HAJI ABDILLAH Pejuang Kemerdekaan Serawak

Sumber Gambar: https://www.facebook.com

DATUK PATINGGI ABANG HAJI ABDILLAH BIN ABANG HAJI MOHAMMAD KASSIM

Datu Patinggi Abang Haji Abdillah bin Abang Haji Mohammad Kassim (13 Oktober 1862 - 21 November 1946) adalah pejuang kemerdekaan Sarawak. Beliau berjuang dengan secara aman menentang penjajahan British di Sarawak selepas Perang Dunia II.


Beliau adalah anak kepada Datu Bandar Abang Haji Mohammad Kassim; yang pernah memegang jawatan sebagai Datuk Bandar Kucing semasa Sarawak masih di bawah pentadbiran 'White Rajah'. Beliau adalah cucu kepada Datu Bandar Abang Haji Bolhassan dan keturunan Datu Patinggi Ali yang berjuang untuk mencapai kemerdekaan Sarawak dari Brunei. Mereka dikatakan berasal daripada keturunan Datu Undi iaitu Raja dari Minangkabau. Berikutan kematian bapanya di Mekah, pada tahun 1921, beliau diberi gelaran Datu Muda. Pada tahun 1924, beliau menjadi Datu Bandar dan kemudian pada tahun 1937 ia diberi gelaran Datu Patinggi.

Dia pernah menyatakan dengan jelas:

"Saya dan rakyat tidak bersetuju dengan penyerahan Sarawak ke Tanah Jajahan Mahkota British! ... Saya dan rakyat mencintai kemerdekaan negeri ini, tanah tumpah darah saya ..."

Dalam pertemuan beliau dengan pegawai-pegawai British, beliau dengan jelas membantah penyerahan Sarawak kepada pentadbiran Mahkota British; menyatakan bahawa penyerahan itu tidak sah kerana tidak diterima oleh sebilangan besar masyarakat Bumiputra. Abdillah adalah penyokong utama Anthony Walter Dayrell Brooke sebagai White Rajah keempat Sarawak. Walau bagaimanapun, penyerahan itu tetap juga dilaksanakan dan beliau kemudiannya melepaskan jawatannya dari Majlis Tertinggi Negeri. 

Beliau kemudian mula menentang kerajaan British melalui ucapannya. Datu Abdillah menentang sebarang penggunaan kekerasan. Menyedari ancaman politik tersebut, para kakitangan pemerintah di Sarawak telah dihantar dengan Pekeliling no.9, yang mengancam kakitangan pemerintah untuk dipecat jika mereka menentang Mahkota British. Mungkin mengikuti jejak langkah Datu Patinggi, ramai pegawai Bumiputra meletak jawatan. Takut kepada ancaman pemberontakan rakyat Sarawak, kerajaan British bertukar kepada helah pecah dan perintah. British cuba mencetuskan rasa permusuhan di antara orang Melayu dan orang-orang Dayak, namun kurang berhasil.

Sebagai ketua masyarakat, Abdillah membantu meraih persahabatan dan persefahaman antara orang Dayak dan Melayu. Malangnya, selepas kematiannya pergerakan anti-penyerahan hilang momentumnya dan dengan cepat menjadi tidak teratur tanpa pemimpin. Teknik keganasan yang digunakan oleh beberapa aktivis anti-penyerahan terus merencatkan usaha gerakan patriotisme. Britain terus memerintah Sarawak sehingga pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Sebagai penghargaan ke atas jasa-jasa beliau, Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah telah dibina dan dinamakan sempena nama beliau.

Penghijrahan Datu Godam(Raja Umar) dari minangkabau pada tahun 1660 hingga 1710 masihi menetap di Saribas dan berkahwin dgn Dayang Chi bt Temenggong kadir.


Rizal jaenk.

____________________________________

Disalin dari kiriman halaman facebook The Major
Pada tanggal 4 Jumadil Akhir 1441/ 01 februari 2020
Dibagikan oleh Rizal Jaenk ke grup facebook Sejarah Sumatera dan Bhumi Malayu
Pada tanggal 4 Jumadil Akhir 1441/ 01 februari 2020

Tidak ada komentar:

Posting Komentar