Kerajaan Serawak (Santubong & Brunei) (~900-1409M)
Puteri Santubong, Puteri Sejinjang
Penjaga gunung Negeri Sarawak
Manis sik ada dapat lawan
Anak dak dewa turun kayangan
Legenda yang sering dikaitkan dengan gunung adalah tentang dua putri cantik surgawi, Santubong dan Sejinjang. Santubong adalah ahli penenun sedangkan Sejinjang adalah pengolah padi yang sangat baik. Saat pecah perang antara dua desa, Kampung Pasir Puteh dan Kampung Pasir Kuning, Raja Surga mengirim para putri untuk menjaga perdamaian di kedua desa. Penduduk desa melihat kedua putri cantik itu dan menghentikan perang. Setelah perang, kedua putri mengajari penduduk desa keahlian mereka dan kedua desa mulai berdagang dan menjadi makmur.
Migrasi masyarakat Melayu dari Sumatera ke kawasan Santubong. Seorang putera raja yang telah diusir oleh ayahandanya, Raden Merpati Dipati Jipang kemudian mengasaskan kerajaan kuno ini. Diriwayatkan bahawa Raden Merpati Dipati Jipang telah terdampar di sebuah tanjung di persisiran muara Sungai Sarawak kerana isterinya hendak bersalin. Dengan pertolongan daripada daripada Datuk Kuli atau Datuk Kuali, rombongan Raden Merpati Dipati Jipang telah mendapat perlindungan di kawasan yang dikenali sebagai Pasir Kuning. Kerana baiknya tingkah laku Raden Merpati Dipati Jipang maka kehadirannya amat disenangi oleh penduduk tempatan dan akhirnya beliau diangkat menjadi ketua di Pasir Kuning iaitu nama lama kepada Santubong suatu waktu dahulu. Dengan berkembangnya pengaruh Datu Merpati ini maka berkembanglah juga Kerajaan Santubong menjadi antara pelabuhan terpenting. Parq saudagar dari Negara Tiongkok juga singgah ke Santubong untuk berniaga.