Ilustrasi gambar: indoprogress.com |
SUMPAHAN KUASA DI SELAT MELAKA
Selepas Portugis menyerang Sultan Alaudin di Muar pada 1536, harapan konon ia akan menamatkan terus ancaman waris Kesultanan Melaka ke atas Melaka meleset. Ia bahkan mencambahkan pula kebangkitan lebih besar kerajaan Melayu-Islam yang lain. 1/19
Selain Johor yang dijinakkan Portugis, waris Kesultanan Melaka di Perak dan Pahang juga tidak lagi cuba menyerang Portugis di Melaka, sebaliknya mkenumpukan pembangunan kerajaan sendiri selepas itu. Maklumlah, Pahang diancam Siam, manakala Perak menghadapi ancaman Acheh. 2/19
Acheh ketika itu menjadi pesaing Portugis yang paling kuat, malah turut menjadi ancaman kerajaan Melayu lain di Sumatera dan Tanah Melayu. Pada tahun 1537, Acheh membuat serangan mengejut ke atas Melaka, namun berjaya dipatahkan Portugis. 4/19
Namun kegagalan tersebut tidak menghalang Acheh untuk terus melebarkan penguasaan mereka. Pada 1539, armada Acheh berjaya menawan Deli (Haru). Ia disusuli dengan kejayaan Acheh mengalahkan Johor, Perak dan Siak. Rupanya, dalam masa yang sama, Acheh terus mengimpikan Melaka. 5/19
1547, Acheh kembali ke Melaka untuk sekali lagi cuba menawan kota tersebut. Armada gabungan Johor, Perak dan Pahang pula yang pernah dikalahkan Acheh telah berlayar hingga ke Muar untuk tunggu dan lihat adakah Acheh akan berjaya mendapatkan Melaka. 6/19
Sekalipun ia serangan yang disifatkan paling hampir dengan kejayaan menawan Melaka, Acheh dikalahkan sekali lagi oleh Portugis. Melihat keadaan itu, armada laut gabungan Johor, Perak dan Pahang yang berada di muara Sungai Muar bersurai dan berlayar pergi meninggalkan Melaka. 7/19
1551, Acheh kembali dan membuat pengepungan selama 3 bulan ke atas Kota Melaka. Cubaan Acheh untuk memasuki kota dipatahkan sekali lagi oleh Portugis, dan armada Acheh terpaksa melepaskan pengepungan dan pulang semula ke Acheh. 8/19
Acheh masih lagi cuba menguasai Selat Melaka dan kerajaan-kerajaan sekitar apabila pada 1564 menjarah Johor Lama. Ini mencambahkan lagi kebencian Johor hingga mereka bersekutu dengan Portugis apabila Acheh sekali lagi menyerang Melaka pada 1568. 9/19
Sekalipun 60 kapal armada Johor tiba lewat dan tak sempat untuk membantu Portugis yang dengan sendirinya telah mengalahkan armada Acheh, ia menyebabkan Acheh berdendam. Mereka kemudiannya mudik ke sungai Johor dan membakar sejumlah kawasan kampung sepanjang sungai tersebut. 10/19
Penguasaan berdekad kerajaan Acheh di sepanjang Selat Melaka ini adalah disebabkan inisiatif Sultan Alauddin Ri'ayat Shah yang ketika mendapatkan bekalan senjata, meriam, bahan api dan tentera dari Uthmaniyyah menjelang 1568 untuk menentang Portugis dan Johor. 11/19
Perebutan Selat Melaka antara Acheh, Johor dan Melaka ini berterusan hingga 1575 apabila selepas sekali lagi mengancam Melaka, armada Acheh berpatah semula ke utara untuk menyerang dan menawan Perak, membunuh Sultan Perak ketika itu yang merupakan waris kerajaan Johor. 12/19
Situasi genting ini rupanya mengubah lanskap apabila ketika itu, Permaisuri dan Putera Sultan Perak dilarikan dan dibawa pulang ke Acheh. Putera yang sama ditabal sebagai Sultan Acheh pada 1579 apabila mengahwini Puteri Acheh dan menghantar kekandanya menjadi Sultan Perak. 13/19
Ditabal dengan nama Sultan Alauddin Mansur Shah, Sultan Acheh itu mengahwinkan puterinya dengan Sultan Johor iaiti Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Ri'ayat Shah. Diplomasi melalui perkahwinan waris diraja ini tetap tidak berjaya memperbaiki hubungan antara Acheh dan Johor. 14/19
Pada 1582, Portugis pula membantu Johor untuk mematahkan serangan Acheh di Johor. Sudahlah kalah, Sultan Alauddin Mansur Shah pula mangkat dibunuh laksamananya sendiri pada 1585, dan genap 4 tahun selepas itu, pembunuhnya itu pula diangkat menjadi Sultan Acheh. 15/19
Sultan Acheh yang baru ini mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Alauddin Ri'ayat Shah yang memerintah antara 1589-1604. Ketika inilah Belanda, Perancis dan Inggeris tiba buat pertama kali di Acheh, cuba menghidu peluang yang ada, menangguk di air yang keruh. 16/19
Keadaan meredakan seketika persengketaan Acheh-Johor namun menimbulkan konflik baru antara Portugis dan Johor. Akhirnya, yakin dengan kekuatan yang ada, Johor Lama menyerang dan mengepung Melaka dari arah darat dan laut pada 1586 dan 1587. 17/19
Johor berpakat dengan Acheh, tetapi ia tidak kekal lama kerana apabila Portugis melancarkan serang balas ke atas kepentingan Johor Lama di sepanjang sungai Johor, menjarah sebahagian besar wilayah Johor di situ, Acheh menghantar ucapan tahniah secara rasmi kepada Portugis. 18/19
Konflik dan Perang Tiga Segi ini terus berlanjutan. Adalah menyedihkan juga apabila perseteruan antara dua kerajaan Melayu terbesar ketika itu, iaitu Acheh dan Johor mengatasi kebencian mereka sendiri ke atas Portugis, malah sehingga Belanda pula menguasai Melaka pada 1641. 19/19
Kenapa melaka tetap utuh walaupun diserang berkali-kali?
Kerana Skala serangan tak cukup besar dan tak cukup kuat untuk meruntuhkan kota Melaka kerana orang Melayu ketika itu tak bersatu
Kenapa Melaka upah askar dari luar . Kemudian mereka belot . Adakah pimpinan sultan ketika itu banyak peneyelewengan ?
Kerana Ramai "little Napoleon" yang mahukan laba dari kuasa yang mereka ada, selain bertelagah sesama sendiri. Sultan sudah berusia, jejaskan keupayaan memimpin. Lepas 1511 little Napoleon ini cuba kutip hasil, namun berputih mata kerana Portugis tak pernah nak tunaikan janjinya pun.
Ashraf@AshrafMhd
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
(QS. Ali 'Imran 3: Ayat 26)
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya."
(QS. Ali 'Imran 3: Ayat 27)
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali."
(QS. Ali 'Imran 3: Ayat 28)
Disalin dari kiriman FB: Sufi Madjid Al Muhasibi