Picture: Negeri Malaka |
-Tengku Syafiq
MOVIE REVIEW: The Strategist (2007)
KISAH EPIK PEPERANGAN PORTUGIS DENGAN EMPAYAR GERGASI MELAKA (Malacca Empire)
Mesti ramai orang Malaysia yang tidak pernah tonton filem arahan Noam Murro ini. Pengarah berbangsa yahud1 kelahiran Jerus4l3m ini popular dengan movie box officenya, 300: Rise of an Empire yang diterbitkan pada 2014. Diterbitkan pada 2007, filem ini tidak mendapat sambutan hangat di negara-negara Asia. Namun, filem ini amat menarik untuk kita belajar dan selami sejarah melayu Melaka.
SINOPSIS
Filem ini bermula dengan kisah seorang pemuda miskin(watak utama) bernama JosƩ Santos yang genius, patriotik dan berimpian besar untuk berkhidmat di bawah idolanya, Ruy de Aranjo, seorang nakhoda Portugis.
Filem ini ketengahkan bagaimana pemuda ini menolong Alfonso D’ Albuquerque mengatur strategi untuk menumbangkan empayar Melaka.
Setelah mendapat berita tentang idolanya ditahan di Melaka, JosƩ menawarkankan diri untuk menolong Alfonso dengan mencadangkan strategi-strategi bernas untuk menumbangkan empayar gergasi itu.
Scene tembak-menembak antara askar Melayu dan askar Portugis amat real dan epic. Orang melayu menggunakan istinggar(musket) dan lela rentaka(portable cannon zaman dulu) semasa menyerang askar Portugis. Lain pula fakta yang diceritakan dalam buku teks kita.
Filem ini juga menunjukkan kecekalan askar Portugis yang tidak berputus asa walaupun kalah pada peperangan pertama.
Ada juga beberapa watak pengkhianat melayu yang dilakonkan seperti Mundeliar dan Nina Katu.
Klimaks, si hero berjaya mendapatkan beberapa buah kapal besar yang lebih besar berbanding kapal perang mereka untuk menyerang Melaka. Scene di Melaka jadi kucar-kacir lalu mereka menang dalam peperangan terakhir.
Ending filem ini amat menarik. Si hero mati bersama Flor de la Mar yang tenggelam di lautan, bersama barang-barang rampasan istana.
Yang tragisnya, watak raja kita dilakonkan sebagai raja yang lemah, dan pembesar-pembesar kita pula penuh dengan pembelot.
KESIMPULAN
Kita perlu selalu ingat sejarah gelap kita, bagaimana kita tersungkur, lubang mana kita jatuh(ingatan untuk diri sendiri).
Well, goodluck Malaysia.
P/s: Hero JosĆ© Santos di atas sebenarnya tidak wujud dalam kisah sebenar. Dan filem ini tidak wujud. Fakta yang lain adalah mengikut kajian. Kalau nak tahu lebih lanjut betui ke tak, iqra’. Ambil yang jernih.
Ni alternatif untuk tarik orang yang malas belajar sejarah sebenarnya. The other way of sharing. Maaf3 dan jangan marah ya sifu2 sekalian.
Disalin dari kiriman FB: Mohd Hakimi