Ilustrasi Gambar: iluminasi |
FB Mahamada al Mahadaya - Al kisah kata Shahaba [shahibul] Al Hikayat setelah sudah kerajaan Sultan Iskandar maka berhimpunlah segala bala tentera yang amat banyak dengan kebesaran dan kemuliaan, maka jadi hebatlah Sultan Iskandar kerana harta beroleh dengan kemenangan. Maka dengan takdir Allah Taa’la adalah kepada suatu hari datanglah Abalayasa Ų§ŲØŁŁŲ³ (Iblis) A’layaha Laa’nata Allah [La'natullah] kepadanya seperti kelakuan orang tuha [tua] dengan pakaian putih dan tongkat pada tangannya, berdiri di hadapan Sultan Iskandar serta katanya “Hai raja yang maha besar tiadalah mulianya bagi raja melainkan dahi raja sujud akan yang lain, daripada raja kerana raja telah mulialah di dalam alam ini”.
Setelah Sultan Iskandar mendengar kata Iblis itu maka Sultan Iskandar pun menyuruh ia duduk serta di permulianya akan dia maka sabda Sultan Iskandar “Hai orang tuha apa ertinya yang katamu itu tiada daku ketahui”. Maka tersenyumlah Iblis La'natullah itu serta katanya “Bahawa raja bukankah murid penghulu hakim Arasatathalasa Ų§Ų±Ų³ŲŖŲ·ŁŲ³ (Aristotles), betapa maka raja tiada ketahui akan ertinya ibarat ini terlebih banyak daripada matahari” maka sabda Sultan Iskandar “Tiada hamba ketahui akan ertinya hendaklah dinyatakan kiranya kepada hamba”.
Maka sahut Iblis “Akan kata hamba ini, pada zaman ini tiada lain diperbuat orang lain daripada raja, tiadakah tahu bahawa segala hakim dahulu kala mengatakan dirinya nabi dan pesuruh itu bukankah kehendaknya menuntut dunia nescaya maksiat akan dirinya, maka sekarang pun raja telah beruntunglah bagi raja dapat kemuliaan di dalam alam ini tiada lagi siapa menyamai kebesaran raja.
Maka ajaib sekali lagi raja akan diri raja mau raja berkeji dirinya berbuat ibadat akan yang lain kerana akan raja itu tuhan segala makhluk dalam dunia ini, kerana kuasa ia pada pekerjaan menghidupkan dan mematikan dan kuasa ia memuliakan dan menghinakan. Maka akan pekerjaan yang demikian itu telah adalah pada raja bahawa pada zaman ini pada sangka tiadalah pada alam ini ada raja yang lain terlebih besar daripada raja barang seorang jua pun maka sekiranya di katakan raja ini Allah Taa’la”.
Maka kata Iblis “Hai raja tiada mau hamba mengatakan yang seperti hamba katakan pada menyatakan kemuliaan raja, melainkan kerana sebab kasih hamba akan raja, kerana raja lagi muda dengan beroleh kebesaran yang sempurna lagi adil, sayanglah hamba mendengar raja berlelah diri berbuat bakti pada yang lain. Inilah maka sebab hamba datang ini menyatakan raja jangan raja menyembah yang lain, jadi hinalah raja” maka kata Iblis itupun kabullah pada hati Sultan Iskandar.
Maka sultanpun memberi nagarah akan dia, tiada dia menerima dia katanya “Hai raja jikalau hamba berkehendak akan harta dunia ini nescaya limpahlah datangnya. Akan hanya kehendak hamba berjalan-jalan jua pada segala negeri”. Maka Sultan Iskandar “Hai Saidi, jangan tiada sebagai datang kepada hamba mengajari hamba” maka berjalanlah Iblis La'natullah kemudian daripada itu di tinggalkan Sultan Iskandar.
Teguran Aristoteles
Al kisah maka kedengaranlah warta, Sultan Iskandar itu kepada gurunya hakim Arosatatholasa [Aristoteles] maka marahlah ia. Maka lalu ia berkirim surat demikian bunyinya “Hai Sultana Iskandar, jika orang lain mengerjakan pekerjaan seperti kelakuan raja itu nescaya hamba suruh takrirkanlah ia, tetapi akan raja orang yang berakal dan berilmu bicarakanlah baik-baik, jangan dapat dicabul oleh syaitan seperti kaum segala nabi Allah yang dahulu itu, maka segeralah sultan bertaubat daripada pekerjaan itu.
Jika tentu jua sultan akan pekerjaan itu, nescaya adalah merugikan sultan pada akhirat, dan jikalau sekiranya dunia yang fana ini tentu bagi manusia adalah untung sultan yang dahulu-dahulu itu, tiada akan beroleh akan kita. Maka hendaklah sultan jangan berpaling daripada iktikad yang dahulu itu kerana itulah iktikad yang betul, iktikad nabi Allah Abarahayama Ų§ŲØŲ±ŁŁŁ
(Ibrahim) A’layaha Al Salama ['Alaihi Salam] yang suci adanya”.
Setelah sampailah surat itu pada Sultan Iskandar, maka di balas surat gurunya itu demikian bunyinya “Adapun segala barang yang diajarkan hakim pada hamba itu telah sudah hamba kerjakan. Sekarang pun jika mau hamba turut dapat hakim menghukumkan hamba, maka yang mana baik pada hamba itulah hamba kerjakan”.
Nabi Khidir menegur Sultan Iskandar Zulqarnain
Kata shahibul hikayat, maka berapa lamanya Sultan Iskandar kerajaan di [berada] dalam maksiat kerja yang sesat itu takdir Allah Taa’la. Turunkan wahyu pada Nabi Khadhiyara Ų®Ų¶ŁŲ± (Khidir) A’layaha Al Salam ['Alaihi Salam] menyuruhkan dia pergi kepada Sultan Iskandar, menyuruh berpaling kepada kafirnya dan memberitahu Allaha Taa’la memberi nagarahi dia kerajaan masyrik dan maghrib, dan akan menjalani segala tempat yang tiada pernah di jalani oleh segala manusia dan bahawa Allah Sabahana Wa Taa’la [Subhanahu Wata'ala] menolong dia daripada segala seterunya.
Maka pergilah Nabi Allah Khidir 'Alaihi Salam kepada Sultan Iskandar, daripada pulau tempatnya diam berbuat ibadat itu maka berjalanlah ia di atas air laut itu seperti berjalan di atas bumi jua. Setelah datanglah ia kepada Sultan Iskandar, maka ia duduk sama dengan rakyat yang mengadap Sultan Iskandar itu. Di dengar kata yang tiada sebenar pada hukum Allaha Taa’la, maka sakitlah hatinya mendengar dia tiada dapat ia sabar menahan hatinya.
Sebermula akan Sultan Iskandar, tiap-tiap Jumaat dua hari ia duduk mengatakan iktikad yang sama itu. Hataya maka Nabi Khidir pada hari itulah ia datang. Setelah Nabi Khidir mendengar kata yang keji-keji maka ia berkata “Hai Sultan Iskandar, bahawa iktikad ini sesat. Ketahui oleh sultan bahawa langit dan bumi ada tuhan yang menjadikan dia, dan Ia jua yang menjadikan alam sekelian dan Ia juga menjadikan bulan matahari dan bintang dan melihat kekal Ia sentiasa, tiada hilang dan tiada dapat oleh budi bicara dan kuasa berlaku kehendaknya dan bahawa Ia jua yang menjadikan hujan dan memberi rezeki dan Ia jua menegahkan kita pada segala barang yang kuasa kita mendapat dia dan Ia jua yang memeliharakan kita daripada segala yang tiada kuasa kita meluputkan ia dari mereka itu. Bahawa Ia jua akan berlindung daripada segala bahaya dunia akhirat bahawa Ialah yang menghidupkan dan mematikan kita”.
Sebermula seorang pun tiada berani mengatakan kata ini di hadapan Sultan Iskandar itu selama ia sudah di persesatkan oleh Iblis itu. Setelah Sultan Iskandar mendengar kata Nabi Allah Khidir demikian itu maka iapun marah lalu di titah oleh Sultan Iskandar “Tangkap oleh kamu orang ini” maka ditangkap oranglah Nabi Allaha Khidir itu di suruh penjarakan.
Hasutan Iblis La'natullah
Maka datanglah Iblis kepada Sultan Iskandar, maka sabda Sultan Iskandar “Hai sheikh yang hakim, bahawasanya datang kepada hamba seorang orang muda baik sifatnya dan rupanya dan baunya dan
hebat
kelakuannya, maka ia berkata kepada hamba dengan kata yang besar-besar. Maka di suruh hamba kembali kepada iktikad yang dahulu itu, serta disuruhnya hamba berbuat ibadat akan tuhan yang tiada hamba ketahui dan tiada lihat dan disuruhnya hamba mengikut syariat segala anbia-anbia [Nabi-nabi]. Maka hamba suruh penjara akan dia, menanti sheikh datang". Maka kata Iblis “Hai raja bagimu ingat-ingat jangan kena perdayanya. Bermula hamba datang itupun kerana hamba dengar orang muda itulah dikerjakan oleh raja pada membunuh dia supaya suci bumi dari perbuatan ialah orang hawa batin yang amat sangat. Tetapi pada hati hamba tiada terkerjakan oleh raja akan membunuh dia itu”.
Maka titah Sultan Iskandar “Betapa jua perinya maka tiada kuasa hamba membunuh dia kerana sudah ia di dalam penjara”. Maka Sultan Iskandar pun menyuruh memalu canang mengatakan segala manusia supaya dilihatnya Nabi Khidir itu, maka titah Sultana Iskandar “Bahawa kehendak hamba seksa akan dia di hadapan sheikh. Jangan dahulu sheikh kembali”.
Maka kata Iblis “Telah bersumpahlah tiada mau hamba melihat orang membahagikan kebesaran seseorang daripada makhluk di hadapan hamba” maka bermohonlah Iblis kembali. Maka Nabi Allah Khidir 'Alaihi Salam pada hari itu di dalam penjara sembahyang minta doa pada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka tatkala kelamlah hari maka turunlah malaikat dari langit di titahkan Allah Subhanahu Wata'ala maka di pecahkan oleh malaikat itu atap rumah tempat Nabi Allah Khidir itu.
Nabi Khidir Dibebaskan Malaikat dari Dalam Penjara
Maka masuklah malaikat ke dalam penjara itu serta ia memberi salam akan Nabi Khidir maka di sahutnya Nabi Allah Khidir salamnya, maka kata Nabi Khidir “Siapa engkau?”. Maka sahutnya “Bahawa aku daripada seorang malaikat di titahkan Allah Taa’la kepadamu mengeluarkan dikau di dalam penjara ini akan membawa dikau kepada Bukit Anawa. Di sanalah engkau diam berbuat ibadat kepada Allah Taa’la hingga hingga datang kepadamu titah Allah Taa’la”.
Bermula Nabi Khidir pun dapat ia keluar sendirinya dari dalam penjara itu, hanya ia menantikan titah Allah Taa’la jua, maka di bawanyalah oleh malaikat ke atas bukit diamlah ia. Di sana berbuat ibadat akan Allah Taa’la dan adalah pada bukit buah-buahan pada tempat Nabi Khidir itu suatu batu besar di sisi batu itu terbit mata air.
Perburuan Terhadap Nabi Khidir
Kata Shahibul Hikayat, maka esok hari berhimpunlah segala isi negeri itu kerana akan Sultan Iskandar pun semayam di suruhnya bawa Nabi Khidir di dalam penjara itu. Maka di bukakanlah pintu penjara itu serta di lihat mereka itu belenggunya patah dan atap pecah maka di persembahkan oranglah kepada Sultan Iskandar. Maka pada hati Sultan Iskandar “Sungguhlah seperti kata sheikh itu, ia orang hawa batin” maka menyesallah ia kerana sebab itu. Maka di suruh Sultan Iskandar orang berseru-serukan segala negeri “Jika barangsiapa mendapat orang itu barang kehendaknya tiada aku tahani”. Maka sekelian isi negeri kecil besar mencari tiga (3) hari tiadalah dapat oleh mereka itu.
Maka keempat (4) harinya maka Iblis pun datang kepada Sultan Iskandar, maka katanya “Hai raja tiadakah sungguh seperti kata hamba itu”. Maka sabda Sultan Iskandar “Sungguhnyalah hai guruku tiada apa seorang-seorang juapun lepas daripada penjara itu melainkan seorang jua” maka ujar Iblis “Akan orang muda itu hamba dengar ia pada Bukit Anawa, itu di atas puncak bukit di sisi ada suatu batu besar dan terbit mata air daripadanya itu”. Maka sukacitalah hati Sultan Iskandar mendengar dia, dan sendirinya hendak pergi mengikut dia. Maka kata Iblis “Jangan raja sendiri mengikut dia suruh hulubalang jua di titahkan” maka Iblis pun bermohonlah kepada Sultan Iskandar kemudian kembali.
Hataya maka pada keesokan harinya, di suruh [oleh] Sultan Iskandar hulubalang pergi mengikut dia kepada bukit itu kira-kira seratus (100) orang berkuda. Setelah sampai pada Nabi Khidir, maka di lihat oleh mereka itu ia berdiri sembahyang maka berlarilah mereka itu masing-masing hendak mengikat dia. Maka Nabi Khidir pun minta doa ke hadrat Allah Taa’la demikian katanya “Ya tuhanku, Engkau jua tuhan yang tiada tersembunyi daripada ilmuMu suatu jua pun. Peliharakan hambaMu daripada kejahatan orang yang derhaka ini”.
Maka di dengarnya suara demikian bunyinya “Hai Bana A’basa ŲØŁ Ų¹ŲØŲ³ (Bapa A’bas) bahawa Allah Taa’la menyuruhkan dikau meniupi pihak kaum itu yang hendak menangkap dikau, supaya di pelihara Allah Taa’la daripada kejahatan mereka itu”. Maka di tiuplah oleh Nabi Khidir kepada pihak mereka itu maka terbakarlah mereka itu dengan panglimanya, maka larilah mereka itu.
Pengajaran Nabi Khidir kepada Sultan Iskandar Zulqarnain
Setelah di lihat [oleh] Sultan Iskandar, lalu dipersembahkan mereka itu segala hal ehwalnya kepada Sultan Iskandar, maka Sultan Iskandar pun terlalu marah mendengar yang demikian. Maka Sultan Iskandar pun naiklah ke atas kudanya, maka pergilah ia kepada bukit tempat Nabi Khidir itu. Maka di lihat Nabi Khidir tentera banyak datang, maka sekelian kaum itu gentar menghampir dia, maka titah Sultan Iskandar “Berdirilah sekelian kamu dahulu di sini biarlah aku hampir kepadanya”.
Setelah dilihat Nabi Khidir, Sultan Iskandar datang mengikut itu maka katanya “Marilah hampir kepada hamba, tiada hamba mengapa”. Maka tercenganglah Sultan Iskandar di dalam hatinya “Bahawa raja besar-besar dan segala hulubalang yang perkasa lagi gentar, ia melihat hebatku dan ia berlakunya kuasa daripadaku serta menyeru-nyeru pula di suruh hampir kepadanya”.
Maka Sultan Iskandar pun hampirlah seraya memberi salam pada Nabi Khidir, maka di sahutnya [oleh] Nabi Khidir salamnya itu, ujarnya “Sejahteralah atas tuan hamba” lalu bangkit Nabi Khidir berdiri di jawatnya [dijabat] tangan Sultan Iskandar. Maka dudukkannya di sisi dan tatkala duduklah keduanya serta berkata Sultan Iskandar “Hai orang muda, siapa melepaskan belenggu daripadamu dan siapa mengeluarkan dikau dari dalam penjara dan siapa membawa dikau pada bukit ini”.
Maka sahut Nabi Khidir "Bahawa yang mengerjakan perkerjaan itu tuhanku yang mengikutkan Nabi Allah Adarayasa Ų§ŲÆŲ±ŁŲ³ (Idris) pada tingkat yang maha mulia dan menitahkan Nabi Allah Nawaha ŁŁŲ (Nuh) 'Alaihi Salam dan menenggelamkan kaumnya yang kafir dan membinasakan kaum Nabi Allah Hawada ŁŁŲÆ (Hud) dengan angin dan membinasakan kaum kaum Nabi Allah Shalaha ŲµŁŲ (Shaleh) kerana sebab membunuh untanya dan melepaskan Nabi Allah Ibrahim daripada api Namrud dan membinasakan dia dengan nyamuk dan yang menukari Nabi Allah Asama’ Yala Ų§Ų³Ł
Ų¹ŁŁ (Ismail) dengan kambing tatkala di sembelih oleh bapanya, dan menitahkan Nabi Allah Mawasaya Ł
ŁŲ³Ł (Musa) kepada firaun dan tinggalkan dia kepada Nil dengan segala bala tenteranya, ditenggelamkan Qarun ke dalam bumi dengan segala hartanya dan rumahnya sebab mengatakan fitnah akan Nabi Allah Musa dan menganugerahkan Nabi Allah Salayamana Ų³ŁŁŁ
Ł (Sulaiman) kerajaan yang amat besar di jadikannya segala syaitan dan jin dan segala mergastua [margasatwa] sekelian makhluk berbuat bakti akan dia.
Bahawa Ia jua tuhan yang amat menolong segala anbia daripada segala bahaya kafir dan daripada hambanya yang derhaka akan Dia, dan yang memberi rezeki, maka di sembahnya lain daripadaNya, dan Ialah tuhan tiada lain daripadaNya, dan Ialah tuhan yang melakukan qudrat iradatNya membahagi bahagi untung celaka dengan disuratkan pada Luh Mahfuz. Ialah tuhan yang menurunkan rahmatNya atas segala hambaNya dan Ialah tuhan menunjukkan jalan sekelian anbia, dan Ialah menunjukkan dan menitahkan mereka itu akan pesuruh menyatakan pada segala manusia maka berbahagialah segala yang mengikut kata Nabi Allah”.
Setelah Sultan Iskandar mendengar tauhid Nabi Allaha Khidir itu, masuklah kata-kata Nabi Allah Khidir itu ke dalam hatinya, dan terjagalah ia akan pengajar gurunya hakim dengan akalnya. Maka katanya “Hai orang muda, daku pun dahulu iktikad itulah di ajarkan guruku Aristoteles, hanya baharu juga ku ubah iktikadku itu. Di marahnya aku mengubah ia tiada aku dengarkan katanya. Maka akan sekarang, ku mendengar katamu ini muafakatlah sekali dengan kata guruku. Maka pada hatiku benar jua iktikad ini ada lagi syak hatiku”.
Maka sahut Nabi Khidir “Apa jua syak pada Sultan itu” maka sabda Sultan “Jikalau mau engkau berhadapan dengan orang tua yang mengajarkan iktikad akan daku, bersualah engkau dengan dia. Jika menang engkau dengan dia, supaya aku turut katamu. Maka jika alah engkau daripadanya tiadalah ku turut katamu”.
Maka kata Nabi Allaha Khidir 'Alaihi Salam “Barang di panggil Sultanlah akan dia pada saat ini jua hamba hilangkan pada hati Sultan”. Maka sabda Sultan Iskandar “Hai orang muda, tiada aku ketahui akan tempatnya. Ia jua yang mari kepada aku”. Maka tersenyum Nabi Allah Khidir mendengar sabda Sultan itu, maka ia mengucap Aa’waza Ba Allaha Mana Al Shayathana Al Rajayama.
Nabi Khidir bersama Sultan Iskandar Zulqarnain
Maka ujar nabi Khidir 'Alaihi Salam “Bahawa akan orang tua itu tiada ia mahu datang kepada sultan tatkala hamba hadir kepada sultan, dan tiada ia menjejakkan kakinya pada tempat hamba jejak itu kerana ia sisi tiada benar”. Maka titah Sultan Iskandar “Jikalau sungguh seperti katamu itu maka itulah kenyataan yang besar maka tiadalah di kehendaki lain daripada itu”. Maka kata Nabi Khidir “Kabullah hamba berhimpun dengan orang tua itu”.
Maka berbangkitlah turun keduanya dari atas bukit itu maka Sultan Iskandar menyuruh membawa seekor kuda kenderaan akan Nabi Allaha Khidir 'Alaihi Salam, lalu berjalanlah hingga sampai ke pintu negeri. Maka ada seorang saudara orang yang mati terbunuh di atas bukit kerana sebab di hembus nabi Allaha Khidir tatkala di suruh Sultan Iskandar menangkap dia, serta ia melihat Nabi Khidir berkenderaan sama-sama dengan Sultan Iskandar.
Maka iapun marah tiada tertahan maka di tikam dengan pendahannya di belakang Nabi Khidir, dengan takdir Allah Taa’la, maka kembali pendahannya itu menikam dadanya sendiri terus ke belakang lalu meniarap ia serta gugur dari atas kudanya. Maka haru birulah orang yang melihat ehwalnya itu.
Maka Sultan Iskandar pun berpaling melihat dia, maka sabda sultan pada Nabi Khidir “Apa jua engkau ini” maka sahut Nabi Khidir 'Alaihi Salam “Inilah balas barang yang melalui perbuatan sebenarnya dengan pekerjaan yang sia-sia adanya”. Maka tercenganglah Sultan Iskandar, maka bertambah hormat Sultan Iskandar akan Nabi Allah Khidir itu, serta bertambah harap hatinya akan kebenarannya dan tahulah ia bahawa akan Nabi Allaha Khidir itu di tolongi Allah Taa’la pada barang pekerjaannya.
Maka berjalanlah Sultan Iskandar hingga sampailah ke istananya. Maka tiada di beri oleh Sultan Iskandar, Nabi Allah Khidir turun daripada atas kudanya hingga lalu kepada mahligainya tempat ia semayam itu. Maka duduklah Sultan Iskandar di atas kerusi maka Nabi Khidir pun duduk suatu kerusi pada sisinya, maka di suruhnya segala hulubalang kembali pada tempatnya, hanya lagi tinggal berapa orang jua.
Hataya maka Sultan Iskandar pun berhadap kepada Nabi Allah Khidir serta ujarnya “Hai orang muda, berhentilah tuan hamba di sini supaya datang orang tua itu, tetapi bahawa ketikanya sudah hamba lihat adalah menambahi batin hamba”. Maka kata Nabi Khidir seraya tersenyum “Hai Sultan, suruhkanlah orang tua itu kemari bertemu dengan hamba supaya hamba tunjukkan kepada Sultan pekerjaan yang syak pada raja” maka titah Sultan Iskandar “Hai orang muda, tiadakah benar seperti tuan hamba kata dahulu itu, mengatakan orang tua itu tiada dapat datang pada tempat hamba itu”.
Maka Nabi Khidir pun berkata pula “Bahawasanya seperti kata Sultan, baiklah hamba nanti tiga (3) hari lagi jika ia datang berhadapan dengan hamba nescaya boleh ketahuanlah pekerjaan yang sebenarnya dengan pekerjaan yang sia-sia itu”. Maka pada waktu dinihari di panggil Sultan Iskandar akan Nabi Khidir 'Alaihi Salam ajak duduk sama-sama dengan dia.
Setelah sampailah tiga (3) hari tiada jua datang orang tua itu, maka sabda Sultan Iskandar “Hai saudara hamba, bahawa sungguhnyalah orang tua itu di sesat. Tiadalah mau datang nyatalah bahawa jalan yang sebenarnya tiada dapat berhubung atau berhimpun dengan sia-sia itu pada suatu tempat seperti tiada dapat hidup dengan pada suatu badan”. Maka kata Nabi Khidir “Hai Sultan, takut ada jua ehwalnya, suatu apa-apa akan dia sebab itu tiada ia datang. Baiklah hamba nanti lagi tiga (3) hari”. Setelah genaplah tiga (3) hari tiada juga ia datang maka titah Sultan Iskandar “Hai saudara hamba bahawa nyatalah orang tua itu di sesat”.
Wasiat Nabi Khidir kepada Sultan Iskandar Zulqarnain
Setelah Nabi Khidir mendengar kata Sultan Iskandar itu, maka iapun sangatlah sukacita serta katanya “Hai Sultan, bahawa adalah hamba seorang dari hamba Allah Taa’la masygul dengan berbuat ibadat kepada Allah Taa’la pada segenap pulau bersunyi diri hamba. Maka di titahkan Allah Taa’la hamba mari kepada Sultan akan menceritakan bahawa Sultan akan menghimpunkan kerajaan masyrik dan maghrib, laut dan darat, dan di masuki oleh raja negeri Baradha dan Jabarsha. Bahawa kedua negeri itu kesudahan dunia. Bahawa Sultan akan menempatkan jalan Yakjud dan Makjud supaya jangan dapat mereka itu keluar ke negeri yang lain hingga sampailah dunia kiamat baharulah ia dapat jalan keluar.
Bahawa akan Sultan di tolong Allah Subhanahu Wa Ta'ala pada barang tempat kehendak Sultan di anugerahkan Allah pada segala bumi di dalam hukum Sultan bujur dan lintang. Bermula akan segala raja-raja di dalam alam ini, sekeliannya akan berbuat bakti kepada Sultan” dan lagi kata Nabi Khidir “Akan kerana tuan hamba di beri Allah Taa’la, Dzawa Al Qaranayana Ų°Ł Ų§ŁŁŲ±ŁŁŁ (Zulqarnain) kerana sebab di muliakan tuan hamba pada bumi masyrik dan maghrib. Adapun sekarang ini hilangkanlah daripada hati Sultan iktikad yang salah itu bahawasanya di kurnia Allah Taa’la balas dengan kebaktian raja. Maka janganlah kufur lagi menurut kata Iblis La'natullah itu bahawa akan orang tua itulah Iblis”.
Maka kata Sultan Iskandar “Benar sungguhnyalah Allah Taa’la menjadikan tuan hamba berjalan menunjuki hamba jalan yang sebenarnya itu akan bahagia hamba. Maka tuan hamba suruhkan hamba mengerjakan segala barang seharusnya itu maka itulah hamba kerjakan supaya hamba bawa segala manusia mengerjakan dia dan tiadalah hamba beri segala yang di atas bumi Allah Taa’la ini seorang juapun menyembah lain daripada Allah Taa’la”.
Tujuan Penciptaan Makhluk
Maka kata Nabi Allah Khidir “Bahawa Allah Taa’la menjadikan segala makhluk di suruhnya berbuat ibadat akan dia dan tiada di jadikan akan berbuat derhaka akan dia. Sebermula hamba ceritakan daripada permulaan kejadian makhluk hingga datang pada sekarang ini supaya di ketahui Sultan”. Maka sahut Sultan Iskandar “Ceritakanlah oleh tuan hamba kepada hamba kerana barang yang keluar daripada kalam tuan hamba itu berkenanlah oleh hamba”.
Maka kata Nabi Khidir “ Hai raja bahawa Allah Taa’la menjadikan semata sekelian ini dengan sebabnya” maka di ceritakan Nabi Khidir kepada Sultan Iskandar hikayat daripada permulaan makhluk dan hikayat Nabi Allah Ibrahim berbuat Kaa’bata [Ka'bah] Allah dan hikayat Nabi Ismail hendak di sembelih bapanya dan hikayat Nabi Yaaquwaba ŁŲ§ŁŁŲØ (Yaaqub) tatkala bercintakan akan anaknya Nabi Yawasafa ŁŁŲ³Ł (Yusuf) 'Alaihi Salam dan hikayat Nabi Musa dengan firaun dan hikayat segala Nabi dari kaum Bani Asara Yala Ų§Ų³Ų±ŁŁ (Israil) lalu pada hikayat Nabi Allaha Daawada ŲÆŲ§ŁŲÆ (Daud) 'Alaihi Salam dan peri kebesaran kerajaan Nabi Allah Sulaiman tiada seorang jua pun di kurniai Allaha Taa’la demikian itu dahulunya dan kemudiannya.
Maka kata Nabi Khidir “Bahawa akan sekarang ketahuilah oleh Sultan, kemudian daripada kerajaan Nabi Allah Sulaiman 'Alaihi Salam, maka rajalah beroleh kebesaran di dalam dunia ini dan rajalah di tolong Allah pada barang tempat dan di jadikan raja daripada kaum yang shaleh lagi beroleh pangkat segala anbia Allah”.
Agama yang Mesti Dianut
Maka adalah lamanya Nabi Allah Khidir berhikayat itu dua puluh (20) hari maka titah Sultan Iskandar “Ya Nabi Allah, bahawasanya telah tuan hamba ceritakan pada hamba apa yang ajaib-ajaib yang tiada pernah hamba dengar. Bahawa akan sekarang kehendak hamba barang di nyatakan pada tuan hamba kiranya pada hamba di dalam agama yang mana tuan hamba suruhkan supaya hamba ikutlah agama itu dan tiada hamba redhakan agama yang lain”.
Maka sukacitalah Nabi Allah Khidir 'Alaihi Salam mendengar kata Sultan Iskandar itu, maka kata Nabi Khidir “Ketahuilah oleh Sultan bahawa Allah Taa’la menjadikan segala manusia berkaum-kaum jadi sesat sangat mereka itu kemudian daripada Nabi Allaha Ayasaya Ų¹ŁŲ³Ł (Isa) 'Alaihi Salam di angkatkan Allah ia ke langit. Maka di jadikan Allah Taa’la daripadanya Nabi Muhammad Salallahu 'Alaihi Wasalam bahawa ialah kesudahan segala anbia dan ialah penghulu segala nabi yang marasala Ł
Ų±Ų³Ł.
Maka tiada di turunkan Allah Taa’la suatu kitab Allah melainkan ada cerita tersebut di dalamnya sifat Muhammad Rasul Allah. Bahawa ialah daripada anak cucu nabi Allah Ismail 'Alaihi Salam, maka di bawanya segala manusia pada agama yang mudah dan benar, agama Nabi Allah Ibrahim 'Alaihi Salam dan ialah yang di lebihkan Allah daripada segala nabi-nabi tiadalah lagi terkira-kira ia akan kemuliaannya maka dalam agama itulah hamba”.
Maka kata Sultan Iskandar “Hai Nabi Allah dalam agama itulah hamba kerjakan" maka di jabat Nabi Khidir tangan Sultan Iskandar ujarnya “Sebutlah oleh Sultan; Ashahada Ana Laa Alaha Alaa Allaha Wahadaha Laa Sharoyaka Laha Wa Ashahada Ana Abarahayama Khalayala Allaha Wa Nabayaha”. Maka di cium Nabi Khidir dada Sultan Iskandar “Bahawa akan sekarang saudara hamba Sultan pada barang tempat nescaya bersamalah kita dunia akhirat. Jikalau baik jahat pun bersamalah kita” dengan sukacita Sultan Iskandar akan agamanya serta beroleh besar kerajaan sebab bertemu dengan Nabi Allaha Khidir itu Al Qashasha.
Permintaan Nabi Khidir kepada Allah Ta'ala
Kata Shahibul Hikayat, telah Sultan Iskandar berbenarlah iktikadnya dan Nabi Khidir pun bersamalah dengan dia mengajar ilmu seperti agama Nabi Allaha Ibrahim 'Alaihi Salam. Maka Nabi Khidir pun bermohonlah ia kepada Sultan Iskandar maka terlalu dukacita Sultan Iskandar bercerai dengan Nabi Khidir 'Alaihi Salam hanya tiada Sultan Iskandar menahani dia. Maka turunlah wahyu kepada Nabi Khidir bahawa menyuruhkan dia bersama dengan Sultan Iskandar dengan menceritera ia pada barang pekerjaan di jadikan Allah Taa’la dengan kerana sebab Nabi Khidir menghasilkan segala pekerjaannya.
Maka sahut Nabi Khidir akan Jabara Yala Ų¬ŲØŲ±ŁŁ (Jibril) “Sedangkan Nabi Allah Musa lagi tiada mau mendengar dan menurut kata hamba tatkala bersama dengan hamba berjalan, maka hamba tinggalkan dia. Maka sebagaimana dapat Sultan Iskandar itu bersama dengan hamba”. Maka sahut Jibril “Demikianlah firman Allah Taa’la kepada tuan hamba akan mengajar akan dia. Jikalau tiada di turutnya bahawa Allah Taa’la engkar ia”.
Islam ialah Agama Nabi Ibrahim
Telah pagi-pagi hari maka datanglah Nabi Khidir pada Sultan Iskandar, lalu di ceritakannya wahyu turun kepadanya menyuruhkan dia bersama dengan Sultan Iskandar maka sukacitalah Sultan Iskandar. Shahdan ujarnya “Sekelian puji-pujian bagi Allah Taa’la jua yang menjadikan tuan hamba sebab menghasilkan pekerjaan hamba” maka di suruh panggil segala menteri dan pegawai.
Maka di ceritakan oleh Sultan Iskandar kepada sekelian mereka “Bahawa Allah Taa’la berfirman menyuruhkan Nabi Khidir bersama dengan kita dan menyertai pada segala barang pekerjaanku”. Maka di suruh Sultan Iskandar sekelian mereka itu masuk pada agama Nabi Allah Ibrahim Khalil Allah maka Islam lah mereka itu. Tiadalah tinggal seorang juapun yang tiada mahu pada agama itu. Maka sabda Sultan Iskandar “Hai kamu sekelian isi rumahmu dan pada segala sahaya ikut agama yang sebenarnya ini dan barang siapa menurut bersama-samalah kamu dengan dia. Jika barangkali tiada mahu mereka itu maka hendaklah kamu bunuh”.
Maka masing-masing keluarlah mereka itu daripada mengadap Sultan, maka iapun menyuruhkan segala isi rumahnya masuk agama Islam hingga mahsyurlah agama Islam di dalam negeri Maqaduniah hingga sampailah khabar itu kepada Arisatathalasa Hakim. Maka ia terlalu sukacita dan memuji-muji Nabi Allah Khidir 'Alaihi Salam, lalu ia berkirim surat kepada Sultan Iskandar itu demikian bunyinya “Bahawa syukurlah hamba akan Allah Taa’la tiadalah akan sia-sia tanaman yang hamba tanam itu”.
Shahdan Arisatathalasa Hakim mohonkan ampun pada Sultan Iskandar, hendak bertemu dengan Sultan Iskandar di negeri Maquduniah, maka Sultan Iskandar pun membalas surat gurunya itu mengatakan “Janganlah guru hamba datang kemari kerana hamba pun sahaja hendak pergi menjalani segala negeri hendak memasukkan segala mereka itu ke dalam agama Islam. Mudah-mudahan di ampunkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dosa hamba tatkala salah iktikad hamba akan Allah dan akan guru hamba. Ana Shaa Allah di sanalah hamba bertemu dengan guru hamba”. Maka sukacitalah Arisatathalasa Hakim mendengar bunyi jawab surat demikian itu maka Arasatathalasa Hakim pun mehadirkan perjamuan akan Sultan Iskandar berbagai-bagai.
Iskandar Zulqarnain menemui Aristoteles
Sebermula maka Sultan Iskandar pun menyuruh membawa surat pada segala pihak negeri Rum mengatakan bahawa segala yang dapat berjalan mari mengadap raja berhimpun ke negeri Maquduniah. Maka antara berapa lamanya datanglah laskar daripada segala negeri di suruhkan Sultan Iskandar sekelian mereka itu berkhemah pada suatu tempat berhimpun segala laskar itu kira-kira sepuluh laksa (100,000) rakyat.
Maka di pilih Sultan Iskandar seribu (1,000) orang besar-besar daripada pegawai di suruhkan kepada seorang hulubalang yang gagah jadi panglimanya sekira-kira dua (2) bulan Sultan Iskandar menghimpunkan segala rakyat itu. Maka sekelian orang yang di pilihnya itu di berinya memakai pakaian kerajaan supaya kekenalan masing-masing pada kaumnya.
Hataya maka berjalanlah Sultan Iskandar dengan segala rakyatnya mengikut jalan ke Negeri Qasathathayanaha hendak pergi mengunjung gurunya Arisatathalasa. Maka tatkala di dengar Sultan Iskandar hampirlah datang, maka ia pergi mengalu-alukan dia. Setelah bertemulah dengan Sultan Iskandar maka turunlah Sultan Iskandar dari atas kudanya memberi hormat akan gurunya itu. Maka Hakim Arisatathalasa pun mencium Sultan Iskandar, maka hendak di kucupi Sultan Iskandar tangannya maka tiada di berinya oleh hakim itu. Maka Sultan Iskandar pun berhentilah maka dudukkannya oleh Sultan Iskandar akan gurunya itu di sisinya.
Sumber: Hikayat Iskandar Dzawa Al Qoranayana Ų°Ł Ų§ŁŁŲ±ŁŁŁ
Transliterasi Jawi ke Rumi oleh Mahamada Al Mahadaya (Ł ŲŁ ŲÆ Ų§ŁŁ ŁŲÆŁ)