Ilustrasi Gambar: Art Station |
Disalin dari kiriman FB Muhammad Farys Hazyq
PAHLAWAN YANG MENYELAMATKAN ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
kisah Perempuan Hebat Tun Fatimah yang harum sebagai wirawati yang menyelamatkan Melaka pada zaman kegemilangannya. Mandalia dan Khodja Hassan yang mengambil kesempatan di atas kemurkaan Sultan Mahmud Syah terhadap Bendahara Seri Maharaja kerana tidak menyembahkan kepada baginda anak gadisnya, Tun Fatimah yang cantik.
Mereka bersepakat memfitnah Bendahara Seri Maharaja dengan menuduh Bendahara ingin merampas takhta Melaka. Ini menyebabkan Sultan mengutuskan hukuman bunuh kepada Bendahara Seri Maharaja dan seluruh ahli keluarganya kecuali Tun Fatimah.Dengan perancangan Tun Busu yang juga anak saudara kepada Bendahara, beliau berjaya memujuk Tun Fatimah untuk berkahwin dengan Sultan.
Tun Fatimah berjaya membuat helah kepada Sultan dengan meminta izin untuk pulang ke kampung halaman, namun sebenarnya Tun Fatimah bersama Wati dan Anum, menyamar untuk membalas dendam atas fitnah yang menimpa keluarganya. Tun Fatimah berjaya menawan Mandalia dan Khodja Hassan dan membawa mereka menghadap Sultan. Akhirnya, atas dendam yang tidak terbendung selepas kebenaran dirungkai, Tun Fatimah membunuh kedua-dua mereka di hadapan Sultan.
Sultan amat kesal atas kesalahan yang dilakukan terhadap Bendahara dan seluruh keluarganya, lantas meminta Tun Fatimah membunuhnya. Tetapi, Tun Fatimah membatalkan hasratnya kerana sedar akan dirinya yang sebatang kara.
========================
Baca Juga: Tun Fatimah dari Melaka