Picture: melodylinhart
Kerajaan Serawak (Santubong & Brunei) (~900-1409M)
Puteri Santubong, Puteri Sejinjang
Penjaga gunung Negeri Sarawak
Manis sik ada dapat lawan
Anak dak dewa turun kayangan
Legenda yang sering dikaitkan dengan gunung adalah tentang dua putri cantik surgawi, Santubong dan Sejinjang. Santubong adalah ahli penenun sedangkan Sejinjang adalah pengolah padi yang sangat baik. Saat pecah perang antara dua desa, Kampung Pasir Puteh dan Kampung Pasir Kuning, Raja Surga mengirim para putri untuk menjaga perdamaian di kedua desa. Penduduk desa melihat kedua putri cantik itu dan menghentikan perang. Setelah perang, kedua putri mengajari penduduk desa keahlian mereka dan kedua desa mulai berdagang dan menjadi makmur.
Migrasi masyarakat Melayu dari Sumatera ke kawasan Santubong. Seorang putera raja yang telah diusir oleh ayahandanya, Raden Merpati Dipati Jipang kemudian mengasaskan kerajaan kuno ini. Diriwayatkan bahawa Raden Merpati Dipati Jipang telah terdampar di sebuah tanjung di persisiran muara Sungai Sarawak kerana isterinya hendak bersalin. Dengan pertolongan daripada daripada Datuk Kuli atau Datuk Kuali, rombongan Raden Merpati Dipati Jipang telah mendapat perlindungan di kawasan yang dikenali sebagai Pasir Kuning. Kerana baiknya tingkah laku Raden Merpati Dipati Jipang maka kehadirannya amat disenangi oleh penduduk tempatan dan akhirnya beliau diangkat menjadi ketua di Pasir Kuning iaitu nama lama kepada Santubong suatu waktu dahulu. Dengan berkembangnya pengaruh Datu Merpati ini maka berkembanglah juga Kerajaan Santubong menjadi antara pelabuhan terpenting. Parq saudagar dari Negara Tiongkok juga singgah ke Santubong untuk berniaga.
Apa yang kita ketahui sekarang, Sarawak bermula ketika zaman pemerintahan Keluarga Brooke yang memerintah 100 tahun di bumi Sarawak atau yang dikenal sebagai 'Sarawak Kingdom'. Kerajaan Kuno Sarawak yang pernah menjadi satu peradaban di Borneo Sebelah utara adalah Kerajaan Negeri Santubong. Kerajaan Negeri Santubong berdiri antara ke 10- 13 Masehi. Santubong didirikan sebagai salah satu bandar utama ketika itu ianya dibawah kekuasaan kerajaan Sriwijaya. Lokasi kerajaan kuno ini berada di muara Sungai Sarawak yang cukup strategis menghadap Laut China Selatan. Kemudian berkembang menjadi sebuah bandar pelabuhan terpenting di nusantara pada waktu itu.
Kerajaan Santubong merupakan sebuah kerajaan lama yang sudah ada sejak dahulu. Rajah James Brooke selepas sahaja bergelar Rajah Sarawak telah membuat eksplorasi artifak di sini. Tanda-tanda tentang peri pentingnya kawasan Santubong. Ditemukannya Arca Nandi dan Yoni, berdasarkan ciri khas pada arca-arca tersebut berasal dari sekitar abad ke-11-12 Masehi, ketika Sriwijaya dikuasai Dinasti Cola dari Tamil, India Selatan. Selain itu juga mengumpulkan artefak-artefak emas. Penemuan artieak yang diperbuat dari emas ini menunjukkan bahawa kawasan ini menarik perhatian orang asing, khususnya orang dari India. Diduga emas berasal bukan saja di lembah Sungai Sarawak tetapi juga pada bagian barat-daya Pulau Borneo, kawasan yang terbanyak mengandung emas.
Penemuan awal ini telah mendorong Muzium Sarawak untuk melakukan kajian arkeologi. Pada tahun 1949, di bawah pimpinan Tom Harrisson, telah berhasil mengumpulkan ribuan pecahan tembikar China di Santubong. Hasil dari kajian yang dilakukan ke atas tembikar ini serta artifak-artifak keagamaan bercorak Hindu-Siwa, mereka berpendapat bahawa Santubong sebagai sebuah pusat peradaban sudah ada sejak abad ke 7 hingga abad ke-12. Selain itu, ditemukan sisa tempaan besi (iron-slag) sebanyak 40,000 tan menguatkan pendapat bahawa kawasan Santubong adalah kota-pelabuhan yang besar dan penting. Kemudian diambil kesimpulan bahawa keberadaan industri itu antara kurun waktu ~900M hingga ~135OM. Menurut O.W. Wolters, Tiongkok telah mengetahui iron slag ini sejak abad ke 3 Masehi dan mentafsirkan bahawa pulau Tan-lan yang disebut dalam laporan China itu terletak di barat-daya Sarawak. Jika tafsiran ini betul mungkin Tan-lan yang menghasilkan besi ini ialah Pulau Talang-Talang. Tetapi para arkeolog, dan Muzium Sarawak tidak pernah mengaitkan pulau ini dengan penemuan iron slag di kawasan Santubong.
Selepas itu terdapat pula pusat petempatan lain di sekitar Santubong seperti Bongkissam. Bagaimanapun dinyatakan bahawa kawasan ini juga dikuasai oleh Santubong yang menjadi sebuah negeri pada waktu itu. Dari kajian yang dilakukan ke atas ribuan serpihan tembikar China negeri Santubong ini terus wujud hingga ke abad ke 14. Berdasarkan sumber Tiongkok pada buku Chu-fan-chi yang ditulis pada tahun 1225, Chou-Ju-Kua, Fo-lo-an kemudian diidentifikasi sebagai, Muar, Brunei Darussalam adalah satu dari lima belas bandar utama milik kerajaan melayu Dharmasraya.
Pendapat ini dikuatkan lagi dengan sumber Tiongkok lainnya, Nan-hai-chih yang menyebutka. kerajaan-kerajaan tua di Borneo pada tahun 1304. Seiring dengan desintegrasi Kerajaan Dharmasraya, Brunei yang ditulis oleh Tiongkok sebagai Tung-yan-Fo telah menguasai keseluruhan utara Pulau Borneo.
SKetiadaan peninggalan sejarah Kerajaan Santubong setelah abad ke-14 membuktikan bahawa kerajaan Santubong telah hilang pada waktu itu. Berbagai pendapat mengenai hilangnya Kerajaan Negeri Santubong ini. Ada pendapat yang mengatakan bahawa telah peperangan antara Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang telah memainkan peranan utama sehingga mendesak Datu Merpati Jepang untuk melarikan diri ke kawasan pedalaman Sarawak. Sejarah ini dapat dipastikan dengan wujudnya sebuah tugu di Kampung Mawang Taup, Samarahan yang dinamakan dengan Batu Datu Merpati. Dikisahkan Datu Merpati melanjutkan Kerajaan Santubong di Samarahan pada waktu itu. Terjadi perpindahan masyarakat dari kerajaan negeri Santubong ke daerah-daerah seperti Gedong dan Sadong selain daripada daerah Lidah Tanah. Hal ini dikaitkan dengan perluasan pengaruh Brunei yang menguasai hampir seluruh Borneo bagian utara.
Dalam lontar Negarakartagama yang dikarang pada tahun 1365 menyebutkan bahawa pada tahun 1350 Adityawarman, raja Melayupura bersama armada Majapahit yang dipimpin patih Gajahmada telah memnguasai Brunei (Bo-ni). Brunei dimasukkan kedalam sistem jaringan perdagangan nusantara. Hal ini menyebabkan perdagangan langsung antara Brunei dengan Tiongkok terhenti. Terbukti dengan tidak dijumpainta tembikar-tembikar yang berasal dari Dinasti Ming. Santubong sebagai nama kerajaan juga turut hilang dan digantikan oleh nama baru, iaitu Sawaku (Sarawak) di dalam Negarakartagama. Kehadiran Majapahit mungkin telah menyebabkan perpindahan penduduk Kerajaan Santubong ini ke kawasan-kawasan lain seperti Sadong dan Gedong.
Adanya penemuan tembikar Tiongkok dari abad ke 14 dan 15 di dua buah tempat di lembah Sungai Sadong menunjukkan terdapatnya kesinambungan dengan sejarah Kerajaan Santubong telah dipindahkan ke kawasan pendalaman. Di Gedong yang terletak 40 batu dari Santubong telah dijumpai 79,754 pecahan tembikar dan beratus-ratus artifak lain seperti manik, duit siling dan emas. Berdasarkan terdapatnya pecahan tembikar dan benda-benda lain dengan begitu besar berkemungkinan Gedong ini merupakan antara daerah yang memainkan peranan yang agak besar di dalam urusan perniagaan di daerah pedalaman Sarawak. Penemuan beberapa artefak di Bukit Sandong yaitu 15 batu di pendalaman Gedong telah menguatkan lagi pendapat bahwa terdapat satu peradaban di Samarahan. Di Bukit Sandong telah dijumpai 30,000 serpihan tembikar yang mempunyai asal dan usia yang sama dengan yang terdapat di Santubong dan Gedong. Usia emas yang ditemukan di kawasan Gumpey pada tahun 2008 adalah satu lagi bukti Samarahan merupakan satu kawasan yang penting di zaman itu.
Dalam silsilah Kerajaan Brunei berdasarkan pada Batu tarsilah dimulai dari Awang Alak Betatar, (1368), hingga kemudian resmi menjadi kesultanan dibawah menantunya, Awang Pateh Berbai, Raja pertama yang memeluk agama Islam dengan gelar Sultan Ahmad Shah (1409). Catatan tradisi lisan diperoleh dari Syair Awang Semaun menyebutkan Brunei berasal dari perkataan “baru nah”. Setelah rombongan dari Melayupura yang dipimpin Pateh Berbai pergi ke Sungai Brunei mencari tempat untuk mendirikan negeri baru. Setelah mendapatkan kawasan tersebut yang memiliki kedudukan sangat strategis yaitu diapit oleh bukit, air, mudah untuk dikenali serta untuk transportasi dan kaya ikan sebagai sumber pangan yang banyak di sungai, maka mereka pun mengucapkan perkataan “baru nah” yang berarti tempat itu sangat baik, berkenan dan sesuai di hati mereka untuk mendirikan negeri seperti yang mereka inginkan.
Jika dilihat dari konteks Samarahan sebagai sebuah negeri di bawah jajahan kekuasaan Kesultanan Brunei yang memerintah Serawak kurang lwbih 500. Dikisahkan Awang Alak Betatar yang memeluk Islam dengan gelar Sultan Muhamad telah menerima upeti tahunam dari kerajaan negeri Samarahan. Di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei, Samarahan menjadi sebuah jajahan yang penting. Lembah Sungai Sadong merupakan sebuah kawasan tanah subur yang sesuai untuk pertanian khususnya penanaman padi. Gedong yang terletak hampir di pertengahan sungai telah menjadi sebuah pusat pentadbiran dengan menjadikan Gedung sebagai satu pusat pengumpulkan hasil dan barangan yang melalui Sungai Sadong. Mungkin disini timbulnya nama Gedung pada waktu itu.
Pentingnya kedudukan Samarahan dalam kesultanan Brunei pada masa itu, kemudian terjadi perpindahan masyarakat Melayu Brunei yang ke negeri Saramarahan. Termasuk golongan bangsawan Brunei yang antaranya Pengeran Kasuma Yuda dan Pengeran Sharifuddin yang mangkat pada tahun 1832. Pengeran Kasuma Yuda adalah ayahanda dari Pengeran Indera Mahkota Muhamad Salleh, wakil Sultan Brunei yang mendirikan Kota Kuching. Jejak keturunan golongan bangsawan ini dapat dibuktikan dengan adanya sebuah Makam Pengeran Anak Sabtu di Muara Tuang, Samarahan. Bukti lain yang mengaitkan kekuasaan pada sebuah Negeri Samarahan dinyatakan di dalam sebuah manuskrip kuno Brunei yang dituliskan di dalam huruf Jawi di dalam bahasa melayu Brunei yang berjudul Alamat Zaman Ketakhtaan Negeri Baruni:
“ Dan pada masa itu Melaka di atas Kerajaan Negeri Juhur, Awang Alah Betatar beristeri ke Juhur lalu digalar Awang Alak Betatar. Adapun Seri Sultan Muhamad dan saudaranya patih berbai jadi Bendahara Seri Maharaja permaisuri digalar dan pengiringnya yang lain itu digalar Damang/Temenggung Da Patih Damong. Bermacam-macam nama pengawa dianugerahi oleh baginda di Johor. Empat menteri dan askar dengan beberapa dayang-dayangnya dianugerahi nobat nagaragenta alamat serta sakalian alat-alat kerajaan yang berbagai-berbagai dan dianugerahi…buah nagari iaitu Kalaka dan Saribas dan Rajang dan Sadong dan Samarahan dan Sarawak karana di pulau…Johor pun memarintah juga ialah.”
Dari laporan Lucas Chin, seorang sejarawan yang meneliti artifak-artifak di Samarahan khususnya di Lembah Sungai Sadong membuat satu kesimpulan bahwa apa yang ditemui di Gedung dan Bukit Sandung terdapat pelabuhan di kawasan pedalaman pada masa itu. Dalam sejarah lama Sarawak yang kebanyakan kerajaan lamanya adalah dibawah pengaruh Kerajaan Sriwijaya dan Kerajaan Melayu Dharmasraya, nama Kalaka juga ditulis dalam lontar Negarakartagama yang dikarang pada tahun 1365 mencatat bahawa 'Kalka' adalah salah satu daerah yang diklaim menjadi jajahan Majapahit. ,Namun dalam sumber Manuskrip Brunei dikatakan bahwa Kalaka berada di bawah kekuasaan Kesultanan Melayu Malaka dan kemudiam diserahkan kepada Brunei sebagai satu hadiah kepada rajanya yang pertama, Awang Alak Bertatar yang menikahi kerabat diraja Malaka, namun pada saat itu Kesultanan Malaka belum ada, kemungkinan yang dimaksud adalah Kerajaan Melayu Dharmasraya. Dalam sebuah manuskrip bertulisan Jawi Melayu Brunei berjudul Alamat Zaman Ketahtaan Nagari Baruni :
'Maka Awang Alak Batatar dangan Patih Barbai asal raja datang ghaib Pengawa jadi Pangiran ialah yang sangat gagah barani pada zamannya itu. Dan pada masa Ratu Malaka di atas karajaan Nagari Juhur, Awang Alak Batatar baristeri ka Juhur ialah digalarkan Awang Alak Batatar ada Seri Sultan Muhamad dan saudaranya Patih Barbai jadi Bendahara Seri Maharaja Permaisuara digalar dan pengiringnya yang lain itu digalar jadi Panggawa dan dianugerahi oleh Baginda di Juhur empat menteri yang basar2 dan babarapa pagawai dan ngaskar dangan babarapa dayang2nya dianugerahi nobat nagara ganta alamat sarta sakalian alat-alat karajaan yang barbagai-bagai. Dan dianugerahi nagari iaitu Kalaka dan Saribas dan Rajang dan Sabangan dan Samarahan dan Sarawak karana di pulau, Juhur pun mamarintah juga. Dianugerahkan sakali kapada anak baginda manjadi milik sapanjang-panjang rantau itu di bawah parintah Sultan Barunai damikianlah riwayatnya pada zaman dahulukala.'
Dalam penyelidikan ke atas artifak sejarah yang ditemui menuju ke arah Kalaka yang berada tidak jauh dari Lembah Sungai Sadong ditemukan 9,469 serpihan tembikar China termasuk jenis Sawankhalok dan 'blue and white ware'. Dari penelitian yang dilakukan oleh Lucas Chin menunjukkan bahawa tembikar ini berasal abad ke 16 dan 17 Masehi. Terdapat pula penemuan artefak bersejarah di Tebing Tinggi yang mana di kawasan ini telah ditemukan 41,762 serpihan tembikar yang seusia dan setua artifak yang ditemui di Nanga Kalaka. Dengan penemuan ini sudah cukup membukti bahawa Kalaka juga adalah antara kawasan yang penting di suatu waktu dahulu sehingga saudagar dari Tanah Besar China turut datang berniaga.
Dalam lontar Nagarakertagama yang dikarang pada tahun 1365, dituliskan di masa Hayam Wuruk memerintah Malano dan Brunei sebagai pembayar upeti kepada kerajaan Majapahit . Jika Malano diklaim sebagai vassal, kedudukan Malano sejajqr dengan Brunei yang membawahi beberapa negeri negeri kecil yang lain. Catalan Atlas yang dibuat orang Portugis yang dibuat pada tahun 1375 menunjukkan peta Kerajaan Malano. Oleh Portugis, Malano dinyatakan sebagai sebuah entitas politik pada pengembaraan mereka. Di Florence, Italy terdapat sebuah peta lama bertarikh 1595 mencatatkan bahawa kawasan persisiran barat Sarawak yang kini dikenal sebagai daerah Oya, Balingian dan Daerah Mukah juga dimasukkan dalam Malano. Malah Dalam catatatn kornik Tiongkok, Nan-hai-chih menyebutkan Achen atau Igan sebagai sebuah bandar niaga, hal ini membuktikan bahawa saudagar-saudagar Tiongkok juga pernah berkunjung ke Kerajaan Negeri Malano untuk berniaga.
Dalam manuskrip sejarah kerajaan Brunei menyatakan bahawa di awal pemerintahan raja pertama Kerajaan Bo-ni sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad Shah, sultan yang pertama Kerajaan Kesultanan Melayu Brunei, wilayah Tutong yang ketika itu dibawah kerajaan Melanau telah diserang oleh orang-orang kanan Sultan iaitu Awang Semaun, Awang Jeramabak dan Pateh Damang Sari. Pertempuran untuk perluasan pengaruh Kerajaan Brunei ini telah juga sampai ke Igan. Kala itu Kerajaan Melano dibawah Basiung, ipar Raja Tugau. Walau bagaimanapun, Basiung dan Raja Tugau yang mendapat bantuan daripada Kerajaan Sambas dan juga jajahannya yang lain tidak dapat menandingi jumlah tentera pimpinan Awang Semaun ini ditambah kerajaan Brunei telah mendapat dukungan dari suku Dayak Iban di Sarawak yang mengambil peluang untuk menjalankan tradisi ngayau kepada masyarakat Melanau pada waktu itu. Setelah kekalahan di dalam pentempuran itu maka banyak wilayah Kerajaan Melano telah jatuh kepada kerajaan Kesultanan Brune
Disalin dari kiriman FB: Riff ben Dahl