Ilustrasi gambar: kalam.sindonews |
FB Mahamada al Mahadaya - Al kisah kata Shahibul Hikayat, maka berhadirlah Sultan Iskandar akan berjalan dalam tiga hari lagi, maka pada hari yang keempat, maka terkembanglah payung dan bertiup nafiri alamat dan dipalu oranglah gendang berangkat. Maka berangkatlah Sultan Iskandar dan Nabi Khidir dengan kaum Mayaka dan Tawayala dan Tarasa itu berjalan akan pengajar.
Setelah dua belas hari lamanya berjalan maka kata raja Radhayaha “Ya Nabi Allah, bumi inilah kesudahan negeri”. Maka kata Nabi Khidir 'Alaihi Salam “Tiadakah tuan hamba ketahui di luar ini adakah lagi negeri lain?”. Maka sahutnya “Tiadalah kami ketahui” maka berjalanlah pula mereka itu empat puluh hari lagi maka bertemu dengan bumi putih seperti kapur rupanya dan baunya harum. Shahdan di dalam tanah, di korek mereka itu airnya terlalu jernih dan sejuk daripada air amayana dan dan terputih daripada air susu. Maka ajaiblah segala kaum itu melihat dia, maka tiga hari Sultan Iskandar berjalan daripada bumi itu, maka terlihatlah dari jauh itu suatu perbuatan tangkab dan haripun petang.
Maka pada esok harinya di lihat mereka itu taman dan berbagai buah-buahan di dalamnya dan setengah dikenal mereka itu namanya dan setengah tiada di kenalnya buah di dalam taman itu, dan empat puluh mahligai dan pada sama tengah taman itu suatu kubah daripada timah putih seribu kaza tingginya dan empat puluh pintu. Maka terhamparlah hamparan yang keemasan dan tirai terkena di dalam kubah itu sebuah masjid kelibatnya Bayata Al Maqadasa. Maka di keluar dari dalam mahligai itu kaum banyak sekeliannya memakai pakaian yang baik-baik rupanya dan mereka itu datang seraya meminta dia Nabi Khidir.
Kisah Kubah Nabi Sulaiman
Maka berhentilah Nabi Allah, hataya sekelian tentera pun berhentilah maka dipanggil oleh Nabi Khidir seorang daripada kaum itu, yang tertua, maka kata Nabi Khidir “Hai orang tua, apa nama negeri ini?”. Maka sahutnya "Inilah mahligai yang diperbuat oleh Nabi Allaha Sulaiman 'Alaihi Salam pada tempat ini, perbuatan raja jin yang bernama Shakhara, jin disuruh Raja Sulaiman perbuat padanya. Adapun sebab maka Raja Sulaiman berbuat dia kerana Nabi Allah melintas negeri ini, maka dilihat Nabi Allah tempat ini terlalu baik maka datanglah baginda duduk di sini. Maka di suruh baginda perbuat mahligai dan kubah ini, maka diamlah Nabi Allah 'Alaihi Salam di sini beberapa lamanya, di hantarkannya datuk nenek kami di sini hingga jadi banyaklah kami, dan agama kami mengikut agama Nabi Allah Musa 'Alaihi Salam.
Adapun yang menunggu kubah itu jin yang bernama Dahara anak Amazajanaya mereka itu tiada menunjukkan dirinya pada kami hanya pada malam jua mereka itu menyapu dan menghampar hamparan dalamnya dan bagi kami ada pendita yang kami ikut katanya”. Maka kata Nabi Khidir “Alhamdulillah, telah sampailah aku kepada kubah yang ku dengar hikayatnya itu”. Maka di bawa Nabi Khidir orang tua itu kepada Sultan Iskandar, maka berhikayat ia di hadapan Sultan Iskandar, maka kata Sultan Iskandar akan orang tua itu “Pergilah engkau panggil yang terua dalam antara kamu dan yang kamu ikut katanya”. Maka di suruh beri kuda akan orang tua itu dan seekor lain akan kenderaan itu.
Hataya maka di bawa orang tua itulah seorang pendita yang terua kepada Sultan Iskandar, maka di permulia Sultan Iskandar akan dia. Maka sabda Sultan Iskandar “Hai sheikh berapakah umurmu?” maka sahutnya “Ya shah alam, adalah kira-kira delapan puluh tahun”. Maka sabda Sultan Iskandar “Tahukah kamu akan kami datang ini?”. Maka sembahnya “Ya shah alam, sedia tersurat dalam kitab kami di ceritakan nabi kami bahawa bumi ini di lalui seorang raja yang mengalahkan negeri Jabarsha serta raja itu seorang Nabi Allaha. Ialah yang membawa raja berjalan itu sebab pun menghasilkan kebesaran bagi raja itu tetapi nyatanya pada hati iakah raja itu yang ber gelar Zulqarnain itu atau bukankah ia”.
Maka tersenyum Nabi Khidir 'Alaihi Salam katanya “Ialah raja itu pergilah kamu kembali katakan segala kaum kamu bahawa raja yang tersebut itulah supaya jangan takut kaum kamu, dan katakan pada mereka itu bahawa kami ini tiada dapat kami berjalan ini hendak mengadakan kejahatan di bumi Allah Taa’la ini hanya pekerjaan kami menunjuki jalan yang sebenarnya jua akan orang yang yang sesat dan memberi nagarahkan segala mukmin maka dapat dalam agama yang sebenarnya. Seharusnyalah bagi raja memberi nagarahkan kamu yang amat limpah”. Maka sukacitalah hati pendita itu mendengar sabda Sultan dan Nabi Khidir itu, maka kembalilah ia kepada segala kaumnya memberi tahu mereka itu.
Maka Sultan Iskandar dan Nabi Khidir pun berjalanlah kepada kubah, setelah sampai kepada kubah itu, maka turunlah keduanya dari atas kuda berjalan masuk ke dalam kubah itu. Maka di tanyainya mudah mudahan ada ada suatu tulisan atau terantah hendak di perbaik tiada dapat suatu pun yang binasanya. Maka sabda Sultan Iskandar “Ya Nabi Allah, bahawa hamba berhendak menaruh alamat hamba sampai di sini supaya di sebut orang selamanya”. Maka kata Nabi Khidir “Benarlah bicara Sultan itu”. Maka di suruh Sultan Iskandar perbuat pendil emas sepuluh buah bertatahkan permata manikam dan rantai pun emas juga dan di suratnya Laa Alaha Alaa Allaha Abarahayama Khalayala Allah serta di suratkannya wakaf Sultan Iskandar, maka di suruh Sultan Iskandar dan Nabi Khidir gantungkan di dalam kubah itu.
Setelah sepuluh hari Sultan Iskandar di sana, maka ia memberi nagarahkan orang yang diam pada tempat itu. Maka ujar Sultan Iskandar pada Nabi Allaha Khidir “Ya Bana Abasa, pada hati hamba bahawa ia ini berbuat kebaktian akan Nabi Allah Sulaiman, tatkala hidup sekarang hamba lihat jin menunggui kubah ini telah sempurnalah kebaktian” maka kata Nabi Khidir “Bahawa sesungguhnya Nabi Allah Sulaiman di anugerahi Allah Taa’la baginya kerajaan dan diserahkan segala jin, syaitan, dan manusia, dan burung, dan segala binatang, dan angin, kerana ia minta doa kepada Allah Taa’la demikian ujarnya 'Ya tuhanku nagarahkan bagi hambamu pekerjaan yang tiada bagi seorang jua pun terdahulu dan kemudian daripada hambamu.'
Maka tatkala hampirlah akan wafat maka berjanji dengan segala penghulu jin yang menunggui kubah ini, bahawa jangan kamu sekelian meninggalkan dia hingga hari kiamat. Maka jin yang menunggu kubah ini daripada anak cucu Shakhara, jin maka itulah dan berapa tempat lagi yang sebagai ini jin yang di hantarkan Nabi Allah Sulaiman senantiasa mereka itu berbuat kebaktian akan dia”.
Sultan Iskandar Zulqarnain Hendak Bertemu Jin
Maka kata Sultan Iskandar “Ya Nabi Allah, bahawa dahulu pada cita hamba bahawa jin ada setengahnya seperti bayang-bayang, dan itu jua baharu sekaranglah hamba mendengar dia bahawa mereka itu beragama dan bersifat terlalu sekali. Ingin hamba hendak melihatkan dia”. Maka kata Nabi Khidir “Maukah Sultan melihat rupa mereka itu kerana rupanya jahat dan bunyinya pun jahat” maka kata Sultan Iskandar “Ya Nabi Allah, bahawa hamba dengar segala jin ini dapat ia merupakan dirinya dengan barang rupanya yang dikehendakinya, jikalau dapat barang dirupakan kiranya dengan rupa yang baik di pertunjukkannya kepada hamba”. Maka kata nabi Khidir “Jikalau mahu Sultan melihatkan dia manakala malam kita di dalam masjid ini kita menantikan mereka itu datang”.
Hataya maka masuklah Sultan Iskandar dan Nabi Khidir pada malam pada kubah itu sebahagianlah waktu mengucap tasbih maka telah lalu berapa saat kiranya daripada malam maka keluarlah Nabi Khidir daripada suatu pintu kubah itu berserulah ia ujarnya “Penghulu kamu yang menunggu kubah, pertunjukkanlah diri kamu barang seorang akan daku, kerana aku hendak berkata-kata dengan kamu”. Maka seorang pun tiada menyahut dia, maka ujar Nabi Khidir 'Alaihi Salam “Hai saudaraku jin yang yang shaleh marilah kita, aku hendak berkata-kata” maka bersuaralah ia di hadapannya ujarnya “Inilah hamba hai Nabi Allah” maka kata Nabi Khidir “Ketahui olehmu bahawa Sultan yang terlalu adil yang beroleh tolong daripada Allah Taa’la telah sampailah ia kepada tempat kamu ini. Ia hendak berjalan ke Maghrib dan ia hendak melihat rupa kamu yang menunggu kubah ini, dan hendak berkata-kata, kerana kami ini kaum yang mukmin” maka sahut jin itu “Baiklah”.
Hataya maka masuklah ia penghulu jin itu seorang serta Nabi Khidir dan merupakan dirinya seperti rupa orang muda daripada Nabi Allah, dan pakaiannya yang baik dan baunya amat harum maka memberi salam ia kepada Sultan Iskandar, maka disahut baginda salamnya. Maka sabda Sultan Iskandar akan dia “Daripada anak cucu siapa engkau ini dan siapa nama engkau hai yang diberi Allah rahmat bagimu”
Maka sahutnya “Bahawa hamba ini daripada anak cucu Shakhara jin”
Maka sabda Sultan Iskandar “Islam kah engkau?”
Maka ujarnya “Hamba ini Islam dalam agama yang sebenarnya”.
Maka sabda Sultan Iskandar “Sebagaimana perimu mengatakan dirimu anak cucu Shakhara jin, dan Nabi Allah Sulaiman berseteru, kerana bahawa ia berdiam kan Nabi Allah Sulaiman, dan mengambil cincinnya Malakata daripadanya dan ialah merupakan dirinya seperti rupa Nabi Allah Sulaiman, dan duduklah ia di atas kerusi tahta kerajaan berapa lamanya hingga di kembalikan Allah Taa’la cincinnya kepada Nabi Allah Sulaiman 'Alaihi Salam daripada dalam perut ikan.
Setelah kembalilah Nabi Sulaiman kepada kerajaannya, maka larilah Shakhara jin, tetapi kau sekarang berbuat bakti akan dia daripada waktu Nabi Sulaiman, kerana kamu orang derhaka akan dia tatkala lagi ada hayatnya”
Maka sahut penghulu jin itu “Ya shah alam, sungguhnya seperti sabda raja itu tetapi bapa hamba Shakhara jin sudah ia berbuat derhaka, maka datang mohonkan ampun, maka diampun [oleh] Nabi Sulaiman, sudah kerana nabi kami sangat mengampun barang berdosa kepadanya. Maka betapa sebab itulah bapa hamba terlebih sangat ia berbuat kebaktian kepada kepada Nabi Sulaiman, yang berbuat kubah itupun bapa hambalah, dan berjanji-janjian Nabi Sulaiman dengan bapa hamba menyuruhkan ia menunggu kubah ini datang kepada anak cucunya”.
Maka sabda Sultan Iskandar “Hai hamba Allah di mana tempat yang kamu diam”
Maka sahutnya “Bahawa kami ini terlebih daripada seribu kaum diam kami, daripada kerana kubah ini”.
Maka sabda Sultan Iskandar “Ya Nabi Allah, bahawa hamba lihat kaum ini seperti rupa manusia jua barang lihat hamba, kiranya seperti rupa mereka itu yang sedia kala’. Maka dikatakan oleh nabi Khidir padanya maka ujarnya “Baiklah hamba keluar dari sini suruh lihat pada raja rupa hamba”.
Maka keluarlah Sultan Iskandar ,lihat rupanya sepanjang kubah itu, kepalanya tujuh, pada suatu kepala dua mukanya, dan pada suatu muka empat matanya, bujur buntar matanya, keluar dari dalam kelopak matanya seperti lidah lebar daripada segenap mukanya itu, mulutnya seperti kawabu kita dan giginya panjang, lidahnya bernyala seperti lidah api, dan rambutnya empat seperti perahu, bulunya pada segala mukanya, dan hidungnya seperti kepala lembu keluar daripadanya lidah api dan tapaknya seperti tapak kaki harimau dan kukunya seperti cangkul besi, ekornya pun seperti ekor lembu, dan pada kepalanya dua helai rambutnya seperti ular, dan kakinya seperti kaki itik, akan sebelah kakinya sepuluh jarinya tajam seperti mata pendahan.
Setelah dilihat Sultan Iskandar rupa jin itu, gentarlah ia berubah warna mukanya maka lalu baginda masuk ke dalam masjid itu. Maka kata raja Iskandar “Ya Nabi Allah, adakah rupa jenis jin yang terlebih besar daripada ia ini?”.
Maka kata Nabi Khidir “Bahawa daripada kaum ini, beberapa lagi yang terlebih besar pula daripadanya. Jikalau kiranya jin itu berbuat di dalam kelopak matanya nescaya tiada kelihatannya”. Maka sujudlah Sultan Iskandar mengesakan Allah Subhanahu Wata'ala.
Shahdan ujarnya “Ya tuhanku bagimu jua sebenar puji atas yang menjadikan daripada bagai-bagai kejadian”.
Maka kata Nabi Allah Khidir “Demi Allah Taa’la, jikalau tiada dipeliharakan Allah Taa’la anak Adam ini, nescaya di hukumkan jin segala isi alam ini daripada kurnia Allah Taa’la menurunkan suatu itu Qaraana kepada Nabi Allah Adam 'Alaihi Salam, jika barang siapa seorang manusia membawa ayat itu nescaya larilah segala jin dan syaitan daripada tiada dapat mereka itu mendengar dia”. Maka tidurlah Nabi Allah Khidir dan Sultan Iskandar di sana seketika maka haripun fajarlah.
Sumber: Hikayat Iskandar Zawa Al Qaranayana