Gezira Malai 1154
Disalin dari kiriman FB Alam Melayu Merindu
Penduduk di semenanjung [Malaya] telah sedia ada di sini sebelum Parameswara mengasaskan Kesultanan Melaka. Pusat utama Kerajaan-kerajaan awal di semenanjung pada asalnya tertumpu di bahagian utara seperti Kedah dan Patani. Penduduk tempatan inilah yang mendirikan kerajaan-kerajaan awal di semenanjung sebelum kewujudan Kesultanan Melaka dan mereka jugalah yang mempertahankan semenanjung apabila diserang oleh kuasa luar contohnya apabila Rajendra Chola dari India datang menyerang.
Semenanjung juga pernah menjadi sebahagian dari pada empayar serantau seperti Srivijaya dan Majapahit, serta empayar tempatan semenanjung sendiri seperti Melaka. Wilayah empayar-empayar ini pula merentasi sempadan moden Malaysia-Indonesia yang wujud pada hari ini. Disebabkan itulah penduduk di rantau ini mempunyai persamaan, contohnya penggunaan Bahasa Melayu sebagai lingua-franca.
Mereka memandang keseluruhan kepulauan Melayu/nusantara sebagai tanah air mereka dimana mereka bebas untuk berdagang, merantau, menetap dan berkahwin campur dengan penduduk tempatan".
Memang ada peta ini iaitu rekod tentang apa yang orang Melayu namakan tempat tinggalnya. Sekarang baru orang mula kongsikan merata-rata. Macam-macam versi ada.
Yang berwarna atau hitam putih sahaja.
Lama sebelum kewujudan Kesultanan Melaka.
Tanpa peta Arab ini, malah kajian orang Barat pun Srikandi faham bahawa orang Melayu bermula dari satu etnik kecil sebagai salah satu suku dalam kaum-kaum Malayo-Polinesia sebelum diperkayakan identitinya dari zaman ke zaman sampai hari ini.
Melalui perkahwinan campur, prestij kebudayaan dan pengaruh politik-ekonomi maka Melayu menjadi besar berbangsa. Bukannya Melayu ni campuran bangsa-bangsa atau tiba-tiba timbul, dicipta British dan pelbagai lagi repekan.
Dulu ada orang nama John Doe/Micheal Chick yang sembang kononnya ada peta Parsi tulis perkataan 'Barr Chin' di peta lama semenanjung, kononnya itu peta Parsi kuno nak kata Tanah Melayu ni dulunya 'Land of China' la. Tapi peta tu tiada. Dia kelentong macam tu pun ramai Melayu percaya.
Memang orang lain itu mahukan anak cucu Melayu percaya naratif orang lain itu bahawa anak cucu Melayu ini kononnya pendatang, di kala bersepah banyak peta, prasasti, karya agung seperti Sulalatus Salatin, Hikayat Merong Mahawangsa, Undang-undang Laut Melaka dan lain- lain
Kerajaan-kerajaan purba dan bukti kerajaan-kerajaan asing dan kuasa imperialis Eropah berurusan dengan orang Melayu dan raja Melayu, bukannya orang lain di tanahair orang Melayu itu sendiri. Maka tidak hairanlah kelab-kelab sejarah mereka bergegar marah-marah dek kerana kemunculan buku baru Srikandi, siap nak repot polis bagai.
Mereka teramat takut kalau-kalau orang Melayu tahu dan faham sejarah mereka sebagai pribumi, sebagai ANAK BENUA DAN ANAK SELAT. Sebab SEJARAH MELAYU itulah yang menentukan dan melindungi hak-hak mereka sebagai pribumi yang termaktub di dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA. Di dalam DARAH BAUR BISA SAKTIMUNA, Srikandi perturunkan rahsia ini.
Terima kasih yang menempah, berita buruknya 200 kuota istimewa sudahpun dipenuhi beberapa jam sahaja selepas pelancaran petang Selasa lepas.Tapi jangan bimbang, Srikandi sedang memohon kepada pihak penerbit untuk benarkan 100 orang lagi untuk kuota istimewa.
Harga pra-tempah masih berjalan seminggu.Item-item istimewa lain juga masih diaktifkan.
~Srikandi
Anak Benua