Gambar: https://www.facebook.com |
Set Penuh Baju Perang Orang Melayu (Sultan Husin Kamaluddin) Iaitu Sultan Brunei Ke-16 adalah antara yang terbaik di Dunia.
Orang Melayu memang telah dikenali sebagai pakar kejuruteraan logam antara yang terbaik
di dunia sejak tahun 788 sebelum masihi [SM] lagi. Hal ini telah dibuktikan
melalui penemuan pusat peleburan besi purba berskala mega di Sungai
Batu, Kedah. Selain pusat peleburan besi purba di Sungai Batu, juga ditemui
pusat peleburan besi di Jeniang-Kedah tetapi dalam sekala lebih kecil.
Malah Sungai Tembeling, Pahang pada abad ke-13 masihi adalah merupakan
pusat pengeluaran senjatapi seperti meriam, rentaka dan lain-lain
senjatapi.
Selain daripada pakar membuat pelbagai jenis senjata,
senjata api, kelengkapan, peralatan dan hiasan dari besi. Orang Melayu
pada zaman dahulu juga adalah pakar pembuat sistem perlindungan diri
atau armour dari logam. Hal ini dibuktikan melalui set penuh baju perang
Sultan Husin Kamaluddin iaitu Sultan Brunei ke-16.
Sultan Husin
Kamaluddin adalah Sultan Brunei yang memerintah selama dua penggal iaitu
pertama dari 1710 hingga 1730 masihi dan kedua dari 1737 hingga 1740
masihi. Set baju perang baginda terdiri dari baju zirah rantai besi,
baju zirah tembaga, topi logam tahan karat yang dilengkapi topeng,
sarung tangan dan lengan yang dibuat dari logam tahan karat.
Jika dilihat dari set penuh baju perang Sultan Husin Kamaluddin ini
adalah mempunyai pengaruh dari Timur Tengah dan Eropah. Malah pembuatan
topi, pelindung tangan dan lengan yang menggunakan teknologi logam tahan
karat. Kita juga dapat melihat bahawa seni dan mutu pembuatannya yang
amat halus, berkualiti tinggi dan berketahanan tinggi. Dapat dibuat
kesimpulan bahawa set baju perang yang dimiliki oleh Orang Melayu adalah
antara yang terbaik di dunia.
_________________________
Disalin dari kiriman facebook Nur Islam
pada 17 Mei 2020