamba datang ini akan pekerjaan Khalifah ini tak dapat orang lain menentukan”. Maka di permuliakan oleh baginda Ali katanya “Duduklah tuan hamba”.
Maka kata Umar Khasha “Sekelian orang banyak tiada boleh di tentukan, hamba mengatakan kata itu kerana Khalifah ini kepada tuan hambalah. Selagipun harusnyalah tuan hamba menjadi Khalifah”. Maka kata baginda A’bas kepada Ali “Khalifah ini ambillah oleh tuan hamba supaya kami tentukan tuan hamba jadi Khalifah”.
Maka tatkala baginda A’bas berkata-kata maka Umar Khasha pun datanglah kepada Ali “Adapun tuan hamba sudah berkata di hadapan orang banyak tiada mahu menjadi Khalifah ini. Sekarang tuan hamba hendak menjadi Khalifah pula tiada baik jadi kemaluanlah tuan hamba. Adapun Nabi Allah tatkala wafat maka cincin Khalifah itu di berikan pada Abu Bakar. Tatkala Abu Bakar wafat cincin Khalifah itu di berikan kepada baginda Umar.
Adapun di suruh hamba mari beri cincin itu di hadapan orang banyak. Pertama-tama dahulu hamba berikan kepada tuan hamba hendaklah tuan hamba berikan seperti kata tuan hamba yang dahulu itu juga katakan supaya jangan tuan hamba datang kecil hati kemudian hari. Maka tuan hamba berikan pada Usman nescaya itupun tiada mahu mengambil cincin itu mana perintahkanlah”.
Setelah sudah ia berkata dengan baginda Ali maka ia pun kembalilah datang kepada baginda Utsman, di dapatinya Mua’wiyah duduk bersama-sama dengan baginda Utsman. Maka Umar Khasha pun datang seraya berkata “Ya Utsman, esok harilah cincin Khalifah itu bawa mari oleh tuan hamba dengan hukum orang banyak. Maka Ali mengambil cincin itu berikan tuan hamba maka tuan hamba masukkan pada jari tuan hamba”.
Seraya berkata “Jikalau tiada tuan hamba mengambil cincin itu nescaya negeri Madinah ini tiada beraja sebab cincin Khalifah ini hamba ambil dia akan jadi kebajikan juga. Sekarang ini di dalam negeri ini pun jadi huru haralah, demikianlah kehendak hamba maka kata tuan hamba itu di hadapan orang banyak”. Setelah sudah Umar Khasha berkata kepada baginda Utsman maka iapun kembalilah ke rumahnya.
Setelah keesokkan harinya maka berhimpunlah segala sahabat dan khalayak sekelian pada suatu tempat hendak menjadikan baginda Usman Khalifah. Maka cincin Khalifah itupun di bawa Umar Khasha di berikan kepada Amir Al Mukminin Ali. Maka ia tiada mahu mengambil cincin itu maka Umar Khasha berkata “Tiadalah mahu tuan hamba menjadi Khalifah maka tuan hamba tiada mahu bercincin ini. Adapun antara tuan hamba kedua ini jika seorang pun tiada mahu jadi Khalifah di dalam negeri ini tetap harus pada tuan hamba”.
Setelah di dengar Utsman kata Umar Khasha demikian itu maka baginda Utsman berkata “Bawalah cincin itu kemari. Adapun jika hamba tiada mahu jadi Khalifah nescaya negeri Madinah ini tiada beraja tiadalah kebajikan segala rakyat di dalam negeri ini”. Maka di ambil baginda Utsman cincin itu lalu di masukkan kepada jarinya maka segala kaum Bani Hasyim pun dukacitalah.
Maka segala kaum Bani Amir pun bersoraklah dengan sukacitanya berapa emas dan perak di dermakan fakir dan miskin oleh Amir Al Mukminin Utsman. maka segala sahabat itupun bangkitlah seraya berkata “Di beri Allah Taa’ala kebajikan akan kita ini”. Adapun segala kaum Bani Hasyim sekelian mereka itu dengan bercinta maka kata baginda Ali “Apa tuan-tuan sekelian bercintakan pekerjaan dunia ini. Daripada ini ada lagi akan huru hara dan belakang tuan-tuan itu barang siapa hendak nescaya di lihatnya."
Utsman menjadi Khalifah
Al kisah kata yang empunya cetera ini apabila Amir Al Mukminin Utsman jadi Khalifah. Maka daripada segala keluarganya di jadikan penghulu memegang negeri Sham dan Mesir, maka kedua mereka itupun diamlah ia di sana. Maka Mua’wiyah dengan segala keluarganya di jadikan penghulu pada segala negeri yang di takluk oleh Amir Al Mukminin Umar sekelian di masukkan agama Asaalam. Bermula pada zaman itu mahsyurlah agama Asalaam sebab kerajaan baginda Umar radhiya Allah a’naha.
Tatkala itu diceterakan oleh orang yang empunya cetera ini bahawa Marwan Hakim yang di keluarkan Nabi Allah dan di perjauhkan baginda Abu Bakar dan Umar dari benua Madinah. Pada masa baginda Utsman menjadi Khalifah, maka Marwan Hakim pun berkirim surat kepada baginda Usman hendak masuk ke Madinah kerana ia dikeluarkan Nabi Allah sebab berbantah dengan Muhamad anak Abu Bakar. Sekarang baginda Utsman menjadi Khalifah maka iapun menyuruh orang mengadap baginda Utsman ia hendak masuk ke Madinah, maka di benarkan baginda Utsman Marwan Hakim hendak masuk ke Madinah.
Maka di ceterakan orang yang empunya cetera ini tatkala hari Jumaat Amir Al Mukminin Utsman naik mimbar berdiri pada tempat Nabi Allah membaca khubah di sanalah ia berdiri membaca khutbah. Maka segala Arab pun hairanlah akan Utsman maka kata segala mereka itu “Adapun tempat Nabi Allah berdiri di sanalah ia berdiri.
Setelah sudah Nabi Allah wafat maka Abu Bakar jadi Khalifah maka ia berdiri pada pangkat yang di bawah
itu membaca khutbah. Setelah sudah Abu Bakar wafat maka baginda Umar jadi Khalifah maka ia berdiri pada yang di bawah Abu Bakar itu. Maka Amir Al Mukminin Utsman menjadi Khalifah maka ia berdiri pada pangkat yang junjungan membaca khutbah di sanalah ia berdiri pada tempat kejejakan Nabi Allah”.
Maka kata baginda Utsman “Kata tuan-tuan itu sekelian aku ketahuilah kata yang jahat di katakan. Jika tiada yang sebenarnya mana hukum tuan-tuan apa sekelian hukumkanlah akan hamba dengan hukum Allah Taa’ala” maka segala mereka itu pun berdiam dirilah. Maka kata baginda Utsman “Adapun mimbar itu tiga pangkat juga. Dua pangkat itu Abu Bakar berdiri membaca khutbah. Ketiga pangkat baginda Umar berdiri membaca khutbah.
Kehendak tuan-tuan sekelian itu suruh hamba berdiri di tanah sebab itulah maka tiada aku mahu kerana tiada sama dengan orang banyak lakunya melainkan aku berdiri pada pangkat yang di atas. Aku membaca khutbah ini pun kerana aku mendirikan agama Asalaam dan syariat Nabi Allah juga. Itulah yang kuturut dan aku kerjakan maka sebab itulah aku berdiri pada kejejakan Nabi Allah di sanalah aku pada pangkat yang di atas aku membaca khutbah”.
Kelaparan dimasa Utsman
Adapun di ceterakan orang yang empunya cetera ini tatkala baginda Utsman menjadi Khalifah itu terlalu sangat mahal segala makanan, kelaparanlah masing-masing. Maka ada seorang membawa kambing kepada Nabi Allah berapa ekor maka katanya “Ya Nabi Allah, inilah kambing hamba bawa kepada tuan hamba bahagikanlah ya Nabi Allah ada segala darwis”.
Maka ada seekor kambing kurus dengan kudilnya seorang pun tiada mahu akan dia maka datang seorang fakir di pintanya kambing itu pada Nabi Allah. Tatkala akan di beri Nabi Allah kambing itu maka di sapu Nabi Allah belakang kambing itu. Maka sabda Nabi Allah “Ya Tuhanku, berpuluh-puluh beranak kambing ini dengan berkata Nabi Allah”. Maka kambing kurus itupun menjadi tambunlah dan kudilnya itupun habis hilang maka fakir itupun kembalilah membawa kambingnya itu maka di peliharakannya.
Hataya berapa lamanya kambing itu pun beranaklah setelah menurut-nurut beranak, kemudian daripada itu maka beranak pula anaknya itu, demikian juga ia beranak. Setelah berapa lamanya banyaklah kambing itu maka ia duduk di sisi masjid maka ia pergi keluar negeri berbuat rumah sedia kala fakir itu, di sanalah ia duduk sejumaat sekali ia pergi sembahyang serta jemaah yang banyak.
Setelah daripada sehari kepada sehari berpuluh-puluh kambingnya beranak maka ia pergi kepada pihak bukit di sanalah ia diam. Kemudian sebulan sekali ia masuk ke masjid sembahyang serta jemaah maka makin bertambah-tambah banyak kambingnya maka setahun sekali ia masuk ke negeri sembahyang hari raya.
Setelah sudah ia sembahyang maka ia kembali ke rumahnya maka datang tahun yang lain maka di suruhkan baginda Usman pinta zakat. Maka datang orang pinta kepada fakir itu maka katanya “Hai fakir hak Allah berilah kambingmu itu”
Maka kata fakir “Hak Allah apa kamu pintakan kepada aku. Adapun kambing di beri Nabi Allah berapa ekor
kambing tuan pinta hak Allah kepada aku”.
Maka kata orang itu “Zakat itupun dengan firman Allah Taa’ala di dalam Qaraana [Qur'an] Al Shalawata Wa Yawatawa Al Zakaata semuanya telah di tentukan Allah Taa’ala. Jika ada harta kamu dua ratus (200) keluarkan hak Allah ertinya harta Allah hendaklah kamu berikan jika empat puluh (40) kambingmu itu seekor engkau berikan hak Allah”.
Telah fakir itu mendengar kata orang itu maka mukanya pun masamlah, maka ia pergi mengambil kambing yang kurus serta dengan kudilnya. Maka tiada ia mahu mengambil kerana tiada dengan sepertinya zakat itupun firman Allah Taa’laya di dalam Qaraana. Maka kata fakir itu “Aku pun di beri Nabi Allah seekor kambing kurus juga dengan kudilnya tiada lebih daripada kambingku ini. Berapakah kamu kehendak kambing pada aku”.
Maka fakir itupun keluar hawa halaba tamaknya fakir itu, bersalahan sedikit daripada celaka harta dunia di dalam tangannya. Demikianlah di kata akan orang pada zaman Nabi Allah tiada mengambil zakat kambing. Kemudian pada zaman baginda Abu Bakar dan Umar menjadi Khalifah tiada di ambilnya zakat kambing.
Pada masa baginda Utsman jadi Khalifah pada masa itu segala darwis di benua Arab terlalu sangat kelaparan. Maka kambing hak Allah daripada fakir itupun di ambil berapa ekor kambing yang kurus lagi dengan kudilnya. Maka di beri kepada orang yang di suruh baginda Utsman pinta zakat kambing itu maka di bawanya kepada segala darwis.
Maka segala Arab itupun berkata kepada baginda Utsman “Hai Utsman, pada zaman Nabi Allah dan Abu Bakar dan Umar jadi Khalifah tiada ia mahu mengambil zakat kambing pada fakir itu kerana baginda Abu Bakar dan baginda Umar sahabat Nabi Allah yag tuha [tua] lagi besar-besar daripada tuan hamba lagi tiada ia mahu mengambil zakat kambing pada fakir. Mengapa pada zaman tuan hamba ini mengambil zakat kambing daripadanya”.
Maka sahut Utsman “Tatkala pada zaman Nabi Allah terlalu murah segala makanan. Bermula segala darwis pun tiada hal. Adapun sekarang ini terlalu sangat kelaparan kambing yang kurus itupun menjadi tambunlah pada penglihatan terlebih daripada kambing yang tambun pada hatinya”.
Bermula kata itupun di bangkitkan oleh segala Arab itu “Seperti Marwan Hakim yang di keluarkan Nabi Allah dan di perjauhkan oleh Abu Bakar dan Umar dari Madinah ini sekarang, dengan kehendak tuan hamba ia masuk ke Madinah ini”.
Maka sahut baginda Utsman “Adapun Marwan Hakim itu daripada keluarga hamba maka ia hendak berjumpa dengan hamba. Akan sekarang ini ia sendiri datang dengan sukanya maka ia ini tiada dapat hamba mengeluarkan dia”.
Adapun akan baginda Utsman berkehendak akan orang yang tahu bekerja kerana Marwan Hakim itu tahu memerintahkan kerja Khalifah itu, kerana banyak negeri ia duduk biasa kerja Khalifah itu akan dia. Maka baginda Utsman pun senantiasa dia berbuat kebaktian kepada Allah Taa’ala sedia kala membaca Qaraana juga.
Tipu Muslihat Marwan Hakim
Bermula Khalifah itu diserahkan kepada Marwan Hakim. Di ceterakan oleh orang yang empunya cetera setelah datang kepada dua belas (12) tahun Amir Al Mukminin Utsman menjadi Khalifah maka orang Mesir dan orang Sham pun datanglah mengadap penghulunya. Maka kata baginda Utsman “Apa kehendak penghulu mari pada hamba ini”.
Maka kata orang Mesir “Jikalau di beri Amir Al Mukminin, kami kehendaki Muhamad anak Abu Bakar akan penghulu kami”. Maka kata baginda Utsman “Jika demikian ambillah Muhamad iu jadikan mahkota kamu. Kuserahkanlah kepada kamu sekelian orang Mesir suruh katakanan bahawa yang kamu kehendak akan penghulu kamu itu sudah di berikan Amir Al Mukminin Utsman”.
Adapun tatkala itu Marwan Hakim di jadikan penghulu memegang negeri di bawah Utsman. Maka kata Marwan Hakim di dalam hatinya “Dapatlah aku sekali ini mengadakan fitnah, maka dengan sebab ialah aku di keluarkan Nabi Allah dari benua Madinah ini”.
Maka Marwan Hakim pun membuat suatu surat demikian bunyinya di dalam surat itu “Hai segala kamu orang Mesir dan Sham, apabila suratku di bawa orang tunjukkan kepada kamu sekelian maka Muhamad abana Abu Bakar menjadi raja Mesir. Barang katanya jangan kamu turut dan jangan kamu beri jadi raja Mesir kerana Khalifah itu akan aku juga.
Apabila sudah kamu baca surat aku ini maka kamu tangkaplah Muhamad anak Abu Bakar itu bunuh buang. Kepalanya kamu sekelian hantarkan kepada aku”. Setelah sudah surat itu maka Marwan Hakum pun menurunkan materai pada surat itu dengan cincin Khalifah.
Adapun cincin Khalifah itu pada tangan baginda Utsman. Sekali persetua Amir Al Mukminin Utsman pergi membuangkan air seni maka cincin Khalifah itu di hantarkan di atas tabak. Maka kata Utsman “”Hai Karama Katibin, malu aku akan engkau sehingga berjanjilah aku dengan engkau segala pekerjaanku ini. Jangan engkau beroleh kecelaan hendaklah hari ini suratkan olehmu” demikianlah Amir Al Mukminin Usman memeliharakan dirinya. Setelah sudah ia berkata-kata demikian itu maka baginda Utsman pun pergi membuangkan air seni.
Apabila di lihat Marwan Hakim cincin materai di atas tabak itu maka di ambil oleh Marwan Hakim cincin itu lalu di materainya kepada surat itu. Maka di berinya pada seorang-seorang berkuda serta di pesannya akan orang itu demikian katanya “Bawalah surat aku ini dahulu sampaikan daripada orang yang membawa Muhamad anak Abu Bakar itu”.
Setelah sudah Marwan Hakim berpesan kepada orang itu “Jangan engkau berjalan lambat dan jangan engkau berjumpa dengan orang yang banyak itu. Hendaklah engkau jangan di lihat orang itu”. Hataya maka berjalanlah orang yang membawa surat Marwan Hakim itu maka terlalu pantas ia berjalan memacu kudanya hendak dahulu daripada orang Mesir itu.
Bermula Muhamad anak Abu Bakar pun berjalanlah serta orang Mesir itu ada tiga belas (13) hari lamanya maka iapun sampailah ke padang negeri Sham. Maka Muhamad anak Abu Bakar pun berhentilah di sana dengan orang banyak itu maka ada orang-orang muda pergi berburu ke hutan.
Maka ia melihat orang berkuda lalu di tepi hutan maka iapun segera kembali memberi tahu kepada Muhamad anak Abu Bakar. Maka ujarnya “Ya Muhamad,q hamba lihat ada seorang-orang muda berkuda lalu di seruhan. Maka di pacu kudanya terlalu pantas tiada hamba ketahui akan dia itu dari mana-mana datangnya”.
Setelah Muhamad anak Abu Bakar mendengar kata orang itu maka di suruhnya dua orang berkuda pergi mendapatkan orang itu. Maka kata Muhamad anak Abu Bakar “Ikat tangkap orang itu, bawa kemari kepada aku. Jikalau ia melawan bunuh buang. Jika tiada melawan bawa dengan hidupnya kemari” demikianlah kata Muhamad itu.
Maka orang kedua itupun pergilah panggil orang berkuda itu. Setelah sampai maka kata “Hai orang muda,
dari mana mika datang”. Maka orang muda itupun hendak melawan lakunya maka di tangkap orang kedua itu lalu di bawanya kepada Muhamad anak Abu Bakar.
Maka kata Muhamad “Hai orang muda, dari mana datang engkau”
Maka ujarnya “Hamba ini hendak pergi ke benua Mesir”.
Maka kata Muhamad “Apa namamu dan siapa menyuruh engkau”
Maka kata orang muda itu “Siapa pun tiada menyuruh hamba”. Maka banyak perkataannya bersalahan maka di suruh Muhamad tampar kejuh.
Maka sahutnya “Ada suatu surat alamat daripada Amir Al Mukminin Utsman di suruh Marwan Hakim hamba bawa ke benua Mesir” lalu di unjukkan surat itu kepada Muhamad maka di bukanya lalu di bacanya.
Setelah sudah maka kata Muhamad anak Abu Bakar “Mengapa Amir Al Mukminin Utsman menyuruh yang demikian ini”. Maka Muhamad pun berjalanlah kembali ke Madinah membawa surat itu.
Bermula pada segala negeri di jalan itu banyak keluarganya daripada pihak anak cucu baginda Abu Bakar semuanya datang mendapatkan Muhamad anak Abu Bakar. Maka di baca oleh Muhamad surat itu di hadapan segala mereka itu dan khalayak sekelian maka sekeliannya pun hairanlah hatinya mendengar bunyi surat itu.
Maka kata sekelian mereka itu “Sekarang apa bicara Muhamad”
Maka kata Muhamad “Jika tuan hamba sekelian mahu serta dengan hamba ke Madinah supaya dapat hamba membalas kehendak Utsman itu menyuruh membunuh hamba itu”. Maka berhimpunlah pada sehari itu kira-kira selaksa orang serta dengan Muhamad orang berkuda dan berjalan di tanah tiada terbilang.
Setelah sudah berhimpun maka Muhamad pun masuklah ke Madinah maka di baca surat itu di hadapan segala khalayak sekelian dengan nyaring suaranya demikian bunyinya “Hai kamu orang Mesir dan Sham, bahawa Muhamad anak Abu Bakar membawa surat firmanku itu sampaikan oleh kamu akan ganti aku jadi Khalifah.
Adapun jika ia datang ke benua Mesir bunuh oleh kamu dan kepalanya hantarkan kepada aku. Adapun yang
memegang negeri Mesir itu kami juga”. Setelah kaum Bani Hasyim mendengar bunyi surat itu maka sekelian mereka itu pun terlalu marahnya akan baginda Utsman maka muafakatlah ia sekelian dengan Muhamad anak Abu Bakar itu.
Maka orang Arab pun berhimpunlah hendak mendapatkan kampong baginda Utsman pada sehari itu jadi huru haralah di dalam negeri Madinah itu. Maka tatkala itu baginda Ali lagi tunggu di dalam mihrab Nabi Allah pada bulan Ramadhan maka segala sahabat itupun datang kepada baginda Ali memberi tahu segala orang itu jadi huru hara di dalam negeri itu. “Pergilah tuan hamba ke rumah Utsman itu kalau-kalau baginda Utsman itu di bunuhnya oleh mereka itu”.
Adapun baginda Ali tiada mahu keluar pada ketika itu sebab dua (2) perkara wasiat Nabi Allah “Jika datang ghalabah haru hara jangan engkau keluar ya Ali, pada sehari itu fitnah besar akan datang pada segala Asalaam” sebab itulah maka baginda Ali tiada mahu keluar. Maka di suruhkan baginda Ali Hasan dan Husin “Pergilah engkau dapatkan mereka itu” maka Hasan dan Husin pun pergilah menunggu kampong baginda Utsman itu.
Kematian Utsman
Arakian maka datanglah laskar Muhamad anak Abu Bakar ke pintu kampong baginda Usman. Maka kata segala mereka itu “Adapun akan Amir Al Mukminin Utsman telah berpalinglah ia daripada agama Nabi Allah. Sebab itulah maka kami hendak bunuh akan dia. Sekarang ini segala perkara dan daripada Utsman itulah datangnya.
Pertama-tama pada tempat kejejakan Nabi Allah membaca khutbah di sanalah ia berdiri. Bermula zakat kambing daripada fakir itupun di ambilkan dan Marwan Hakim yang di keluarkan Nabi Allah dan di perjauhkan Abu Bakar dan Umar itupun di terima oleh Utsman maka ia masuk ke Madinah”.
Setelah sudah mereka itu berkata maka segala rakyat itu pun datanglah mengunuskan pedangnya dan menghelakan pendahannya. Ada yang memegang kayu akan memukul, ada yang membawa batu akan melontar serta dengan amarahnya.
Maka ghalabahlah di dalam negeri itu terlalu banyak mereka itu datang hendak membunuh baginda Utsman. Adapun yang serta baginda Utsman itu hanyalah empat ratus (400) sahayanya tebusan sekelian mereka itu ada hadir memegang panah naik ke atas pagarnya. Maka orang empat ratus (400) itu pun memanah dengan anak panahnya pada laskar Arab-arab pun tiada dapat hampir.
Maka kata baginda Utsman kepada segala sahayanya “Jangan engkau melawan dan memanah laskar Arab itu. Hai segala kamu barang siapa kamu membuangkan senjata daripada tangan kamu sekelian aku merdekakan sekelian”. Setelah di dengar oleh mereka itu kata Amir Al Mukminin Usman itu maka sekeliannya membuangkan senjata dan panah daripada tangannya tiadalah ia mahu memanah lagi. Maka kata orang keempat ratus sahayanya itu “Di merdekakan oleh baginda Utsman”.
Adapun di ceterakan oleh orang yang empunya cetera ini pada malam itu Amir Al Mukminin Usman tidur maka iapun bermimpi melihat Nabi Allah dan Abu Bakar dan Umar radhiya Allah a’naha. Dan di lihat baginda Usman suatu tabak berisi terhantar di hadapan Nabi Allah.
Maka Nabi Allah pun membuka hidangan itu maka di ambil Nabi Allah buah-buahan itu di hantarkan ke hadapan Abu Bakar dan Umar suatu gandum yang tinggal lagi itu akan baginda Utsman esok hari ia akan datang inilah bahagiannya. Hataya maka baginda Utsman pun terkejut daripada tidurnya setelah datang pada ketika waktu subuh maka baginda Utsman pun sembahyang subuh.
Setelah sudah maka Amir Al Mukminin Utsman pun duduk di atas mashalahnya membaca Qaraana. Adapun
baginda Utsman dengan mimpinya itulah memandang tempat kecelaannya di lihat pekerjaan pada suatu kaul empat belas (14) tahun pada suatu kaul sebelas tahun (11). Maka kata ahli Al Sanata Wa Al Jamaa’ta kaul yang shaleh dua belas (12) tahun ia menjadi Khalifah.
Maka pada hari itu sekelian laskar Arab pun datanglah menjadi huru haralah berbantah dengan Hasan dan Husin. Maka kata segala Arab “Hai raja kami kedua, enyahlah tuan hamba daripada hadapan kami sekelian supaya kami masuk ke rumah Utsman membunuh dia kerana ia berpaling daripada agama Asalaam”.
Maka kata Amir Hasan dan Husin “Jika ada kami dua bersaudara di sini janganlah kamu mengatakan kata yang tiada berketahuan akan pada baginda Utsman ia berpaling daripada agama junjungan kita”. Sungguhpun demikian kata Hasan dan Husin tiada juga di bilangkan oleh mereka itu hendak masuk juga ke rumah Utsman hendak membunuh Utsman.
Maka kata Hasan dan Husin “Jikalau kami dua bersaudara lagi hidup seorang pun tiada aku beri masuk ke rumah Utsman”. Setelah di dengar oleh mereka itu kata Hasan dan Husin demikian itu maka laskar itupun tiada berani membuka pintu kampong Utsman. Maka segala Arab pun pergilah ke balik rumah Utsman maka di belahnya pintu rumah baginda Utsman.
Maka segala mereka itu pun masuklah ke dalam rumah baginda Utsman, di dapatinya baginda Utsman lagi membaca Qaraana datang pada ayat Fasayaka Faya Kahama Allah Wa Hawa Al Samayaa’ Al A’zhayama Fadalkan kaanaha Allah bahawa ia mendengar dan mengetahui.
Maka di tikamnya akan baginda Utsman oleh mereka itu dengan sekali tembuslah. Maka darah Utsman pun habislah berhamburan kepada Qaraana. Sebab inilah maka terhantarlah datang sekarang ini maka barang siapa menurut Qaraana pada segala ayat di surat dengan dakwat merah tanda pahala Utsman syahid ada di perolehnya.
Setelah sudah Amir Al Mukminin Utsman kena tikam dengan sekali itu juga Utsman pun syahidlah Qaalawa
Anaa Lalaha Wa Anaa Alayaha Raajaa’wana. Maka mayat baginda Utsman pun di keluarkan oleh segala Arab itu di hantarkan pada tempat orang membuangkan sampah. Maka kata segala mereka itu “Jangan di tanamkan dia, biarlah terhantar di situ di makan anjing”.
Maka anjing pun menunggu mayat baginda Utsman itu supaya jangan di patuk burung demikianlah. Di ceterakan oleh orang yang empunya cetera ini bahawa tujuh (7) hari tujuh (7) malam mayat Amir Al Mukminin Utsman terhantar suatu kaul yang sah dua belas (12) hari dua belas (12) malam terhantar di peliharakan oleh segala binatang pun tiada berani mematuk mayat baginda Usman itu.
Ali menguburkan Utsman
Maka baginda Ali pun keluarlah daripada zirat Nabi Allah datang dengan percintaannya pada mayat baginda Utsman itu hendak di tanamnya. Maka datanglah segala Arab itu tiada di berinya tanam pada zirat Asalaam. Berapa kali baginda Ali berkata pinta kasih apalah tiada juga di dengarnya oleh mereka itu.
Maka kata Ali “Jika tiada kamu beri aku tanamkan pada zirat ini berilah aku tanamkan di dalam kampungnya”. Datang sekarang pun zirat baginda Usman di sanalah bertemu segala orang naik haji mengunjung Kaa’bata Allah tempat zirat baginda Usman di buangkan oleh segala Arab itu.
Hikayat Muhamad Hanafiah di British Library (BL)
Transliterasi
Jawi ke Rumi oleh Muhamad Al Mahadaya