Korang perasan tak mengapa kebanyakan rumah tradisional melayu semuanya tinggi-tinggi. Tak kiralah rumah Melaka, Rumah Pahang, Rumah Perlis atau mana-mana rumah tradisi, semuanya dibina tinggi dari tanah.[1]Ketinggian Rumah Melayu lama selalunya akan bermula dari batu alas/ batu tapak dimana batu ini bertujuan supaya tiang kayu rumah tidak dimakan anai2 dan mudah kena lembab tanah.[2]
Selepas itu tiang-tiang rumah akan diletakkan diatas alas/tapak dan selepas itu ruang lantai rumah akan dibina tinggi dari tanah sekurang-kurangnya ukuran tinggi badan lelaki (suami). Jadi kalau suami tu tinggi maka tinggilah rumah tu, kalau rendah comel, maka rendah comel lah rumah tu jadinya.[3] Rumah melayu dibina tinggi adalah kerana negara kita mempunyai hawa yang panas dan hujan yang selalu turun dengan lebat.
Rumah Tradisional Melayu dibina demikian kerana memberi laluan atau pengedaran udara dibawah rumah supaya rumah lebih sejuk dimana angin akan masuk melalui celahan lantai kayu.
Rumah Tradisional Melayu yang bertiang tinggi juga dapat mengelak daripada ditenggelami air apabila berlaku banjir. Secara tak lansung menyelamatkan keluarga dan harta benda.
Selain itu keadaan tinggi itu dapat membantu daripada dimasuki binatang liar, maklumlah dulu rumah melayu selalunya kelilingnya ialah hutan.
Malah ada juga sebab rumah melayu ini dibina tinggi adalah untuk keselamatan dari pencuri dan musuh daripada mudah untuk menceroboh masuk. Ada juga cerita yang kalau musuh ada dibawah rumah, tuan rumah boleh curah air panas bagi padan muka dia.
Terakhir sekali, antara sebab yang unik adalah untuk privasi. Bila tinggi sukar sedikit untuk orang lain skodeng / mengintai apa yang dibuat oleh orang dalam rumah. Tapi kalau tengok cerita melayu mesti ada jugak orang yg duk skodeng dari celah lantai tu. Tapi kalau pencuri tu pendek agaknya susah juga dia nak mengintai sebab terpaksa meloncat-loncat.. (hmm korang boleh bayangkan tak? mesti kelakar).
Ada juga kebanyakkan orang akan buat pelantar, letak meja dan kerusi atau stor bawah rumah yang tinggi ni. Kalau rumah atas panas boleh lepak bawah rumah sambil bebudak main guli, akak budak lipat baju, mak budak siang bawang, bapak budak boleh kroh kroh tido..
So geng, tu lah sebabnya ye.. Selamat menambah ilmu.
Facebook kumpulan -BANGSA NUSANTARA JAYA (Sejarah, Peristiwa, Kegemilangan, Senibina & Budaya) & Kisah Sejarah Melayu
Disalin dari kiriman FB Mohd Hakimi
________________
Catatan Kaki oleh Admin:
[1] Ciri rumah melayu ialah berupa rumah panggung, dibuat lebih tinggi sepundak atau ada yang lebih rendah sekitar selutut oranga dewasa. Ada yang dibiarkan kosong melompong pada bagian bawahnya, ada pula yang dijadikan sebagai gudang, kandang ternak, atau lumbung padi. Pada beberapa rumah ada juga yang membuat bilik di bawahnya, dan bermacam-macam kegunaan. Namun ruang bagian bawah tak pernah dijadikan ruang utama, ruang utama tetap terletak di lantai atas. Corak rumah panggung ini berbeda-beda pada setiap puak, inilah yang memperlihatkan ciri khas mereka. Bahkan pada puak tertentu antara satu wilayah dengan wilayah lain berlainan pula bentuk corak rumahnya. Sebagai contoh ialah di Minangkabau yang memiliki banyak corak ragam Rumah Gadang.
[2] Di Minangkabau disebut batu 'sandi'. Gunanya pangkal tiang tidak dimasukkan ke tanah diantaranya ialah agar tiang tidak lapuk, dan apabila terjadi gempa rumah tidak rubuh.
[3] Perihal ukuran tinggi tentulah berbeda cara dan makna pada masing-masing puak Melayu.